Mengenali Ainuddin Wahid Menerusi Buku:
"Ainuddin Pejuang Degil Melayu"
SEMPENA perlancaran buku biografi bekas Naib Censelor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Tan Sri Ainuddin Wahid di Dewan Besar kampus UTM Antarabangsa Jalan Semarak, Najib Razak telah mengumumkan penubuhan Dana Ainuddin Wahid dengan peruntukan sebanyak RM10 juta.
Dana itu akan membantu lima orang pelajar untuk pengajian ijazah lanjutan di universiti tersebut dan peruntukannya diberikan secara berperingkat-peringkat sebanyak RM2 juta setahun.
Peruntukan bagi pendidikan sebanyak itu tidak mencukupi sebenarnya, dan jauh lebih rendah dari peruntukan untuk membina imej politik seorang ahli politik. Sepatutnya peruntukan untuk dana sepenting itu melebihi daripada peruntukan lain yang bersifat pembaziran.
Misalnya jika dibandingkan peruntukan untuk membina imej Najib sebagai PM yang diberikan kepada sebuah consultan pembinaa imej Yahudi-Zionis, Apco... sebanyak RM70 juta ternyata ianya relatif rendah.
Tetapi seperti mana kata Najib dana itu dilancarkan bagi mengenang jasa dan bakti Ainuddin dalam dunia pendidikan amnya dan sebagai pengasas UTM khususnya, barang kali ia sudah baik sebagai permulaan. Tentunya kemurahan perdana menteri itu disambut dengan nyiru jika tidak kecukupan telapak tangan.
Saya ikut sama menyempatkan diri dalam majlis perlencaran buku berjudul "Ainuddin Pejuang Degil Melayu" yang ditulis oleh keryawan tamu UTM, Fatini Yaacob itu. Majlis itu meriah dan sungguh bermakna, tetapi sayangnya Ainuddin tidak dapat hadir. Beberapa orang tokoh politik yang pernah menuntut di UTM dan menjadi murid Ainuddin juga turut hadir. Ikut sama hadir ialah bekas mahasiswa yang pernah memberi 'masalah' kepada Ainuddin iaitu sdr Ahmad Lutfi Othman. Ilmuan Prof Awang Sariyan juga hadir dan duduk bersebelahan dengan saya, Lutfi dan rakan Zulaimi Kazin.
Menyebut tentang Lutfi saya masih ingat semasa Lutfi giat dalam gerakan mahasiswa dan memperjuangkan isu pengharaman purda di UTM saya ada membuat beberapa laporan tentangnya. Ketika itu saya berkhidmat dengan akhbar Minggu Islam yang berpejabat di Taman Melawati pada tahun 1986. Bermula di sini jugalah saya mengenali Lutfi dan banyak melamporkan kegiatan-kegiatan kampus beliau dalam gerakan mahasiswa.
Kisah pemecatannya dari UTM gara-gara 'gila' dalam memperjuangkan purda ada saya abadikan dalam ruangan Panorama Hidup di Minggu Islam. Kalau tidak salah ingatan, saya pernah menasihati Lutfi supaya menumpukan kepada pengajian untuk mengelakkan daripada terjadi tindakan-tindakan saya kira merugikan beliau. Tetapi Lutif tidak kurang 'degilnya' (seperti gurunya Ainuddin) dalam perjuangan itu di mana akhirnya beliau dipecat ketika berada di sasmeter akhir dalam jurusan kejuteraan.
Di majlis itu sambil memerhati kepada wajah-wajah yang hadir saya mengintai-intai sosok Ainuddin semalam. Saya fikir kalau beliau hadir tentu beliau akan bersemayam atas kerusi roda. Namun tidak ada kelibatanya. Akhir-akhir ini tokoh ilmuan ini sudah uzur namun sekali sekali beliau muncul juga dengan bekerusi roda ke forum atau persidangan yang ada sangkut paut untuk memperkasakan Melayu. Kesanggupan itu menjelaskan betapa besar dan bersemangatnya beliau dalam memperjuangkan hak-hak dan kepentingan Melayu.
