BANYAK hal yang menarik berlaku di Kelantan yang terlepas dari jangkauan radar maklumat saya. Salah satunya ialah mengenai penyusunan calon-calon Pas untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 nanti. Tampaknya Pas Kelantan berkeyakinan pilihan raya umum ke-13 akan diadakan pada tahun ini juga. Sesetengah pemimpin Pas meletakkan ia akan berlangsung selepas raya haji atau ketika jemaah haji berada di Makkah.
Justeru itu Pas sedang menggerakan semua peringkat jenteranya bagi menghadapi kemungkinan itu.
Berlainan dengan tilikan dan firasat saya. Pilihan raya tidak mungkin diadakan pada tahun ini. Di pihak BN sendiri pun banyak yang tidak beres. Selain soal calon, kewangan juga tidak begitu mewah seperti dahulu. Lagi pun tidak ada sebab untuk Najib Razak membubarkan Parlimen dalam keadaan iklim tidak berpihak kepadanya. Masih ada beberapa perkara yang perlu ditunggu dan diselesaikan.
Perkara pokok ialah menanti Anwar Ibrahim dikirimkan ke Sungai Buluh sekali lagi. Selepas Anwar dikurung saat itulah parlimen akan dibubarkan. Najib merasakan BN akan selamat kalau Anwar dirihatkan. Waktu ini team kajian politik UBN sedang membuat peyelidikan, mana lebih baik bagi UBN, semasa Anwar di dalam atau Anwar diluar. Satu sumber memberi tahu ia lebih baik semasa Anwar berada di dalam. Pengurungan Anwar akan melemahkan aktiviti Pakatan Rakyat dan melemahkan semangat penyokong.
Perkara kedua ialah kedudukan ekonomi negara kini yang sangat lembab. Kelembaban ekonomi ini tentu akan dijadikan isu bagi mengaitkan kelemahan Najib sebagai pemimpin. Najib akan menanti ekonomi pulih sebelum dewan dibubarkan.
Berbalik kepada persiapan Pas Kelantan tadi, khabarnya Pas Kelantan sudah hampir selesai mengaih-agihkan kerusi kepada calon-calonnya. Baik siapa yang akan bertanding di state dan parlimen sudah pun dikenal pasti. Ada peralihan dan perubahan ketara nampaknya dalam penyusunan itu.
Dalam penyusunan ini juga macam ada satu grand design untuk merubahkan hegemoni politik Pas Kelantan. Perubahan ini mungkin baik pada pandangan sesetengah ahli Pas, tetapi saya agak keliru dan merasakan kurang baik dan songsang. Terus terang saya katakan ia sedikit mengkagetkan.
Benar atau tidak – jangan marahkan saya, saya terdengar bahawa Husam Musa akan dipindah ke Parlimen dan tidak akan bertanding di state lagi. Kenapa? Tampaknya apa yang dialami Husam tahun 2008 akan berulang kembali. Pada tahun itu beliau 'dihalau' dari Kijang dan kembali ke kawasannnya, di Salor. Peristiwa penghalauan itu benar-benar mencemaskan Husam dan menyedihkan penyokongnya.
Apakah ia akan berlaku sekali lagi menjelang pilihan raya umum akan datang? Kerusi yang dikatakan akan diperuntukan kepada Husam ialah Bachok yang kini dipegang bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa yang sudah hampir pasti tidak akan diletak bertanding di Kelantan lagi. Kalau benar Husam ke Bachok ini bermakna Sallahuddin Ayub akan dikekalkan di Kubang Kerian.
Pengekalan Sallahuddin itu wajar memandang komitmen dan prestasi beliau di kawasan itu tetapi perpindahan Husam ke Bachok satu hal yang luar biasa dan anih.
