Suhaimi Orang Umno Yang Lebih Baik Dari Orang Pas
MALAM tadi saya menghadiri rumah terbuka pertama orang politik tahun ini. Rumah terbuka yang menjadi pilihan ialah rumah terbuka Setiausaha Politik Menteri Kebajikan dan Pembangunan Wanita, Suhaimi Ibrahim. Rumah terbuka diadakan di KK Club di Taman Melawati, kira-kira 3 km saja dari rumah saya.
Dua tahun lepas Suhaimi dan isterinya telah mengadakan rumah terbuka di kelab ini. Tetapi saya tidak hadir, kerana mendapat tahu yang Inchek Ibrahim Ali dijemput. Saya tidak tahu kenapa dia pilihan Melawati bukan Danau Kota atau Benta, Pahang kawasan yang pernah beliau wakili. Apakah Suhaimi akan bertanding di Gombak? Rumahnya di Danau Kota.
Hari ini juga saya mendapat undangan menerusi SMS dari Ketua Penerangan Umno Malaysia Ahmad Maslan yang mengadakan rumah terbuka raya di kediamnnya di Precint 10 Persiaran Perdana di Putrajaya. (Oh bukan Percint Felda, Mat). Saya meminta maaf banyak kepada Mat Maslan kerana tak dapat hadir dan beterima kasih atas undangan.
Sebelum itu saya juga menerima undangan dari Pegawai Korporat MITI agar hadir rumah terbuka menterinya, Mustapa Mohamed dan dari Menteri Pelancongan, Ng Yen Yen. Kedua undangan itu atas nama wartawan bukan personal, dan saya tidak pergi. Pro di dua kementerian ini rupanya mengingati Siasah.
Ada pun undangan Suhaimi dan Mat Maslan atas nama personal dan hubungan sebagai kawan. Setakat ini saya belum menerima undangan rumah terbuka pemimpin PKR maupun Pas. Bukan hendak kata ada perbezaan ketara di antara pemimpin Umno dengan pemimpin PKR atau Pas. Dari segi mengingati kita, pemimpin Umno lebih baik dan mesra kawan.
Di Kelantan saya hanya menerima undangan menerusi SMS dari seorang Exco saja, Dr Mohd Fadzli Hassan. Selain Dr Fadzli dari Fatmi Che Ali Ketua Umno Bahagian Kota Bharu yang juga Setiausaha Politik Perdana Menteri. Ada orang ajak ke rumah Timbalan Menteri Besar, Ahmad Yaacob saya tidak pergi, kerana bagi saya pergi ke rumah pemimpin politik tanpa diajak sendiri atau wakilnya yang sah, adalah menceroboh.
Mustapa Mohamed juga ada menghantar SMS memberi tahu dia adakan rumah terbuka di kompleks siasahnya di Bukit Nangka di Jeli. Saya tidak hadir kerana kerana kesuntukan masa.
Berbalik kepada rumah terbuka Suhaimi malam tadi memang meriah. Sepanjang 1 km jalan kiri dan kanan ke kelab itu dipenuhi dengan kereta. Terkejut saya melihat menyebabkan konfius apakah rumah terbuak itu milik Suhaimi atau menterinya.
Sebaik masuk saya bertanya kepada seorang tetamu untuk kepastian. "Ini rumah terbuka Suhaimi atau Shahrizat Jalil?" Tetamu itu kehairanan. "Kenapa?" tanyanya. "Kalau ini rumah terbuka Shahrizat saya nak balik, kalau Suhaimi saya akan masuk," kata saya.
"Ini rumah terbuka Suhaimi," balas tetamu itu. Sekejap Suhaimi dengan senyum dan gaya bekas idolanya yang tidak pernah luput di hati Anwar Ibrahim menghampiri dan bersalaman dengan saya. Sambil mengucapkan tahniah saya memperkenalkan dua rakan anak beranak yang saya bawa, Sdr Maimon Setisausaha Pengiat Seni dan Budaya Kuala Krai, Kelantan dan anaknya Ustaz Yusri.
