Mengunjungi Seri Rama dan Laksamana
SWAKTU pulang berhari raya di kampung halaman dua hari lepas saya sempat mengunjungi dua pemimpin veteran yang cukup popular pada tahun-tahun 70-an hingga pertengahan 90-an dulu. Di mana dua tokoh ini cukup senonim dengan parti yang mereka anggotai masing-masing.
Mereka juga menjadi sebutan bukan saja kerana pidato atau pun cara mereka berpolitik; mendekati rakyat atau PR mereka, tetapi mereka menjadi popular kerana wajah mereka yang tampan dan handsome.
Dua tokoh yang saya maksudkan itu ialah Zahari Awang bekas ahli Parlimen Kuala Krai dan Hussein Ahmad bekas Adun Gual Periok. Zahari pernah menjadi Setiausaha Parlimen Kementerian Luar semasa Pas bersama BN dalam tahun 1974. Manakala Hussein pernah menjadi Timbalan Menteri Besar Kelantan dan juga Timbalan Menteri Perumahan.
Kedua-dua mereka memang saya kenali dan pernah mendekatinya sejak remaja lagi. Saya tidak melupai mereka sampai ke hari ini dan tetap mengangap mereka adalah pendorong dan pemberian aspirasi kepada saya sebagai penulis dan wartawan. Terutamanya Zahari beliaulah yang menyebabkan saya merantau ke Indoneisa mendalami ilmu.
Apa yang boleh saya sebutkan mengenai mereka, Zahari atau dimesrai dengan 'kelo' Abang Z semasa di dalam Pas adalah penceramah yang cukup popular. Poluritinya ialah kerana kebolehan beliau meyelitkan ceramah-ceramahnya dengan kisah-kisah lagenda dan mitos wang kulit. Beliau akan mengambil kisah wang kulit sebagai anologi dalam ceramahnya atau membuat perbandingan watak-watak dalam wayang kulit dengan watak-watak antogonis Umno ketika itu.
Beliau tahu menghafal neratif wayang kulit ataupun berceramah dengan meniru lorak atau gaya sebagai Tok Dalang sedang melarikan wayang di kelir. Kepetahan dan kefasihannya ini menyebabkan pendengar ralit dan terhibur. Zahari adalah anak didik Mohd Asri Muda (Allahyarham). Beliau seorang yang pengikut Asri yang setia dan tidak tahu berdolak dalik dalam mempertahankan tindakan politik Asri. Satu masa beliau dilihat tokoh muda bakal menjadi pemimpin pelapis Pas masa depan.
Apabila Asri meninggalkan Pas kerana prinsip-prisip peribadinya Zahari mengikut Asri dan akhirnya menyertai Umno. Pernah bertanding sebagai calon Parlimen Kuala Krai atas tikit Umno dalam pilihan raya 1990 tetapi tewas. Masa ini beliau seakan berihat dari politik tanpa memegang apa-apa jawatan dan diberikan peranan sewajarnya.
Begitu juga dengan Husein Ahmad yang dikenali dengan Hussein Serama. Mungkin ramai orang tidak tahu kenapa Hussein dikenali dengan mama Hussein Serama? Gelaran politik itu diberikan kerana ketampaan dan kesegakan wajahnya. Hussein mempunyai hidung yang tinggi (mancung), yang mata yang lembut, kening lebat tanpa misai. Serama ialah raja dalam wayang kulit yang berwajah dan berperwatakan menarik.
Waktu itu Umno berbangga miliki Hussein sebagai Seri Rama bersenu. Lantaran itu kebetulan Zahari juga mempunyai wajah yang kacak mirip Hussein, hidup mancung, senyuman yang menarik maka beliau dianggap sebagai regu yang boleh menandingi Hussein. Lantaran itu Pas menganggap Zahari sebagai Laksamana yang akan beraru dengan Seri Rama. Di dalam wang kulit Laksanama ialah pahlawan. Seorang yang bertubuh kecil molek, pantas dan pintar dalam tindakan. Laksamana menjadi pembela Seri Rama dan penjaga kerajaan Seri Rama.
Keberkebetulan itu juga menyebabkan kedua tokoh ini hebat dan menjadi sebutan. Mereka saling bersiang di pentas politik mempengaruhi rakyaat untuk menyokong parti masing-masing.
Kelebihan yang ada kepada Hussein ialah corak pidatonya yang memukau pendengar. Bahasa digunakan dailek Kelantan yang mudah difahami dan perumpaan dan anologi yang digunakan menyetuh hati. Kehebatan Hussein beliau boleh menukar nama orang, maksudnya dia boleh mempengaruhi orang ketika beliau berceramah. Sesiapa mendengar pidatonya akan lemah longlai dan terpengaruh dengannya.
