Pandangan Sejarah Mat Sabu Betul
Ya Muiz: SEHARI dua ini media massa penjilat buntut UBN telah melancarkan serangan ke atas timbalan presiden Pas, Mohamad Sabu. Isu yang dikaitkan kali ini ialah kononnya Mat Sabu sokong komunis. Ia bermula dengan ucapan atau ceramah Mat Sabu mengenai kemerdekaan pada bulan lepas di Pulau Pinang.
Dalam ucapan itu Mat Sabu dilaporkan telah mengikhtiraf pihak yang menyerang dan membunuh keluarga polis dalam peristiwa Bukit Kepong (1950) sebagai hero atau pejuang kemerdekaan sebenar. Mat Sabu mengikhtiraf bahawa Mat Indra sebagai wira yang sejati.
Mereka yang tahu menilai dan arif meneliti sejarah tidak akan mudah terkaget dengan dakyah itu. Memang dalam konteks sebenarnya penyerang Balai Polis Bukit Kepong itu terdiri daripada pasukan yang mahu membebaskan negara ini dari penjajah. Balai Polis berkenaan adalah di bawah kuasa British yang menjajah negara ini pada ketika itu.
Saat itu dalam konteks orang Melayu, negara ini belum milik Melayu. Atau ia bukan kerajaan Melayu (Malaysia). Malaysia belum merdeka dan berada di bawah pemerintahan British. Jadi pasukan penyerang itu adalah salah satu pasukan atau puak yang ingin memerdekakan negara ini. Apa yang perlu difahami apakah pasukan yang berjuang untuk mendapat kemerdekaan dan menghalau penjajah itu salah?
Itu hakikat dan realitinya. Jadi kalau Mat Sabu mengatakan pasukan penyerang itu adalah hero ia adalah benar dan satu kenyataan yang tidak boleh ditolak dengan apa dalil pun dalam konteks perjuangan membebaskan negara dan bangsa. Cuma di dalam hal ini apa menyebabkan kita merasakan sedikit terkilan (mengelirukan) dengan pengikhtirafan Mat Sabu itu ialah kerana yang menjadi mangsa serangan itu orang Melayu beragama agama.
Tetapi perlu diingat jangan pula kerana yang terlibat itu orang Melayu dan Islam mudah kita menerima ia sebagai satu kebenaran? Tidak begitu di dalam memahami sejarah atau pun hubungan peristiwa berkenaan dengan kemerdekaan kita. Sejarah tidak boleh dipesongkan kerana ia ada fakta tentangnya.
Sepatutnya dalam hal ini kita tidak perlu melihat kepada sentimen agama dan bangsa. Yang patut dinilai ialah siapa mereka itu atau apakah kedudukan mereka ketika itu menempati kebenaran? Mereka yang menjadi polis atau tentera yang bekerja dengan British tetap dianggap sebagai berkerja atau berkhidmat di pihak yang tidak benar.
Mungkin sudah menjadi tektik British meletakkan orang Melayu di depan untuk menjadi benteng mereka, dalam kata lain kita hanya menjadi pengawal kepada usaha mengekalkan kuasa mereka saja. Jelasnya di sepanjang pemerintahan British orang Melayu menjadi alat kepada kolonial itu.
Saya rasa kalau yang mati itu bukan Melayu ia tidak akan menjadi masalah hari ini. Kenapa? Kerana kita mudah menerima apa-apa yang dilakukan oleh bukan Melayu dan bukan Islam itu sebagai jahat. Ini menunjukkan kita dalam menilai sesuatu bukan kepada fakta dan situasi sebenarnya tetapi masih berlegar kepada soal bangsa dan agama. Sentiman kaum dan agama terlalu kuat menghujam kita sehingga kita terpesong dalam memahami erti hidup yang sebenarnya. Lantaran itu kehidupan kita seharian dalam apa benda pun penuh dengan bidaah dan sayrik.
Pada saya kalau pun siapa dia tetapi dia mempertahankan kemungkaran - kerajaan penjajah adalah kerajaan mungkar, ia perlu ditentang kerana ia bersubahat dengan kemungkaran. Demikian dengan 25 anggota polis yang meninggal itu adalah mereka yang bersubahat dengan kemungkaran mempertahankan penjajah British. Persubahatan itu mungkin tanpa disedari mereka sendiri.
Jadi kalau semua pihak faham apa yang Mat Sabu utarakan itu ia tidak menjadi masalah. Apakah kerana seseorang itu Melayu dan Islam apabila ia terlibat dengan kegiatan mungkar kita perlu menyokongnya? Tidak... benar tetap benar dan inilah dipraktikan oleh kerajaan UBN selama ini.
Hal atau sejarah Bukit Kepong itu samalah dengan apa yang kerajaan UBN lakukan kepada peristiwa Memali iaini Ibrahim Libya dan pengikutnya. Pembunuhan terpaksa dilakukan kerana kerajaan memutuskan kegiatan Ibrahim Libya itu membahaya kepada negara. Jadi tanpa mengira siapa Ibahim dan pengikutnya ia dibunuh dengan kejamnya. Kenapa pula dalam kes Ibrahim Libya ini tidak ramai orang Melayu mengambil kira soal sentimen agama dan bangsa? Kenapa kerajaan UBN bunuh?
