Meow Kecil si Kucing Kuching
PETANG semalam sampai di Kuching. Cuba hendak menulis sesuatu dan menghantar laporan awal mengenai pilihan raya Sarawak, tetapi tidak sempat. Malam semalam sibuk, jam 4:00 pagi baru balik ke bilik perihatan. Pagi-pagi tadi pula meninjau ke beberapa kawasan di sekitar Kuching dan juga beberapa lokasi di luar bandaraya Kuching.
Tengah hari bersolat Jumaat di masjid negeri. Dengar khutbah dari polis sempena dengan hari jadi Polis ke 204 hari ini. Bukan main lagi polis meminta kerja sama daripada rakyat agar membantu keselamatan negara.
Kata khutbah khas itu keselamatan negara bukan saja terletak ditangan polis tetapi ditangan semua orang. Benar begitu, tetapi ada kalanya polis bersikap berat sebelah dan tidak profesional. Mungkin kalau polis dapat menunjukkan sikap profesional dan adil dalam tindakannya ia bukan saja dibantu sepanjang masa tetapi dihormati semua pihak.
Sembahyang Jumaat di masjid negeri menyeronokkan. Keindahan seni bina merujakan. Rasanya masjid negeri Kuching adalah yang terindah di negara ini. Ruang solat juga luas dan di serambi masjid diadakan kelas muqaddam. Tetapi sayang masih banyak ruang kosong di bahagian belakang sewaktu solat Jumaat.
Beberapa jemaah yang ditemui selepas solat dan ditanya mengenai pilihan raya mereka nampak tidak bersungguh, biasa sahaja. Sikap orang Sarawak terhadap pilihan raya tidak seghairah orang Semenanjung, khasnya Kelantan, Kedah dan Terengganu.
Sementara malam tadi berjumpa dengan beberapa teman untuk mendapat maklumat awal mengenai perkembangan politik terutamanya mengenai kedudukan pembangkang. Mereka yang dijumpai termasuk penganalisis politik Sarawak tidak asing lagi sdr Dr Jenari Amir.
Tak sangka dapat berjumpa Jenari. Lama tidak bersua dengannya kecuali menemuinya menerusi tulisan dan melihat wajahanya dalam tv bila mana beliau diminta pandangan mengenai politik Sarawak. Dalam ulasan terbarunya kata Jenari, pembangkang menghadapi masalah sedikit kerana masih belum mantap. Parti SNAP yang mulanya bersama Pakatan Rakyat kini mahu membawa dirinya sendiri.
Bagaimana pun akui Jenari pilihan raya kali ini bakal sengit kalau Pakatan Rakyat dapat menyelesaikan masalah berhubung dengan dibangkit oleh Snap itu. Hal itu bukan saja dilihat oleh Jenari tetapi pemerhati pilitik veteran Sarawak juga yang ditemui.
Ulasan akan bersambung dalam catatan seterusnya. [kucing 7:21 pm 25/03/11]
No comments:
Post a Comment