KUNJUNGAN saya ke Perlis semalam menemukan saya dengan dua sahabat lama yang terputus hubungan sejak lebih 20 tahun lalu. Mereka ialah Ustaz Mohd Adam Salah dan cikgu Azmin. Kedua mereka pernah mengikut sebuah jemaah Islam, dan merupakan pendakwah yang ulit.
Kalau saya ke Perlis atau hendak ke Thailand sekitar tahun 80-an dulu saya akan singgah di Titi Tinggi yang menjadi pusat gerakan dakwah dianggaotai dua sahabat itu. Kampung itu terletak berhampiran dengan bukit, pemandangan sungguh mengkagumkan.
Lanskap yang dibina mencerminkan sebuah perkampungan Islam menburut tafsiran pendokong gerakan berkenaan. Ada kolam ikan, kebun sayur-sayuran. Sebuah surau dan kalau tidak silap ada sekolah untuk kanak-kanak pre sekolah.
Apa mengenangkan saya bila singgah di Titi Tinggi bila pagi disediakan sarapan pagi dengan puluh gaul nyiur dengan ikan kering kukus. Keenakannya masih terasa sampai kini. Makanannya simple, tetapi cukup lazat dan mengeiurkan.
Saya tindak sangka malam itu kehadiran dua sahabat lama ini. Maklumlah majlis makan malam anjuran sebuah parti politik. Mana disangka kalau mereka sudah berjinak dengan parti politik kerana sebelum ini - ketika menyertai gerakan dakwah kira-kira 20 tahun lalu, mereka dididik supaya tidak menyertai politik politik. Mereka diajar supaya tidak menyertai parti politik kerana gerakan itu ada siasah tersendiri.
Apabila juruacara mempersilakan Ustaz Mohd Adam untuk membaca doa, lamaunan saya terbingkas sebagai mendengar namanya. Saya tidak percaya. Apakah orang yang disebut itu Mohd Adam yang saya kenal dulu? Saya termangu-mangu. Untuk mempasti saya menanyai seorang wartawan tempatan yang saya rasakan pasti mengenal orang itu.
"Apakah yang baca doa itu pernah menyertai kumpulan *****,?" tanya saya.
"Iya..? jawabnya. Oh tidak dapat nak gambarkan betapa gembiranya saya. Dua sebab, pertama dapat berjumpa semula kedua kerana dia menyertai parti politik. Tanpa membuang masa saya menghampir ke mejanya.
Tanpa payah memperkenalkan diri Ustaz Mohd Salleh mengenal saya yang tidak pernah mengubah cara hidup, pakain dan cara bercdakap. Maka berpelukkan kami untuk sejurus.
"Ish...tak sangka ya..." Ustaz Mohd Adam tidak dapat menyembunyikan keseronokkan demikian juga dengan saya.
Kegembira pertemuan itu bersambung pula pula apabila saya menanya cikgu Azmin seorang lagi sahabat yang melayan saya apabila bertandang ke Titi Tinggi. "Cikgu Azmi di mana Ustaz?" tanya saya.
"Eh... dia pun ada sini. Tadi dia ada....," jelasnya sambil melemparkan pandangan mencari cikgu Azmin.
Selesai majlis makan malam sementara mendengar ceramah, Razali yang bersama Ustaz Mohd Adam membawa cikgu Azmin ke meja saya. Kegembira saya berganda kali ini, kerana berjumpa cikgu Azmin.
Beliau masih belum beruba, seorang yang lembut dan bersopan santun. Sambil perkenakan tea tarik sempatlah malam itu kami berbual mengenang kisah-kisah perjuangan lalu. Ustaz Mohd Salleh Adam tidak habis-habis menyatakan keseronokkan membaca buku tulisan saya mengenai jemaah berkenaan. "Ana masih ingat sampai ke hari ini apa-apa yang enta tulis dalam buku, sheikh..." katanya.
Dalam pertemuan itu sempat juga saya bertanya mengenai markaz Titi Tinggi, bagaimana dan apa sudah jadi. Saya mengira mereka berdua masih tinggal diperkampungan Islam itu. Tetapi rupanya selepas gerakan itu diambil tindakan oleh kerajaan perkampungan itu juga dirobohkan.
Rumah, sekolah dan semua aset termasuk tanah sudah dirampas oleh kerajaan Perlis.
Perkampungan itu sudah pun lenyap kini. Tetapi satu yang mungkin tidak lenyap dan masih kemen dalam ingatan saya ialah pulut gaul nyiur makan dengan ikan kukus yang dihidangan setiap pagi bila saya bertandang ke markas berkenaan oleh Ystaz Mohd Adam dan cikgu Azmin. [ttdi.kl 6:00 pm 14/03/11]
No comments:
Post a Comment