Sunday, September 4, 2011

Maklumat Mengejutkan

Betulkah Angkasapuri Akan Dijual?

[kemaskini] Pagi ini seorang kawan yang datang untuk berhari raya memberi tahu bangunan Angkasapuri yang menjadi pusat penyiaran negara yang menempatkan radio dan televisyen Malaysia (RTM) bukan dijual seperti mana sumber dipetik sebelum ini.

Menurut kawan, bangunan berkenaan kekal menjadi pusat penyiaran di mana Radio dan Televisyen masih kekal beroperasi di bangunan itu. Apa yang berlaku katanya hanya Kementerian Kebudayaan, Penerangan, Komunikasi Dan Multi Media saja dipindah.

Mengenai penjualan tanah pula katanya, tanah yang terlibat beberapa lokasi di sekitar bangunan berkenaan dijual untuk dimajukan sebagai pusat komersial Media City di mana pusat ini akan menempatkan seluruh agensi berita dunia. Semua pejabat berita dunia akan berhimpun di situ.

Pemaju yang akan memajukan tanah berkenaan katanya Al Bukhari orang kaya raya yang disenaraikan sebagai 10 terkaya di negara ini. [ttdi.11:10 am 05/08/11]

BANGUNAN Angkasapuri yang terletak di Bukit Angkasa di Lembah Pantai/Kerinchi yang menempatkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) di atas tanah seluas 33 hektar bakal bertukar tangan tidak lama lagi apabila tanah itu akan dijual.

Dari sumber-sumber tertentu memberi tahu proses penjulan Angkasapuri sedang dalam proses terakhir. Kawasan itu dijangka akan dimajukan untuk tujuan komersial.

Sehubungan itu pusat penyiaran milik kerajaan sepenuhnya itu akan dipindahkan ke Putrajaya. Sebuah bangunan berhampiran PICC – Pusat Persidangan Antarabangsa Puteraraja dikhaskan untuk pusat penyiaran itu. Selepas ini radio dan televisyen Malaysia akan beroperasi di Putrajaya.

Bangunan itu juga khabarnya akan menempatkan Kementerian Penerangan, Komunikasi Multimedia dan Kebudayaan, di mana semua jabatan dan agensi kementerian itu akan ditempatkan di bangunan berkenaan.

Tidak diketahui secara jelas kenapa tanah Angkasapuri seluas 33 hektar itu dijual? Sehingga ini menteri bertanggungjawab masih belum membuat apa-apa ulasan berhubung penjualan Angkasapuri.Adalah sangat diharap Rais Yatim yang merupakan menteri bertanggungjawab dapat memberi penjelasan lanjut.

Penjualan tanah Angkasapuri itu akan menyaksikan satu lagi monumen sejarah dan mercu tanda negara ini akan hilang. Bangunan yang mempunyai sentimental value itu tidak akan kelihatan lagi dan secara tidak langsung penjualan itu menggambarkan RTM menghadapi masalah kewangan yang teruk.

Bangunan Angkasapuri mulai dibina pada tahun 1966 dan siap dua tahun kemudian. Pusat penyiaran itu diberi nama Angkasapuri dibuka dengan rasminya oleh Perdana Menteri Malaysia, Tunku Abdul Rahman. [wm.kl.8:14 pm 04/08/11]

7 comments:

Jamaludin said...

Tiada masalah RTM berpindah di Putrajaya kerana ianya lkebih mudah utk pengurusan. Ianya bukan merupakan isu besar utk dibangkitkan.Penguirusan lebih mudah kerana Putrajaya pusat pentadbiran bersepadu. Bawalah isu lain bro. Tugu negara pun kalau boleh pindahkan ke Putrajaya disamping Masjid Negara. Perpindahan tersebut adalah kaedah yg terbaik.

opisboi said...

bila penyamun diberi kuasa memerintah inilah jadinya...tq umngok!kau adalah parti yg relevan dulu kini selamanya utk makcik & pakcik felda.

akbajalil said...

Dalam menghadapi hutang negara yang tinggi kini, penjualan Angkaspuri tidak mustahil kepada UMNO/BN.

Admin said...

Selagi ada peluang buat duit,mereka akan sapu semuanya,sebagai mana kg.baru,tanah2 hak melayu akan di ambil untuk pembangunan.Jadi UMNO bukan berjuang kerana melayu,melainkan duit semata2.

Kepada Opisboi Bukan semua warga felda menyokong politik UMNO,itu kena faham.

otaistillkick said...

Jangan terkejut bila sampai waktu bangunan PARLIMEN akan di jual juga.

Ustaz Haji Fikri Awang Al-Kelantani said...

Salam... Semuanya ada nostalgia tetapi kena ingat bahawa keperluan semasa mengatasi segalanya... Jangan keperluan untuk UMNO sudahla ! Tapi UMNO yg memerintah !

Jashamsulnizam said...

Bagi org2 yg spesis mcm Jamaludin semuanya OK!, biarlah setiap inci tanahair kita dijualkan oleh pemimpin2 Umno die tetap akn kate OK!, itulah mentaliti org2 yg telah didoktrinkn oleh Umno demi kuasa dan wang segalanya sanggup digolok-gadaikan biarpon ianya adalah hakmilik mutlak saudara seagama dan sebangsa dgn mrk...