Anwar Tidak Perlu Tarik Hidung Mahathir
SATU polimek baru di antara bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad dan bekas Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim kini sedang menghiasi wajah-wajah blog dan juga portal berita. Ternyata polimek itu menjadi daya tarikan dan bahan berita hangat. Saya kira polimek ini akan menenggelamkan berberapa isu lain termasuklah mengenai kekalahan Pas di Merlimau dan Kerdau.
Inilah kehebatan Mahathir dan Anwar ia boleh mencuri tumpuan orang ramai terhadap apa saja yang berlaku ke atas diri mereka.
Semuanya bermula apabila Mahathir melancarkan buku memoirnya berjuduk "Doktor Dalam Rumah" - sebuah autobiografi perjuangannya semalam. Isu buku itu telah dipetik menjadi bahan berita dan ia ternyata menyenakkan telinga Anwar dan para penyokongnya.
Apa yang diulas dan dipetik itu adalah perkara yang sudah disebut berulang kali sebelum ini. Perkara sensitif dan sangat peribadi.
Di sinilah peranan media massa ia akan membunyikan sesuatu yang tidak ada suara ataupun melakarkan wajah kepada sesutau peristiwa yang terpendam. Kalau bukan kerana media massa memetik isi memoir Mahathir itu polimek tidak terjadi. Keadaan ini menyebabkan timbul pertanyaan sejauh mana tanggungjawab sosial sebenarnya dalam mengharmonian keadaan dan pemikiran manusia?
Di antara yang diangkat atau dikisahkan dari memoir itu ialah mengenai penjelasan Mahathir dalam isu pemecatan Anwar Ibrahim, di bawah tajuk Cabaran Anwar. Walaupun masih banyak topik dan perbicaraan lain dalam buku setebal 800 muka surat itu namun isu Anwar yang dihiglightkan. Sekali lagi ini menandakan kehebatan yang ada kepada Anwar. Di mana saja, bagaimana keadaan atas apa juga tujuan sesuatu yang mencalitkan namanya akan mendapat perhatian dan santapan bernafsu oleh media massa.
Saya sudah katakan Anwar adalah pemberian rezeki kepada banyak orang. Benarlah kalau Wan Azizah mengatakan Anwar adalah anugerah Allah. Sesuatu yang Allah anugerahkan tentu ada hikmahnya dan ia boleh menguntungkan manusia lain.
Sama dengan Mahathir di mata pena tukang tulis dunia, dia menjadi modal dan bahan tulisan kerana kehebatannya. Mahatahir juga anugerah Allah. Setiap kritikan dan pandangan yang diberikan akan mendapat perhatian ramai. Cuma sayang kedua anugerah Allah itu tidak dapat bersama dalam jangka lebih lama untuk diterima rakyat dalam satu guni sebagai anugerah Allah untuk rakyat negara ini.
Tidak boleh ditolak, Anwar apabila mendengar apa yang yang tulis mengenainya yang diangkat dari memoir Mahathir itu, dia menjadi senak dan sebu dada mendengarnya. Di sinilah menyebabkan dia terpaksa membuka mulut dan bersauara. Anwar menjawab juga untuk kesekian kalinya. Keserbasalahan dapat dirasakan kepada dirinya, kalau beliau tidak menjawab dan mengulas nanti orang ramai mengiyakan mentah-mentah apa yang dituliskan oleh Mahathir, sedang sesetengah yang tulis Mahathir dalam memoir itu berdakwatkan air liur saja bukannya satu kebenaran yang tidak boleh disanggah. Dan jenis Mahathir pula suka mengulangi membasuk najisnya.
Nescaya kalau Mahathir jujur dan menulis memoir itu dengan tinta emas, Anwar tidak akan menyanggahnya. Nescaya juga kalau Mahathir ada budi dan kebaikan terhadap Anwar dia akan padamkan apa yang dia tuliskan itu kerana banyak buruk dari baik. Rasanya jasa dan sanjungan rakyat kepada Mahathir atas apa yang beliau buat selama 22 tidak akan terjejas kalau 'pemburukkan' beliau ke atas Anwar tidak dilakukan. Tetapi apa boleh dikatakan selain dari kita adalah orang lain.