Zahirnya pertukaran tempat itu untuk membolehkan Husam 'bermain' di Kuala Lumpur. Ini bersesuaian dengan kedudukannya sebagai Naib Presiden Pas yang sekaligus menculakan wajahnya sebagai pimpinan nasional. Memang persiapan itu kena pada tempatnya kerana Husam dilihat sebagai tokoh yang layak untuk memegang jawatan penting kalau Pakatan Rakyat menang. Malahan saya pernah membina malam satu masa dulu untuk bermimpikan Husam menjadi Presiden Pas dan Timbalan Perdana Menteri.
Bagaimana pun jika disuluh dari sudut lain, perubahan kerusi Husam itu ada agenda politik tertentu. Ia seakan mahu menafikan Husam daripada disenaraikan sebagai pengganti Tok Guru Nik Aziz sebagai Menteri Besar Kelantan. Kalaulah itu alasan perubahan itu ia sesuatu yang zalim dan tidak bijak. Tidak seharusnya soal pengganti Tok Guru sehingga sanggup merubahan plan dan matlamat asal penurunan Husam ke state tahun 2004. Alasan itu tidak relevan sama sekali.
Perlu diingat penurunan Husam bersama Mohd Amar Abdullah pada tahun 2004 ialah untuk membantu pentadbiran Tok Guru yang ketika itu sedang diattack dari dalam dan luar parti. Satu ketika Tok Guru berada dalam keadaan cemas. Husam dan Mohd Amar adalah antara tokoh muda yang dikira boleh menjadi ‘penimbar' kepada Tok Guru di samping dua tiga nama lain yang sebaya dengannya. Itulah hasrat dan tujuannya.
Ternyata penurunan Husam dan Mohd Amar itu mencapai maksudnya. Politik Tok Guru yang cuba digugat secara halus dan diplomasi berjaya dikemaskan. Dalam masa sama juga Husam khususnya berjaya memainkan peranan menerusi porfolio yang dipegangnya. Beliau berjaya menjana ekonomi untuk Kelantan dengan pelbagai projek sosial budaya. Walaupun ia bermotifkan politik tetapi berjaya menyakinkan rakyat kepada kemampuan kerajaan Pas.Projek-projek yang diperkenalkan kandati setengah gagal seperti projek kambing, pohon depu dan sebagainya tetapi setengah yang lagi ia menjadi sebutan dan ikon pembangunan di Kelantan seperti Dinar Emas.
Bukan itu saja kekereatifan dan kesungguhan Husam juga untuk memperkenalkan Kelantan di dunia luar satu kejayaan yang patut dipuji. Kejayaanya membawa pelabur dari China menerusi Expo Persahabatan dan Perdagangan Cheng Ho adalah di antaranya. Gara-gara kegiatan itu Kelantan kini sudah dikenali di rantau Asia. Kerancangan usaha dagangan dengan China menyebabkan wujud hubungan diplomatik Kelantan - China.
Jadi kenapa status yang ada sekarang ini perlu dirombak? Husam tidak sepatutnya dipidah tetapi sewajarnya dibiarkan kalau pun tidak disokong. Mereka yang merasakan sebu dengan tindak tanduknya seharusnya bersaing secara baik menunjukkan kemampuan yang masing-masing ada bukannya dengan saling menabur pasir dalam talam politik.
Mungkin saya dapat menebak kenapa kalau ada usaha untuk mengembalikan Husam ke Kuala Lumpur. Saya juga ada pengalaman peribadi yang agak pahit menjadam dengannya. Tetapi ulah dan fiil perangai Husam itu tidak wajar dijadikan alasan untuk menafikan kebolehan dan kemampuannya sebagai seorang ahli politik pemangking pengaruh Pas di Kelantan terutamanya kalangan jenerasi baru. Hakikat itu perlu diterima bagaimana pedih sekalipun.
Selama menjadi Exco lebih lapan tahun Husam telah menunjukkan kebolehannya. Dia berjaya meletakkan Kelantan pada tempatnya dan disegani oleh negeri-negeri lain. Idea dan hasrat Menteri Besar diimplimentasikan sebaik mungkin dengan memanfaatkan apa jua modal yang ada.