"Hebat Mi.... saya datang kerana you dan saya tidak datang kalau ini rumah terbuka Shahrizat," ulang saya kepada Suhaimi. Suhaimi faham perangai saya.
Malam tadi seperti saya duga dan memang menjadi tujuan saya untuk berjumpa individu yang lama saya tidak bersua. Mereka semuanya ada. Rakan bloger Zaharin Yassin juga ada. Eman Jr yang kini sudah jadi orang kuat Perkasa juga ada, siap bawa isteri dan anak-anak sekali. Peguam yang tidak peduli protokal dan out spoken dan tetap menghormati saya kerana saya konsisten menyokong Anwar Ibrahim, Shahbudin Embon juga ada.
Dalam majlis seperti itu cukup kalau ada Zaharin dan Shahbudin. Mereka berani dan mengetahi banyak cerita balik tabir dalam Umno. Mereka juga tidak tahu berjimat dalam berkata-kata. Zaharin akan menceritakan apa saja yang eksklusif dari dalam Umno. Dia tidak peduli. Walaupun dianggap 'gong' tetapi gongnya bukan macam seorang wakil rakyat di Kelantan. Gong Zaharin gong yang memberi modal politik kepada pendengarnya.
"Ka tulis Sayuti, bahawa Muhyuddin Yassin adalah timbalan perdana menteri terburuk di negara ini. Sombong nak mampus. Anwar walaupun dia tahu aku bantai dia, tetapi bila berjumpa dan aku nak juga bergambar dengan dia, dia layan dan hormat aku... aku tidak pernah jumpa TPM seperti Udin anak Yassin (dia pijam istilah saya) ini." kata Zaharin. Saya kebingungan dan meminta dia perlahankan sikit perbualan.
Saya tidak betah melayan Zaharin dan demi menjaga majlis dan nama baik Udin anak Yassin, sebab kalau layan banyak lagi hemburan kepada TPM itu, saya lalu merayau ke dalam meninjau rumah terbuka itu. Kerusi meja penuh sesak, di segenap ruang dipenuhi dan semua gerai yang menyediakan juadah penuh. Dewan menempat meja Vip juga penuh, ketika itu Shahrizat sudah tiba tetapi saya tidak jenguk pun kelibat Juhi Chawla itu.
Meriah dan hebat rumah terbuka Suhaimi. Saya dilayani oleh suami Pengarang akhbar Buletin Rakyat, Norzah Kepul, iaitu sdr Nazri untuk mengambil makanan. "Biar saya serve Ustaz," kata Nazri dan bertanya saya nak makan apa. Sebenarnya saya ke rumah terbuka itu bukan nak makan, lagi pun selera agak tumpul kerana dibaham selesema. Tetapi makanlah juga secebis dua kambing panggang. Jangan bimbang tak sampai dikejar gaout.
Sambil makan sambil memerhati sekeliling, memerhati mana-mana yang kenal dan kawan lama yang tidak mungkin akan jumpa dalam majlis orang Pas dan PKR. Adalah dua tiga orang termasuk yang kerap keluat tv menghentam Anwar Ibrahim. Beberapa peminat dan penjenguk blog Merah Tinta juga datang menyapa, dan saya tenguk ada yang menjeling penuh prejudis mungkin bersoal dalam hati, aik... datang juga dia ni.
Saya datang kerana menghormati Suhaimi. Saya kena Suhaimi sejak dia jadi Pengarah Kemas lagi sekitar oertengahan tahun 80-an. Saya kenali dia seorang yang baik, mempunyai daya hormat dan daya berkawan yang tinggi. Dia juga pembaca pemikiran saya, merupakan pembeli buku-buku tulisan saya. Di perhimpunan Agung Umno kalau kebetulan saya menjual buku beliau akan mengujungi gerai saya dan berbual serta bertanya mengenai isu-isu politik.