Unik mengenai Hussein di pentas beliau tidak statik seperti orang lain. Beliau akan bergerak ke segenap penjuru dan ada kalanya beliau turun ke bawah untuk berintraksi dan touching pendengar. Kemesraan sebeginilah menyebabkan pendengar akan jatuh hati dan mudah terpengaruh dengan propaganda yang disampaikannya.
Alhamdulilah saya bernasib baik, raya ini dapat mengujungi kedua-duanya. Zahari dirumahnya di Guchil Kuala Krai dan Hussein di rumahnya di Lemal pasir Mas Kelantan. Biasalah orang politik bila dapat berbual dan mengungkti sejarah jihad mereka masa lampau akan bersemangat dan boleh segar dengan tiba-tiba.
Semasa saya mengujung Hussein bersama keluarga dan sdr Rushdan Mustafa, beliau yang kini yang sedikit keuzuran kerana menghidap perkinson mulut, kelihatan bertenaga dan masih mampu memberi ulasan dan pandangan politik yang postifi. Walaupun pergerakan dan aktiviti politiknya terbatas namun isu-isu dan perkembangan politik masih dipantau dengan baik.
Ada beberapa perkara disentuh mengenai Umno yang merupakan kritik yang konstruktif. Yang jelas dalam pandangan Hussein yang dimesrai dengan abang Sin atau ayah Sin banyak perubahan dialami Umno kini makin membawa parti itu jauh dari landasan asalnya.
Begitu juga dengan Zahari saat saya mengunjungi bersama sdr Yunus meski badan dimamah usia namun sejarah politik masih kemas dalam lipatan mindanya. Tidak cukup sehari kalau untuk bercakap mengenai sukaduka perjuangan beliau (Pas) dahulu. Beliau adalah sebahagian daripada khazanah atau almanat Pas sebab beliau antara tokoh yang bertanggungjawab membawa kepada kegemilangan Pas khasnya dalam membina perpaduan untuk bangsa dan negara.
Tetapi sayang Pas seakan tidak mempedulikan dan lebih sedih lagi menganggap beliau sebagai musuh dan pengkhianat. Saya sering mengatakan kalau Pas sudi melihat Zahari atau Asri dan orang-orang yang telah meninggalkan Pas, lihatlah sejarah dan bukalah kitab perjuangan mereka sebelum tahun 1986 sebelum mereka meninggalkan Pas. Rasanya tidak berdosa kalau budi, bakti dan pengorbanan mereka dihirup dinikmati kerana mereka waktu itu adalah bukan pendosa politik.
Apabila berbicara tentang Zahari dan Hussein sesuatu yang orang muda atau politician boleh pelajar dan mengambil pedoman dari mereka ialah mengenai sikap tawakus dan PR mereka. Kedua mereka pernah menjadi bahan kritikan saya. Misalnya Husein setiap minggu menjadi bahan penulisan saya.
Hussein begitu terasa dan marah dengan tulisan saya kerana boleh menjejaskannya di Dun Gual Periok. Hussein tidak seperti politician hari ini yang mudah menggunakan mahkamah sebagai ruang membela diri dengan menyaman penulis. Tidak dengan Hussein dia akan menjinaki kita dan berbincang serta sedia mengatasi masalah yang kita utarakan. Dalam kata lain beliau prihatin terhadap apa yang ditimbulkan. Begitulah yang pernah dilakukan Hussein ke atas saya.
Demikian juga dengan Zahari. Saya pernah mengkritik beliau. Ramai kawan-kawan memberi tahu yang Zahari marah dan tersinggung dengan kritikan saya. Namun jelas apabila saya menemui beliau, tidak sedikit pun beliau menimbulkan apa yang saya tulis.
Paling membanggakan saya pula bila setiap kali menemui mereka, (Hussein dan Zahari) mereka tidak pernah lupa menyebut peranan dan tanggungjawab saya sebagai penulis. Sebagai seorang penulis mereka menghormati peranan saya hatta sesekali menyebabkan telinga mereka berdesing.
Paling membanggakan lagi sebahagian buku-buku tulisan saya atau ulasan saya mengenai politik di akhbar dan tv senantiasa menjadi perhatian mereka. Itulah kelebihan dan ketinggian ilmu siasah yang ada kedua tokoh veteran yang pada saya sukar dibandingkan dengan tokoh-tokoh muda yang ada hari ini. Mereka yang ingin berjaya dalam politik boleh belajar dari mereka. [wm.kl.12:00 t/hari 03/08/11]
No comments:
Post a Comment