Monday, September 5, 2011

Tahniah

Murid Sekolah Gual Periok Jadi Ketua Hakim Negara

HARI ini bumi Gual Periok khasnya Sekolah Kebangsaan Gual Periok, Rantau Panjang Kelantan merasa bangga dan bertuah kerana anak didiknya telah dilantik menjadi Ketua Hakim Negara yang baru. Murid berkenaan ialah Tan Sri Ariffin Zakaria (foto) yang hari ini diumumkan oleh Perdana Menteri sebagai Ketua Hakim Negara yang baru menggantikan Tun Zaki Tun Azmi berkuat kuasa 12 September ini.

Ariffin yang sebelum ini adalah Hakim Besar Malaya diumumkan sebagai Ketua Hakim Negara oleh Perdana Menteri Mohd Najib Razak. Menurut Najib perlantikan Ariffin itu diperkenakan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Mungkin anak-anak Gual Periok tidak mengetahui bahawa sebahagian besar masa Ariffin masa remaja dihabiskan di Gual Periok.

Mungkin tidak menjadi kesalahan kalau saya mewakili penduduk Gual Periok dan juga murid tua Sekolah Kebangsaan Gual Periok mengucapkan syabas dan tahniah kepada Ariffin atas perlantikan ke jawatan tertinggi dalam bidang kehakiman itu.

Sesungguhnya perlantikan itu menjadi kebangaan dan memberi semangat kepada anak-anak Gual Periok untuk mengikut jejaknya. Perlantikan Ariffin menjadikan beliau adalah satu-satu murid sekolah berkenaan menduduki nombor satu dan tertinggi dalam sesutau institiusi di negara ini. Tahniah. [wm.kl.5:45 pm 05/08/11]

1 comment:

paknikmuring said...

aslm. tahniah, setinggi kepada ketua hakim yang. sepanjang ingatan ambo, dia ni satu manusia yang baik. sempat juga berkawan dgn dia, masa sama sama kerja di kelantan dulu. memang baik, sesuai dgn pentarbiyahan air telago gual periok. ambo suka dgn pembawaan peribadinya tu. harap tidak berubah, dan terus kekal seperti yang mana kita kenal dulu. jawatan itu, pasti nya adalah paling tinggi tapi diri kita punyaan orang ramai. mendoakan segala keberjayaan untuk nya, tahniah dato.