Sunday, February 6, 2011

Susupan Malam

MPM Samseng Budak-Budak

BICARA Majlis Perundingan Melayu (MPM) yang terdiri dari 100 NGO mereka tidak akan menyokong mana-mana calon India dalam pilihan raya umum akan datang. Penolakan itu dicapai dalam satu ikrar bersama.

Alasan diberikan kerana pemimpin India berjaya memutar belitkan isu novel Interlok sehinggakan kerajaan akur kepada kehendak mereka, orang India. Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin membuat keputusan pindaan akan dilakukan ke atas novel berkenaan yang dijadikan buku teks sastera tingkatan lima. Pindaan itu didesak oleh orang India.

Saya hanya tersenyum tatkala membaca berita ikrar MPM berkenaan. Bukan apa, mudah dan ringkas sangat keputusan dan tindakan mereka. Tidak akan sokong mana-mana calon India baik dari UBN atau Pakatan Rakyat.

Dalam kata mudah mereka tidak akan undi calon India. Kalau nak undi juga mereka akan undi Cina ataupun Melayu. Saya nak tanya berapa ratus ribu ahli MPM yang komited dengan pengundian dalam pilihan raya. Rasanya keahlian MPM tak ubah masih bueh dilautan saja. Kalau ia memang berskala besar tentu kerajaan akan akur kepada desakan mereka bukan India.

Apakah tindakan itu memberi kesan dan menggambarkan tindakan mereka profesional? Sejauh manakah tindakan mereka itu akan dipeduli? Saya merasa pelik dengan MPM ini kalau itulah tindakan yang mereka lakukan.

Tindakan seperti itu tidak ubah seperti tindakan budak-budak saja. "Kalau kau tak nak bagi aku kueh itu, kau tidak boleh ikut aku". Begitulah tindakan samseng budak-budak di masa kecil dulu. Suka mengugut. Dan ugut mengugut ini satu budaya Melayu. Nampaknya keputusan dan ikrar MPM itu samalah dengan samseng budak-budak.

Bukankah yang mempelopori MPM itu terdiri dari pemikir, cendekiawan, bekas pensyarah, golongan akademik dan penulis, apakah mereka tidak tahu berfikir. Kenapa mereka harus bergaduh dengan orang India. Mereka tetap akan memepertahankan hak mereka walaupun menggunakan apa cara sekalipun.

Puter belit, kelentung, tukar fakta, rasuah, bodek atau apa-apa adalah cara untuk mencapai matlamat perjuangan. Jadi tidak timbul orang India berjaya dalam puter belitnya atau menjadi pemutar belit kerana matlamat mereka mencapai perjuangan mereka. Itu yang penting.

Mereka mahu menghapuskan perkataan-perkataan yang meletakkan mereka di bawah tapak kaki bangsa dan kaum lain. Orang India mahu menyapu sejarah yang mereka adalah golongan imigran ke negara ini. Perjuangan itu adalah satu kewajiban kepada mereka. Itulah kaum yang berani, yang peka dan tidak mudah mengaku kalah seperti bangsa Melayu!

Yang patut MPM lakukan ialah bertindak ke atas kerajaan, bukan menghina orang India. Mereka patut berikrar menolak kerajaan atau Muhyiddin yang pengecut dan takut untuk membuat keputusan. Tolak orang India tidak guna sedikitpun. Kenapa takut nak tolak kerajaan atau Muhyiddin?

Jawabnya (bukan puter belit) kerana mereka tidak mahu kehilangan kepentingan dalam badan-badan tertentu milik kerajaan yang mereka pegang. Makanya kalau kita makan pun orang suap usahlah sesekali menunjukkan keberanian mengkritik tuan kita. Bukankan kerajaan itu majikan sesetengah ahli MPM itu?

Kesimpulan mudahnya kalau kita masih bergayut kepada kerajaan, kepada Muhyiddin usahlah nak jadi hero melawan orang India. Kalau kita hanya kumpulan invertebrate usahlah cuba bangkit menjadi pejuang bangsa.

Ataupun tindakan dan suara lantang MPM hanya menjalankan sebahagian babak sandiwara kononnya mereka menjaga kepentingan Melayu dan sejarah negara ini. Untuk dikatakan bahawa kerajaan hari ini tidak berbuat apa-apa atas tuntutan India itu. Walhal kedudukan sebenarnya mereka telah dan sedang makan komisyen?