Beliau juga sekaligus menjadi pembantu Tok Guru yang efektif. Beberapa isu yang dibangkitkan benar-benar mencabar pihak musuh seperti isu royaliti minyak, tuntutan peremium ke atas tanah yang digunakan agensi kerajaan Pusat seperti Felcra dan terbaru pembinaan lebuh raya Kota Bharu – Kuala Krai. Kebolehan seperti inilah yang diperlukan dalam politik apa lagi oleh negeri seperti Kelantan yang diremeh-remahkan musuh.
Pada saya kuang bijak kalau Husam hendak dihijrahkan ke pusat kerana masalah peribadi atau perwatakan beliau yang kurang disenangi, itu bukan alasan tuntas sebenarnya. Seperti saya kata tadi saya sendiri ada pengalaman pahit dengannya, tetapi pengalaman itu bukan menghalalkan untuk menafikan kehebatannya sebagai pemimpin masa depan. Yang tidak baik hanya sedikit saja, tidak pun sampai merosakkan akidah, tetapi yang baik masih banyak yang boleh dipertimbangkan. Sebagai manusia Husam juga masih terus menuntut dengan Khidir.
Pengasingan perasaan peribadi dengan realiti kena ada dalam hidup ini. Semua orang kena berjiwa besar dan bersifat pemaaf termasuk juga Husam. Jangan dicampur adukkan di antara yang haq dengan yang batil. Kalau diadunkan maka akan rosak binasalah semuanya.
Jika grand desing itu berlaku maka sia-sialah usaha membawa Husam turun ke state pada tahun 2004. Tidak keramatlah catatan saya dalam buku yang membawa balik beliau ke negeri Cik Siti Wan Kembang.
Satu perkara perlu difikirkan ialah mengenai ketokohan Husam hari ini menjadi daya tarikan kepada anak-anak muda. Cara dan kreativiti dia menggerakkakn isu, melontarkan idea ekonomi, menjana ekonomi dengan pelbagai projek serta ketinggian psikologinya menyerang musuh memberi kekuatan kepada Pas. Janganlah kelebihan ini dibiarkan oleh Pas. Rugi!
Iya sebagai pejuang tulen dan ikhlas Husam boleh hidup dan berjuang di mana-mana medan sekalipun. Orang politik harus menjadi gamat yang akan hidup meskipun dikeret 18. Tetapi medan juangnya terletak nuh jauh di Kuala Lumpur jika ada serangan musuh secara mengejut tidak sempat beliau kembali untuk membantu Kelantan.
Saya sangat berharap agar cadangan untuk memulangkan semula Husam ke pusat difikir sebaik mungkin. Cuba mahasabah semolek-moleknya dan ketepikan masalah peribadi dan cuba meletakkan kepentingan Pas dan kerajaan negeri di hadapan. Yang patut dijaga bukan individu tetapi kerajaan. Saya rasa kalau semua orang dapat bersikap tawakus dan rasional dan semua bertawajuh dengan penuh keinsafan, Pas akan menang besar di Kelantan. Menggantikan Husam dengan Nasharudin di Bachok menyebabkan Pas akan mengalami dua kerugian, kehilangan Husam di state ketiadaan Nasharuddin di Parlimen. [wm.kl.1:57 t/hari 04/08/11]
4 comments:
Tuan Haji,
Untuk mengatakan saya bersetuju dengan Tuan Haji adalah satu 'understatement'. Tuan Haji telah menyatakan semuanya tentang bakat kepimpinan dan kewibawaan Husam.
Tuan Haji, apakah benar banyak keputusan dalam parti Pas Kelantan dan isu-isu yang berkaitan dengan anak syarikat kerajaan negeri, seperti PMBK dan AKSB, contohnya, diputuskan oleh 'Meja Bulat Pulau Melaka' ? Dan Tok guru hanya berfungsi sebagai rubber stamp sahaja.
