Menyilau Muktamar Pemilihan Dalam Pas
WAKTU ini Pas sedang sibuk mengadakan mesyuarat cawangan di seluruh kawasan. Mesyuarat cawangan Pas bermula 1 Mac lalu. Mungkin ia tidak perasaan dan menjadi tumpuan kerana pilihan raya kecil Merlimau dan Kerdau. Kerana sibuk di situ menyebabkan tidak berbunyi langsung soal muktamar Pas kali ini.
Mesyuarat atau Pas panggil muktamar cawanagn akan berakhir pada 30 Mac ini. Kemudian ia akan diikuti pula dengan mesyuarat Kawasan. Mesyuarat kawasan akan berlangsung selama sebulan dan berakhir awal bulan Mei. Selepas itu akan diikuti dengan muktamar agung.
Muktamar agung Pas kali ini melibatkan pemilihan pemimpin. Pas membuat pemilihan, semakan dan kalau perlu pertukaran pemimpin selama dua tahun sekali. Pas satu parti yang gentleman, ia tidak akan menangguhkan mukatamr - pemilihan walaupun pilihan raya umum menjelang tiba.
Pas tidak macam Umno yang menangguhkan perhimpunan - pemilihan mereka kerana bimbang ia memberi impak kepada pilihan raya. Al maklumlah perebutan jawatan dalam Umno macam samseng kampung dusun merebut anak dara. Tidak cukup menguji kekuatan lengan, mereka lawan dengan menggunakan wang ringgit. Merasuahkan perwakilan.
Pas lebih genuine di dalam hal ini.
Sehingga kini tidak ada siapa berani meramal apakah muktamar Pas kali ini hangat dan penat macam muktamar pemilihan dua tahun lepas. Nampaknya macam senyap sunyi saja, seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku. Betulkah begitu ataupun strategi tahun ini sudah berubah selepas masing-masing mendapat sedikit sebanyak pengalaman memahitkan dua tahun lepas. Parut luka dua tahun lepas rasanya masih ada yang belum sembuh molek lagi. Malu kerana kalah juga belum hilai berjurai di muka.
Dua tahun lepas muktarmar pemilihan Pas sungguh hebat. Ia berjalan di luar kebiasaan Pas. Setengah calon siap membuat sidang akhbar dan membentangkan manifesto. Macam Umnolah... Tidak cukup dengan itu bentuk kempen juga aduh... mengalahkan Umno. Apakah situasi itu akan berlaku lagi pada tahun ini? Terkena sekali jangan sampai berulang dua kali.
Seperti dikatakan tadi tidak ada jalur menunjukkan ada tanda-tanda muktamar tahun ini akan menjadi hangat. Masing-masing menguncikan suara di bawah lidah. Walaupun ada yang terdetak inginkan jawatan, tetapi masih membuat penilaian jitu sebelum mengumumkan.
Berpandukan pengalaman lepas saya rasa muktamar tahun ini tidak hangat. Kalau pun ada pertandingan tidak sampai berkempen ke seluruh negara. Tidak sampai membuat pengumuman akhbar atau pun mencela mana-mana calon. Ia akan berjalan dalam senyap.
Tetapi perlu diingat bila ia berjalan dalam senyap macam pencuri berjalan dalam gelap. Tuan rumah, ataupun penyandang jawatan kena hati-hati dan perlu senantiasa membuka mata dan telinga. Jangan mudah membuat sangka, nanti tersilap jangka dan sangka. Naas.
Yang pastinya jawatan Presiden tidak ada siapa yang bernai mencabar. Saya rasa tidak akan ada pun mana-mana kawasan yang iseng mencalonkan Mursyidul Am untuk menentang presiden. Kalau ada yang berbuat begitu jelas kawasan itu tidak memahami hakikat politik dalam Pas.
Dari barisan kepimpinan yang ada hari ini tidak seorang pun layak untuk menentang presiden walaupun keupayaan Abdul Hadi untuk jadi presiden boleh dipertikaikan. Saya tidak fikir kalau ada sesiapa yang sedia menentang presiden. Rasa hormat dan budaya Pas yang tidak akan langgar pemimpin masih kental dan utuh di kalangan ahlinya. Sehingga kini ahli dan penyokong Pas tidak begitu nampak akan kelemahan Abdul Hadi kerana ia dilindungi oleh slogan kepimpinan ulamak.
Tetapi untuk jawatan timbalan presiden seperti ada cabaran. Nasharudin Mat Isa akan dicabar untuk kali ketiga. Kali ini adalah penentuan buatnya. Kalau Nasharudin dapat mempertahankan jawatannya maka beliau 'berkelayakan' untuk jadi presiden kerana terbukti beliau mendapat sokongan ramai!
Soal siapa yang akan melawan Nasharudin masih belum tahu. Masih menjadi rahsia. Apakah dua calon lepas akan mencuba nasib sekali lagi? Masih juga belum ada ketetentu kerana ia berjalan dalam senyap dan dalam gelap. Kalau berlaku komromi di semua peringkat kedudukan Nasharudin boleh goyah.
Begitu juga dengan jawatan Naib Presiden Pas. Lobi secara malu-malu kucing sudah pun berjalan sekarang ini. Semua calon nampaknya berhati-hati dan segan-segan daun 'kemang-kemang' saja lagaknya. Kalau tanya jawab tidak tahu tetapi dalam hati berdebar-debar.
Rasanya untuk jawatan Naib Presiden ramai yang akan mencuba nasib. Al maklumlah tokoh-tokoh pelapis Pas kini sudah ada gagasan dan wawasan masing-masing. Jadi semua nak uji dan test apakah wawasan mereka diterima atau tidak. Kita tunggulah.... nanti. Pasti seminggu dua lagi akan kedengarannya siapa kena lawan dan siapa akan melawan. [wm.k.10:45 am 08/03/11]
No comments:
Post a Comment