Memang benar memoir adalah buku besar bagi seseorang. Melalui memoir itulah pembaca dapat mengetahui segala-galanya tentang seseorang itu. Tetapi apakah ia merupakan rukun wajib untuk sebuah memoir yang perlu mendedahkan segala-galanya? Tuhan memberi akal untuk berfikir dan menilai mana yang buruk dan mana yang baik. Walauapun Mahathir jujur dengan memoir itu atas sifat dan kondisi sebagai sebuah memoir (diary peribadi) namun saya percaya kejujuran itu ada biasnya dan tetap ada batasnya.
Rasanya Anwar tidak perlu menyanggah segala ditulis Mahathir itu. Apa yang baiknya Anwar tidak perlu menarik hidung Mahathir lebih panjang lagi. Orang semua sudah tahu hidung Mahathir panjang. Jadi Anwar tidak payah memanjangkan hidung Mahathir yang sedia panjang itu.
Dengan menyanggah atau menjawab perkara yang sudah pun dibungkus ia menyeronokkan Mahathir. Mahathir yang semakin dihimpit kesepian dan dibahan kesenjaan usia akan suka, bila mana ia disentuh dan pandangannya lapor diulas ia merasakan dunianya masih hidup dan masih glamour.
Sebaiknya Anwar diamkan saja. Dan semua orang perlu sedar dan menerima buku itu. Nama lagi ia sebuah memoir. Dalam memoirnya Mahathir boleh menulis apa saja yang dia suka termasuk hal-hal tidak disenangi oleh orang lain. Undang-undang yang boleh mengawal penulisan memoir ialah diri penulis itu sendiri.
Apa yang dirasakan lebih baik buat Anwar untuk dia menjawab segala tuduhan dan celaan Mahathir dalam memoir itu ialah dengan menulis sebuah memoir juga. Menerusi memoir itu Anwar akan mencerita apa-apa topik atau keadaan diceritakan Mahathir itu dari perspektifnya pula.
Pembaca akan membahas dan menilai sesutau isu itu berdasarkan pandangan kedua-duanya. Baik Anwar maupun Mahathir mereka tidak dapat membela diri mereka, mengatakan mereka yang betul dan benar, kecuali pembaca umum yang akan bertindak sebagai hakim.
Percayalah hubungan intim mereka berdua satu masa, kemudian bertukar menjadi singa dan harimau hari ini ada hikmah tersendiri. Masih ada rahsia di antara keduanya yang belum terungkap.
Bayangkan bagaimana hari ini kalau tiba-tiba mereka berdua berjumpa semula duduk dalam sebuah bilik, atau menghadap meja makan di hujung dapur, seperti semasa pertama kali mereka bersua di awal tahun 80-an dulu pasti senario dan keadaanya berubah. Mahathir akan memadamkan catatan-catatan tertentu dalam memaoir itu dan Anwar juga tidak perlu lagi untuk menulis memoirnya.
Apakah keduanya sudah bersumpah selagi nyawa dikandung badan mereka tidak akan berjumpa lagi atas dunia ini? Pemimpin yang baik ialah pemimpin yang membawa kebaikan sepanjang zaman untuk semua umah. [wm.kl.9:43 am 09/03/11]
1 comment:
Walaupun Anwar tidak perlu gusar tentang sumber DNA yang mengaitkan beliau kepada bukti pertuduhan liwat ini, tetapi bukti tetap bukti.
Sukar bagi Anwar untuk meyakinkan orang awam bahawa semua ini telah dirancang agar Anwar tertangkap dan masuk penjara atas kesalahan Liwat
Anwar kini berhadapan dengan keperluan untuk meyakinkan penyokongnya bahawa beliau ditindas dan semau ini kerja musuh beliau dalam UMNO.
Mapukah Anwar melakukan ini?
Post a Comment