Sunday, March 6, 2011

Sebelum Maghrib

Pas Kalah Di Merlimau dan Kerdau

Keputusan rasmi:

Merlimau: UBN mendapat 5,962 undi, Pas 2,319 majoriti 3,643.
Kerdau: UBN mendapat 5,060 undi, Pas 2,336 majoriti 2,724.

Assamualaikum... pilihan raya kecil Merlimau dan Kerdau sudah pun selesai. Sekarang proses pengiraan di pusat pengiraan undi di kesemua pusat pengundian di pilihan raya itu sudah tamat. Beberapa peti undi sudah dibawa ke pusat penjumlahan. Pengumuman dijangka pada jam 8:30 malam nanti.


Di sini saya beri sedikit maklumat berhubung hasil pilihan raya berkenaan khsusnya untuk peminat setia blog ini. Saya harap terimalah keputusan ini dengan tenang dan redha.

Seperti mana sudah dijangka Pas sendiri, parti itu kalah di kedua-dua kerusi berkenaan. Mengejutkan kekalahan Pas agak besar. Kekalahan Pas dalam kedua pilihan raya ini sudah pasti akan dijadikan modal oleh UBN. UBN akan bergembira sakan. Inilah bahana atau pun takdir yang diterima oleh Pas yang pada saya kerana sikap tidak bijaksana Pas dalam mengharungi pilihan raya. Akibat ini gara-gara Pas begitu obses dengan pilihan raya. (Tapi kita dengar ulasan dan bedah siasat oleh Pas nanti). Semoga ulasan itu nanti dapat dijadikan penawar kepada kekecewa dengan keputusan ini.

Tetapi tidak mengapa, Pas tidak kalah kerana bagi Pas menyertai pilihan raya bukan kerana kerusi sangat tetapi kerana hendak gunakan pilihan raya sebagai wadah dakwah dan terbiah. Itulah alasan Pas menyertai pilihan raya berkenaan. Pas berjaya didalam hal ini. Tetapi dari segi moral politiknya Pas kalah!

Dari makluman dalam, Pas kalah dengan majoriti (kekurangan undi) besar dikedua-dua kerusi berkenaan. Di Merlimau Pas kalah dengan kekurangan undi sebanyak 3,623 undi. Peningkatan undi majoriti kepada UBN kira-kira 1,400 undi.

Demikian juga dengan Kerdau Pas kalah sekitar 3,148 undi di mana peningkatan majoriti UBN sebanyak 1,500 undi. Ini keputusan tidak rasmi. Salam [*** 7:29 pm 06/03/11]
Post a Comment