Perhubungan itu berterusan hingga ke hari ini. Saya tidak melihat Suhaimi sebagai seorang ahli politik yang lemah dan mudah hilang punca dan tidak konsisten dalam sesuatu keadaan. Tetapi saya menilai nilai persahabatan dan setiakawan yang ada kepada beliau. Mungkin penilaian itulah juga maka majlis rumah terbuka beliau mendapat sambutan hebat, mengalahkan sambutan di rumah terbuka Mat Mazlan, barang kali. Jangan marah Mat nanti kena jual?
Saya tidak berlamaan di majlis itu. Dalam melangkah untuk keluar saya terus memerhati. Ada sesuatu perecaman yang saya dapat buat pada majlis berkenaan dan ini memberi indikator kepada parti Suhaimi. Kedatangan orang Cina dan India malam tadi boleh dikatakan tidak ada langsung. Tidak tahulah apakah Suhaimi hanya menjemput rakan Melayu saja dan tidak punya rakan India dan Cina. Apa yang sempat saya hitung hanya ada dua orang Cina dan empat orang India saja. Saya berharap mungkin Suhaimi hanya menjemput Melayu saja, dan bukan terbuka semuanya.
Semasa hendak melintas keluar dari dewan Vip saya terpandang Johan Jaaffar bersama isterinya, Datin Sarah. Juga seorang kawan elitis yang tidak sombong dan dulu sebelum jadi Pengerusi Media Prima kerap menghubungi saya untuk berbicara soal politik semasa. "Sayutiii...!" panggilnya sehingga melewati darjatnya sebagai Datuk dan Pengerusi sebuah sebuah empayer media.
"Iya... Datuk JJ..." sambut saya. Johan menyengenkan kerusi di sebelahnya untuk saya duduk. Begitulah Johan di mana pun dia akan sapa saya dan erti persahabatan tetap ada. Saya hormati dia sebagai seorang penulis, dramtis, dan bukan politician... sebab dia bukan politcian sangat tetapi 'poli-politikan' saja. Walaupun ada sesuatu yang boleh dicemuh tentang JJ dan orang tidak setuju, tetapi saya lupakan itu kerana saya melihat nilai yang baik dan kehebatan seorang Johan. Johan juga setiap kali ada rumah terbuka tidak melupai saya. Ingatan itulah paling mahal dan diharagi oleh marhain seperti saya. Tahun ini juga, minggu depan Johan dan isteri menjemput saya ke rumahnya.
Johan dan Suhami dua sosok yang tidak disenangi oleh pihak politik sebelah sini kerana sikap dan pendirian mereka. Itu mereka, tetapi tidak saya. Sesiapa pun saya menghormati pandangan dan pendirian politik mereka. Sepatutnya dalam hidup ini kita kena asingkan antara pegangan politik dengan perasaan peribadi kita. Jangan satukan di antara keduanya. Kalau marahkan Mahathir jangan marah kawan dan orang Umno lain, itu yang sama amalkan.
Apa yang kita tidak setuju letak di sebelah kiri dan bila berhadapan dengannya kita ambil yang kita setujui dan kebaikannya letak dekat kita. Saya rasa kalau kita mampu berbuat demikian hidup ini selamat dan kita kurang memiliki musuh. Itulah saya, yang mana sikap ini sukar dimengertikan dan membuatkan saya selalu diprejudis.
Berbalik kepada rumah terbuka Suhaimi yang meriah tadi saya bersetuju dengan kata-kata Shahbudin Embon, "Suhaimi pandai apabila dia terpangkap dalam kemelut politik menyebabkan dirinya serba salah dia keluar dan kini dia membina semula dengan berkawan seberapa ramai dan melupai sentimen politik yang boleh merenggangkan dia dengan kawan-kawannya. Ini satu tindakan yang bijak."
Terima kasih Mi terima kasih Mat Maslan moga tahun depan ingatkan saya lagi! [wm.kl.10:39 am 10/08/11]
1 comment:
Orang UMNO ada modal Haji. PAKATAN teraba raba nak berkempen ni pun mana nak cari.
Pepaham je la Haji. Maaf ya.
Post a Comment