Zahid Kena Pantau Politik Jamil Khir
Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi tolong ambil perhatian sedikit terhadap apa yang ditulis oleh Ustaz Kagat seperti mana disiarkan dalam blog TKO berhubung apa dinamakan konspirasi dalam perlantikan Beg Jen Mustafa sebagai Pengarah Kagat yang dikatakan ada peranan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Jamil Khir dan para pengikut setianya.
Ustaz Kagat ada menyebut kedudukan beberapa orang pegawai yang dikatakan berubah selepas perlantikan itu. Ustaz Kagat itu juga menyebut Jamil masih berkuasa di Kementah dan kekuasaanya lebih meluas dari Zahid Hamidi sebagai Menteri Pertahanan.
Dalam tulisan itu juga Ustaz Kagat ada menyebut beberapa nama pegawai yang rapat de
ngan Jamil Khir dan merupakan pegawai yang beritikaf dan bertahajjud di padang Golf. Pegawai inilah yang meninggalkan kerja-kerja kepada pegawai bawahan kerana tergilakan golf.
Kalau tidak silap isu pegawai tentera tinggal opis sebelum jam 4:30 ini pernah dibangkitkan dalam Parlimen tetapi dinafikan oleh Zahid Hamidi. Sudah pasti sebagai seorang menteri berjiwa Islam dan berimej Islam Zahid tidak akan merelakan keadaan ini dan membiarkan pegawai tentera mencuri tulang.
Ada kebenarannya dakwaan Ustaz Kagat itu. Disebabkan kerana pegawai bawahan yang menguruskan tugas dan tanggungjawablah menyebabkan berlaku beberapa kepincangan dan kebolosan dalam tentera seperti berlaku sebelum ini. Kes mencuri senjata oleh kumpulan Al Maunah dan penjual injin pesawat tempur adalah contoh klasik. [ttdi.kl.12:10 pm 21/09/11
No comments:
Post a Comment