Kuching Diminati Ramai
SARAWAK khasnya di Kuchng sudah mulai sibuk. Pelancong ke bandaraya ini bertambah secara mendadak. Boleh dikatakan semua penerbangan ke Kuching dari Kuala Lumpur penuh. Keadaan ini akan terus bertambah dari hari ke hari dan kemuncak menjelang hari penamaan calon pada 6 April depan.
Boleh dikatakan semua hotel di Kuching sudah ditempah. Hotel di hadapan sungai Sarawak (Waterfront) tidak payah berangan-angan untuk inap di situ, semuanya sudah penuh. Dari hotel bajet sampai ke hotel lima bintang semuanya habis ditempah.
Katanya sejak seminggu lepas lagi semua hotel bertaraf bintang sudah dibooking dan semuanya habis selepas beberapa hari DUN Sarawak dibubarkan.
Hotel tempat saya menginap ini walaupun agak tersisih dari pusat bandar juga habis ditempah. Nasib baik kawan di sini membuat tempahan awal.
Para pemimpin parti politik dari Kuala Lumpur juga sudah mulai tiba. Petugas-petuas pilihan raya, pasukan perisik, polis, askar, SPR, petugas media massa sudah memenuhi bandaraya Kuching. Tidak terlupa juga para broker yang mencari makan di musim pilihan raya, sudah banyak yang melilau di waterfront.
Bertuah bumi Kuccing kerana diminati ramai. Pilihan raya Sarawak ke-10 ini akan menjadi perhatian umum. Bukan saja pemerhati politik Sarawak tetapi dari Semenanjung juga. Kalau sebelum ini orang Sarawak akan memberi perhatian kepada Kuala Lumpur kini orang Kuala Lumpur memberi perhatian kepada Kuching.
Seperti kebanyakan orang bercakap pilihan raya Sarawak akan jadi indikasi kepada pilihan UBN untuk menentukan tarikh pilihan raya ke-13 nanti. Kalau pilihan raya kali ini berpihak kepada BN ini memungkinkan pilihan raya umum akan dipercepatkan, kemungkinan akan diadakan tahun ini juga.
Sebaliknya kalau keputusan pilihan raya malam 17 April memberi pukulan hebat kepada BN apa lagi sehingga ternafinya majoriti dua pertiga di Dun Sarawak menyebabkan UBN seperti dikejar Bujang Senang, mereka akan 'melarikan' pilihan raya umum ke-13 sejauh mungkin yang mampu.
InsyaAllah ulasan mendalam mengenai pilihan raya dan perkembangan Sarawak ini akan saya ulas setelah pulang ke Semenanjung nanti. Salam MSO. [kuching 1.20 am 26/03/11]
No comments:
Post a Comment