Apabila Ainuddin tidak ada bersama dalam majlis itu terasa majlis itu tidak sah. Bagaimana pun majlis itu membanggakan semua warga didikannya dan juga keluarganya. Mereka yang hadir saya yakin kerana mempunyai rasa hormat dan sanjungan tinggi kepadanya sebagai tokoh pendidik negara.
Tahniah diucapkan kepada Fatini yang mengambil inistiaf menulis biografi berkenaan dan tahniah juga kepada Penebritan UTM.
Saya belum membaca keseluruhan buku setebal hampir 500 muka surat itu yang disisipkan dengan foto-foto lama mengenai Ainuddin. Penilaian awal saya buku itu penting untuk generasi baru Melayu mengenali perjuangan tokoh ini.
Pada saya penulis berjaya mendedahkan keperibadian Ainuddin yang tidak banyak diketahui sebelum ini. Memang sebelum ini Ainuddin tidak banyak menceritakan apa-apa kejayaan atau pun masalah dihadapinya sepanjang jihadnya, sebaliknya ia membiarkan orang mengetahui sendiri dari sumber-sumber lain. Baginya orang tidak penting mengetahui kedukaanya tetapi yang penting orang gembira dan sukacita dengan apa yang dilaksakan. Inilah type orang berjiwa hamba yang patut diteladani.
Yang nyatan buku itu juga penting untuk mengetahui prinsip dan kedirian Ainuddin terhadap bangsanya dan agamanya. Bila orang melihat kejayaannya membina UTM tetapi orang terlupa peranan beliau sebagai pendakwah atau pembangunan Islam yang dibuat serentak. Tepatlah gelaran ataupun tafsiran yang diberikan Fatini terhadap Ainuddin;
Ainuddin seorang yang merendah diri, lemah lembut, berpandangan juah tetapi tegas dengan pinsip pendidikan berteraskan Melayu dan bertunjangkan Islam. Dalam hemat saya pula saya melihat dalam jiwa Ainuddin ada api yang sentiasa menyala untuk mencairkan batu politik orang Melayu agar bersatu dan berpadu.
Dalam satu interviu dengan beliau mengenai isu politik Melayu, beliau kesal dengan cara orang Melayu berpolitik dan ketika itu juga disarankan sepaya orang Melayu kembali ke jalan asal yang boleh menyatukan Melayu iaitu jalan agama. Sepatah katanya yang saya catat; "Kita hendaklah kembali kepada ajaran Islam. Kalau kita tidak kembali kepada Islam segalanya tidak akan selesai." - 2006.
Saya menyarankan bacalah buku ini bukan saja untuk mengenali tokoh yang satu ini tetapi yang penting mempelajari dan menyelami hati budinya kemudian memperaktikan apa yang ditujuk di sepanjang kerjaya dalam perjuangan pendidikan untuk anak bangsa.
Kepada pemimpin politik juga, hatta Perdana Menteri, Najib Razak jangan hanya merasa bangga dan bernostalgia kerana Ainuddin adalah kawan bapaknya tetapi yang penting menggali rahsia kehebatan Ainuddin dan mengambil ilmunya, meniru pembawaannya serta menanam iltizam dihati yang kukuh untuk agama, bangsa dan negara.
Penghayatan kemudian mempraktikan apa yang Ainuddin inspirasikan di sepanjang lebih 20 tahun di UTM khasnya, lebih penting dan bertuah daripada melakukan gimik perlancaran buku berkenaan yang tidak menjadi apabila buku tidak keluar dari kotak hikmat setelah beberapa kali Najib menekan butangnya. Mat Maslan juga tidak kelihatan, kononnya sakit gigi. [wm.kl.9:15 am 27/09/11]
No comments:
Post a Comment