Saya berani mengatakan ikrar MPM itu tidak ke mana pun. Lepas Najib atau Muhyiddin panggil makan malam, selesailah segala-galanya. Jangan hairan kalau selepas ini mereka akan gelajah ke seluruh negara mengatakan usaha kerajaan buat pindaan ke atas novel itu sebagai bijak.

Sudah ada sejarah sebelum ini. Seorang ahli akademik yang telah bersara dan berjuang dalam NGO bukan main lantang lagi menentang kerajaan, menyesali korupsi dan penyalahgunaan kuasa serta sikap tidak peka kepada nasib orang Melayu. Dalam sebuah wacana dicadangkan untuk mengadakan manifesto sendiri menolak Umno. Alih-alih selepas beliau dilantik menjadi dekan di sebuah IPTA, sauaranya entah hilang ke mana dan cadangan untuk mengadakan manifesto rakyat (Melayu) itu pun berkubur tanpa nisan.

Ditegaskan kalau pun kerajaan mengekalkan kejayaan dan kemenangan India, mereka tidak akan memberi apa-apa impak kepada calon India kelak. Orang India boleh bersatu menyokong kaum dan kumpulan mereka, bukan seperti orang dalam MPM meleset tahi ke muka kawan Melayunya sendiri.

MPM tidak ubah seperti Merlayu Pukul Melayu saja. Bubar sajalah! [wm.kl.7:30 pm 06/02/11]

6 comments:

zul said...

Hahahaha... tahniah MSO...ulasan bernas, saya pun tak terfikir ke situ perspektif sdr. MPM kononnya nak jadi NGO, tapi hanya sekadar NGO pengampu gomen. Nak tunjuk lagak, pembela Melayu... marahkan India, tapi tak berani pula nak marah @ tegur Muhyiddin pemimpin Melayu / Umno yg ikut telunjuk India.... Itulah kaedah bila jadi 'pemimpin' NGO kerana ada kepentingan perut dan bawah perut... bukan demi rakyat terbanyak. Teringat kata2 Tukar Tiub... Ini mau tipu Melayu lagi...

Anonymous said...

Pilihanraya nanti, kalau ditakdirkan calon India yang bertanding kat tempat saya daftar mengundi, saya akan pilih calon tu, asalkan dia Muslim/Muslimah.

ahmadyani said...

Senyum dan ketawa. Macam main pondok-pondok zaman kecil dulu. Hanya main-main bukan satu kesungguhan.

Unknown said...

Salam,

Bubar? kalau rumah dah siap, kenapa perlu runtuhkan? tangga reput gantikan saja tangga takkan nak runtuhkan sebuah rumah.

Ganti aje yang dah tak berfungsi dengan baik.

Gantikan walau tiang seri reput, asalkan rumah tetap jadi rumah.

Hatta tiang seri atau Presiden, kalau perlu tukar, tukar je.kerana sayangkan rumah bukan sayang tiang seri

anakzaman said...

Tuan MSO,

MPM yang mengisytiharkan diri anti india tu dia tak tengok bahawa sekarang ini Perdana Menteri dan timbalannya takut kepada kaum india dan cina.

Dia tak takut kepada melayu kerana PM dan TPM melayu tau orang melayu ialah terikat dengan perjanjian "Lebar daun dengan Sang Nila Utama".

MPM tak tau bangsa lain selain melayu hari ini sedang mencebik bibir macam kambing hendak mengawan terhadap orang melayu.

Mereka untung ketika ini semua parti politik berebut-rebut mengambil hati kaum india dan cina.Minta apa saja pasti diluluskan.Rajamamutu hendak jadi raja di malaysia ini mungkin diluluskan sebab ada perkataan " raja".

Satu sahaja cadangan saya kepada MPM supaya mendesak penulis novel tersebut menyaman sesiapa mengubah isi kandungan atau ayat yang tertulis dalam novel berkenaan.

nafiekari said...

Tuan MSO,

Saya tertarik dengan ulasan anakzaman agar penulis novel manyaman sesiapa yang mengubah walau sebaris ayat yang tertulis didalam novel tersebut.

Jika tidak makin naik tocang lah puak-puak ini dan MPM jangan lah cuma "gertak keling" sahaja. Buatlah bersungguh-sunggh supaya pihak menteri mendengar desakan mereka.