Itulah terma yang digunakan oleh banyak pihak. Dan jika keputusan negatif 'Meja Bulat Pulau Melaka' diameenkan oleh Pas Kelantan, maka jelaslah Pas Kelantan mengiayakan takdir kejatuhannya sendiri (self-destruct).
Izazuzilati..itu hanya tuduhan dan tohmahan saja yang boleh menguntungkan musuh. Meja bulat tidak wujud di Pulau Melaka, yg ada meja makan saja. apa-apa keputusan mengenai kepentingan kerajaan Tok Guru akan bawa ke exco. Exco akan memutuskan... apakah Exco hanya mengangguk saja. Setiap keputusan perlu dimnit dalam mesyuarat Exco. kalau prosuder ini kita tahu kita akan tolak persepsi dan tohmahan itu. Saya tidak suka menjawab ataupun mengambil peduli perkara yang tidak logik.
Bukan saja dalam isu Pas dan Tok Guru, begitu juga dengan isu Najib BN dan Rosmah. Bukan semua keputusan dan cadangan Rosmah boleh diterima Najib, sebab najib ada kabinet. maka janganlah kita cuba memperjanjangkan hal-hal yang tidak masuk akal apa lagi dengan niat nak blame orang lain.
wassalam.
Husam masih boleh dikekalkan bertanding di DUN dan dalam masa yg sama dia juga boleh diangkat ke Parlimen.Menjadi serampang dua mata.Di negeri Husam masih boleh bersuara begitu juga di Parlimen.Suaranya masih 'digeruni' oleh pihak lawan.Kehebatan Husam dgn idea membunuhnya cukup2 ditakuti lawan politiknya..dia seperti 'silent killer'.Dalam diam dia timbul dgn hujah dan bukti yang mampu menutup mulut sesiapa jua yg cuba menjadi gunting dalam lipatan apatah lagi musuh dlm selimut...terpulang kepada TGNA nak letak di mana 'anak emasnya' itu..org lain jgn dengki kalau nak dengki maka mereka kena jadi seperti Husam dlm sikap 'Sang Kancil' politiknya.
Tuan MSO,
Jika benar Husam akan dipindahkan ke Bachok, ini merupakan berita baik. Saya melihat lebih kepada maslahat parlimen Bachok sendiri.
Menurut bacaan saya, Nasharuddin sudah tidak laku di Bachok. Ramai merungut kerana beliau tidak turun padang, prestasi di parlimen tidak memuaskan, kalah pula Timbalan Presiden, walhal sebab beliau diimport ke Bachok adalah kerana beliau Timbalan Presiden.
Awang Adek sangat berminat dengan kerusi Bachok, jawatan Timbalan Menteri Kewangan menyebabkan sinar politiknya marak kembali. PRU akan datang beliau akan membantai prestasi Nasha sehabis-habisnya kalau Nasha kekal lagi bertanding di situ. Awang Adek pun popular, beliau tewas tak sampai 3,000 undi dgn Nasha, walhal undi Pas di Dun-Dun Bachok jika dijumlahkan, Awang Adek sepatutnya tewas lebih 5,000 undi. Pengaruhnya masih kuat di situ.
Oleh itu Pas perlukan heavyweight utk menentang Awang Adek & saya lihat di peringkat negeri hanya Husam yg layak menggalas tugasan ini.
Kita semua tahu ramai tidak menyukai Husam sebagai Exco walaupun Husam telah banyak menyelamatkan kedudukan kewangan negeri Kelantan. Itu terpulanglah kepada Menteri Besar utk mengekalkan beliau tetapi saya rasa Tok Guru pun tidak akan kekal lama lagi. Jika Tok Guru bertanding lg utk PRU akan datang, orang pasti akan tertanya2, sampai bila Pas ingin bergantung kpd Tok Guru & boleh gerenti ke Tok Guru boleh bertahan lagi 5 tahun?
Post a Comment