Demikian juga dengan kumpulan al Mauanah yang diketuai oleh Mohamad Amin. Walaupun Amin itu Islam tetapi kerana aktivitinya mendatangkan kemudaratan kepada kerajaan Yang di-Pertuan Agong ia dianggap sebagai pengkhianat tanpa melihat dia seorang Islam dan Melayu. Anihnya kenapa pula pembunuhan ke atas Ibrahim Libya, Mohamad Amin dan lain-ain itu tidak dianggap sebagai kezaliman? Kenapa tiada kecaman seperti kecaman ke atas Mat Sabu itu dalam kes ini? Kenapa?
Inilah sikap atau pun kesedaran double standard orang kita terhadap sesuatu isu atau peritiwa. Selagi sikap ini terus kekal dan memantap dalam diri kita maka jauh lagilah untuk kita mendapati kebenaran dalam hidup dan akan terus terkeliru yang akhirnya kekeliruan itu menimbulkan polimek dan menjadikan kita terus bergaduh. Orang Melayu hari ini bergasak sesama sendiri disebabkan berlaku kekeliruan dan berpegang kepada teras yang tidak jelas.
Seluruh kekuarga polis yang mati diserang di Bukit Kepong itu harus menerima hakikat ini. Bahawa kaum kerabat, ayah atau datuk mereka mati bukan mempertahankan hak Melayu dalam erti kata sebenarnya. Mereka bukan mati mempertahankan kemerdekaan atau inginkan kemerdekaan. Tetapi mereka mati kerana mahu mempertahankan kerajaan British yang menjaja bangsa dan budaya kita.
Makanya tanpa merasai sentimen mereka adalah Melayu dan Islam perbuatan mereka itu bukan sesuatu yang perlu dikenang dan diagungkan melewati kewajarannya. Saya menyokong pendapat mengatakan kekeliruan kita dalam menerima siapa hero sebenarnya ini disebabkan putar belit dalam sejarah negara ini yang didongengkan demi kepentingan penjajah.
Di sini saya ingin menurunkan kata-kata yang pernah dilapazkan oleh bekas tokoh Umno dan pejuang Melayu, Allahyarham Abdul Ghafar Baba. Katanya apa salahnya kalau komunis itu Islam? Mesej yang beliau hendak sampai, Ghafar sendiri tidak menghukum perjuangan di hutan orang Melayu menerusi PKMM itu sebagai salah ataupun mereka adalah menentang Tuhan.
Mungkin Ghafar sepanjang hayatnya tidak mahu bercakap seperti Mat Sabu bagi membetulkan sejarah kerana kedudukannya di dalam Umno ketika itu cukup lumayan namun dari kata-kata itu dapat ditafsirkan bahawa Allahyarham Ghafar menerima kesucian dan kekudusan perjuangan PKMM. [wm.kl.10:09 pm 02/09/11]
15 comments:
Bravo Tuan MSO!! Sejarah tidak pernah berbohong, yang bohong itu UMNO!!
saya pernah bertanya kepada seorang kawan yang hidup di estet-estet akhir 50 dan awal 60-an... dia menceritakan satu kisah lawak akan kenapa tentera-tentera Melayu memakai songkok senget masa era British dahulu.. apabila mengatakan tentang songkok senget terus teringatkan jins shamsudin dalam filem bukit kepong... katanya pihak britishlah yang bertanggungjawab menyengetkan songkok tu dengan tujuan seperti yang tuan katakan menjaja bangsa dan budaya kita
dalam hal ini bolehlah diistilahkan sebagai WHITES MAN BURDEN kononya sudah menjadi tanggungjawab omputih untuk mentamadunkan bangsa manusia dengan memperputihkan mereka
apabila kita melihat sejarah kita sebenarnya memandang ke masa hadapan... batu asas yang dibina semakin tunggang langang kerana akhirnya walau setakat manapun pahit untuk ditelan.. kita telah membinanya atas dasar yang salah
saya bukan hidup di era tersebut.. tapi saya amat-amat bersimpati kalau yang terlibat di bukit kepong terasa hina dan kesian diri sendiri
beaza antara bukit kepong, memali dan bukit sauk adalah yang mana satu lebih popular.. yang mana satu menjadi pilihan si pemenang untuk menulis sejarah ikut ego dan sedap hati sendiri.....
Tuan Sayuti
Dalam isu ini sy masih lagi tertanya-tanya akan kebenaran apa yg mat sabu perkatakan. semalam tika saya pulang dr kampung, ada ketemu dgn seorang bekas polis yg pernah berkhidmat dlm era awal 60an. Beliau mentafsirkan apa yg mat sabu katakan adalah kata2 seorang pengkhianat bangsa. Walaupun polis yg mempertahankan Bukit Kepong dibawah arahan British, tetapi masih lagi di bawah panji Raja-raja Melayu.
