Pulau Brasmana
Kehilangannya Tidak Pernah Dirasai
SESIAPA yang ke Kuala Perlis untuk menaiki feri ke Langkawi terutamanya, akan terpandang hotel yang terletak di hadapan jeti berkenaan. Nama hotel berkenaan agak unik sedikit iaitu Putera Brasmana. Kalau dilihat kepada kelazimannya nama Brasmana itu semacam nama orang, kerana di depannya di padankan dengan Putera. Putera selalunya didhomankan kepada anak lelaki jantan berketurunan raja-raja.
Kerana menyinggahi Kuala Perlis atau melalui di situ sekejap saja, mungkin tidak ramai yang mengetahui apakah rahsia disebalik nama hotel berkenaan. Siapakah yang bernama Brasmana itu sebenarnya. Apakah ianya anak raja atau seseorang yang terkenal laksana pahlawan atau panglima di Perlis. Atau apa?
Sebenarnya Brasmana adalah sebuah pulau. Kenapa ia diabadikan di situ ada kisah dan ceritanya pula.
Adapun pulau itu terletak tidak jauh dari hotel berkenaan. Kalau berdiri di Jeti Kuala Perlis akan dapat dilihat dengan jelas pulau berkenaan dalam kedudukan melintang panjang. Asalnya pulau ini berada dalam perairan Malaysia. Dalam kata lain ia adalah khazanah negara ini. Tatkala kita mengetahui sejarahnya kita akan sayu dan sedih melihatnya kerana kini ia sudah menjadi milik orang.
Seperti mana dituturkan oleh seorang tokoh Umno Perlis, disebabkan kesilapan yang dibuat oleh juruukur kita menyebabkan pulau itu berpindah tuan kini menjadi hak Thailand. Kejadian ini berlaku dalam tahun 80-an. Tercenggang saya mendengar cerita itu dan sukar untuk mempercayainya. Kesilapan? Kesilapan macam mana sehingga secoping tanah milik kita berhijrah ke tangan orang lain.
Tidak pernah pula saya terdengar akan perpindahan itu ataupun polemik mengenai pulau berkenaan. Apakah ia tidak pernah digegerkan? Yang nyatanya kehilangan pulau berkenaan tidak dirasai oleh rakyat negara ini apa lagi untuk ditangisinya.
Ini tidak menghairankan kerana rakyat negara ini tidak sensitif terhadap hak dan kepentingan mereka. Kehilangan sebuah pulau tidak menjadi masalah kepada mereka. Inilah fikiran yang lama kelamaan menyebabkan bukan saja pulau tetapi tanah Semenanjung ini pula boleh lenyap dan bertukar nama kepada orang lain.
Tidak lama dulu kita telah hilang Pulau Batu Putih menerusi mahkamah timbang tara. Untuk beberapa waktu pulau itu menjadi milik kita. Tetapi kerana ketidak pedulian kita serta kebodohan menteri luar khasnya, akhirnya pulau itu telah melayang ke tangan Singapura. Kehilangan itu juga tidak ditangisi oleh banyak orang.
Memang tiada ada aset atau kekayaan di pulau berkenaan. Kalau ada pun pacat, unggas dan batu-batu yang kematu saja. Tetapi biarpun begitu bagi warga yang tahu menilai sejarah dan tahu menghargai hak mereka tidak mudah itu menyerahkan kepada sesiapa kerana pulau itu maruah dan air muka rakyat negara ini.
Apabila mahkamah timbang tara memutuskan pulau Batu Putih menjadi milik Singapura tidak ada seorang pun rakyat negara ini bangkit memprotes.
Begitu juga rakyat negeri Johor yang dikatakan lebih berhak ke atas pulau berkenaan. Pemimpin NGO yang hari ini melompat macam beruk mabuk todi, berarak ke sana berarak ke sana kononnya mempertahankan hak kepentingan Melayu dan negara ketika itu entah ke mana hilang. Mereka juga tidak membuka mulut memprotes kehilangan pulau berkenaan. Padahal sebahagian besar dari mereka waktu itu sudah pun berkhatan dan bersunat.
Sikap tidak peduli dan mudah menyerah atas rasa selesa tidak seharusnya diamalkan oleh anak watan negara ini. Kita semua harus sedar dan insaf dan melihat apa juga hak kita harus diambil berat. Jangankan sebuah pulau sepatutnya sebiji pasir pun kita kena pertahankan, jangan dibiarkan. Ambillah falsafah dan larangan yang dikenakan ke atas jemaah haji agar tidak membawa pulang walaupun sebutir pasir atau batu di tanah haram Makkah dan Madinah.
Larangan itu bukan saja-saja melainkan ada hikmah dan mesejnya tersendiri. Dalam hal ini saya mengambil pengertian bahawa Allah menyuruh kita menjadi bumi kita agar tidak 'diranyai' oleh mana-mana pihak.
Tetapi bila mengenangkan akan sejarah lampau yang berlaku di zaman pasca azab (penjajahan) apa nak menghairankan kerana pulau jauh lebih besar dan bermaruah dari Batu Putih dan Brasmana itu pun kita lepaskan begitu saja. Bukankah? [wm.kl.5:00 pm 17/03/11]
1 comment:
Setiap kali hendak ke Langkawi menaiki feri di jeti Kuala Perlis memang sy perasan pulau kecil tu tp xsangka pulak yg sebenarnya pulau brasmana tu berada dlm perairan negara jiran, selepas membaca titipan tuan ini sy trfikir jikalaulah 20 ke 30 tahun yg akn datang apakah yg akn terjadi pd tanahiar kita nanti, mmg majoriti rakyat M'sia tak menghiraukan Pulau Batu Putih dan Pulau Brasmana ditakluk oleh negara lain, sy pon khuatir jika nun jauh di selatan semenanjung sana adakah masih lg menjadi milik kita 50 tahun yg akn dtg?...
Selagi UBN memerintah berkuasa di Putrajaya perkara2 yg serius begini memang akn selalu terjadi...
Post a Comment