Wednesday, March 9, 2011

Keputusan

Saman Ekor Memang Dibenci

SAMAN ekor oleh Polis yang dikatakan tidak sah kerana bertentangan dengan Perlembagaan dan tindakan JP menyenaraikan pemilik kenderaan yang ada masalah (tunggakan) saman memang dibenci dan dicemuh oleh orang ramai. Minggu lepas saya membuat bancian (poll) mengenai isu berkenaan dengan mengemukakan empat soalan untuk di pilih.

Soalan itu ialah;
1. Tindakan itu baik dan patut disokong;
2. Tindakan menyusah dan menindaskan rakyat;
3. Tindakan yang tidak profesional polis, dan
4. Tindakan berubah penyamunan berlesen oleh pihak penguasa?

Seramai 2,436 undian diterima dalam tempoh enam hari. Dari jumlah itu seramai 1,614 orang pengundi atau 66% berangapan tindakan itu sebagai tindakan menyamun secara berlesen oleh pihak berkuasa.

Manakala hanya 192 pengundi atau 7% saja yang beranggapan tindakan itu sebagai baik dan perlu disokong. Sebanyak 429 pengundi beranggapan tindakan polis dan JPJ itu sebagai tidak profesional dan sebanyak 201 atau 8% pula beranggapan tindakan itu menyusah dan menindas rakyat.

Sekiranya undian di blog saya ini adalah simblik pemikiran rakyat umum maka jelas tindakan saman ekor dan penghalangan pemilik memperbaharui cukai jalan oleh JPJ dibenci dan dicemuh.

Eloklah kalau pihak kerajaan mengambil kira pandangan ini bagi mengelakna persepsi buruk kepada polis dan JPJ akan berterusan. [wm.kl.11:30 am 09/03/11]

3 comments:

Unknown said...

Salam Tuan MSO...

Persoalannya...Adakah MEREKA KISAH dgn suara kemarahan itu?...personally saya rasa tidak...

Wallahualam...

hamdy said...

apa kabar pak sayuti,

lama tak menyibuk di laman tuan.

saman ekor adalah satu bizness yg baik. itu sebab dia dlakukan dgn menyorok dan bukan pun tempat byk kemalangan.

hamdy

Nor Azman bin Sukerman said...

Assalamu alaikum tuan.

Andainya saman ekor ini dilayang seperti yang nak saya huraikan tentu kerajaan hilang akal.

Cuba bayangkan kalau semua yang kena saman ekor tak nak bayar saman maka semua mereka akan disenarai hitam dalam rekod JPJ. Akibatnya mereka tidak akan dapat memperbaharui lesen dan cukai jalan.

Andai itu berlaku maka kesemua mereka akan tetap memandu untuk pelbagai urusan lantas mereka akan memandu tanpa lesen. Bayangkan 2 juta pemandu memandu tak ada lesen. Kemudian mereka juga memandu tanpa cukai jalan.

1. Kerajaan akan kehilangan pendapatan berjuta ringgit kerana pemandu tak perbaharui lesen.

2. Berjuta ringgit juga akan hilang dari cukai jalan.

3. Saman yang dikenakan pula tak bawa hasil.

4. Kalau nak penjara pun berjuta pemandu, cukup ke penjara?

Insya Allah, kerajaan akan pasti berlembut.

Setuju tak?