1948 kejadian tersebut berlaku, bermakna baru 3 thn Jepun menyerah kalah. Dalam 3 tahun itu jugalah pihak komunis membawa malapetaka pada penduduk Malaya. Membunuh, merompak kampung2,menculik, membakar rumah penduduk yg menentang komunis. Dan yg penting ingin membawa fahaman dan ideologi komunis keatas Tanah Melayu. Saya pasti tuan Blog faham apa ideologi komunis. Maka penentangan komunis bukan sahaja ingin menentang polis British di bukit kepong, malah penentangan komunis berterusan sehingga akhir 80an.
Itulah kata2 bekas polis cawangan khas yg kebetulan sy jumpa semalam.
maka pencerobohan Jepun keatas Tanah Melayu pada satu ketika dulu juga adakah satu perjuagan yg betul? Pada asasnya ia menentang British juga? pd pandangan sayalah tuan blog, sejarah tetap sejarah. maka perjuangan anggota keselamatan
yg berjuang menentang pihak komunis jangan diperlekehkan. Komunis tetap komunis!!
Sdr Hitam terima kasih atas pandangan dan perkongsian pendapat. Saya rasa Mat Sabu bukan menyokong komunis tetapi menyokong perjuangan menghalau penjajah. Tidak timbul soal ideologi komunis bila beliau mempertahankan pihak penyerang balai polis Bkt Kepong. Apa yang saya fahamkan beliau mengikhtiraf serangan itu yang dilakukan oleh PKMM yang diketuai oleh Mat Indra. Mat Indra adalah Melayu dan Islam. PKMM dan PKM berbeza, kalau mereka bergabung pun untuk satu matlamat.
Betul kalau British di bawah naungan Raja-Raja Melayu tetapi hakikatnya Raja-Raja hanya menjadi papet saja. British sebagai penjajah tetap mempertahankan haknya. Orang melayu termasuk raja-raja hanya adalah atau benteng saja. Kita telah diputar oleh sejarah terlalu jauh.
Saya faham kalau SB yg sdr katakan itu. Selamanya polis berpegang kepada sejarahnya sendiri dan juga sentimen mempertahankan pasukan adalah begitu kuat sehingga mereka melupai hakikat apa yang berlaku. Rasanya simpati sepasukan sangat kuat. Sebab itu baik polis atau tentera biarpun lama bersara kalau kita menghina pasukannya mereka akan marah walaupun pasukannya ternyata silap dan tidak betul dalam tindakan. Itulah dinamakan doktrin yang dipasak dalam kepala. Sebab itu tentera bila bersara diadakan pemulihan minda untuk hidup secara normal. Saya yakin polis yang sdr temui itu memahami sejarah hanya selapis saja. Tidak mengapa sdr boleh mempercayainya kerana soal sejarah itu atas tafsir masing-masing. Sdr tidak salah, Mat Sabu juga tidak salah dan polis SB itu juga tidak salah. Namun kebenaran tetap kebenaran.
Saya tidak setuju alau Mat Sabu sebagai pengkhianat negara. Sebenarnya pengkhianat ialah orang yang tidak tahu sejarah dan tidak arif dengan tektik penjajah. Mereka inilah petulang negara. Salam.
Pendapat MSO tidak mengiktiraf perjuangan tentera dan polis kita. Seperti saudara hidup dalam suasana zaman pada masa itu. sebjak manapun anda tak akan mampu mengambarkan dgn tepat hakikat pada masa itu. Pandangan anda berdasarkan apa yg anda baca dari zaman selepasnya. Jadi anda sebenarnya tak layakpun nak menghukum polis bukit kepung sebagai pengkianat. wahal masyarakat melayu masa itupun mengatakan komunis itu hanyalah perosak dan bukan pembela, sebab itu mejoriti melayu termasuk cina dan india berpegang untuk menghindar diri dari terlibat dgn komunis. MSO awak tak layak menghukum sedangkan rakyat masa itu telah menetapkan komunis itu pengkianat
Mungkin mso terlupa PKM membawa agenda penjajahan fahaman kominis dari tanah besar China.
Tak payahlah bersusah payah menulis panjang lebar kitab sejarah baru. Berpuluh tahun British angkat kaki, kominis masih mengganas. Perjuangan apa tu???? Merdeka dari siapa pula?
Ingat apa jadi kat vietnam? Fakta tetap fakta.
Kalau nak spin, hitam boleh jadi putih, putih boleh jadi hitam. Silakan....
Salam hormat Tn Hj MSO. Lihatlah betapa kuatnya UMNO mempertahankan doktrin British walaupun dah 54 tahun Merdeka (mungkin Merdeka dari Jepun atau Komunis aje, tapi tidak dari British). Sebagai bukti UMNO terlalu kasihkan pihak British ialah dengan mengekalkan nama parti mereka sekarang iaitu United Malays National Organisation (UMNO). Bagi Melayu yang berakal dan cintakan sejarah tanahair, cukup dengan mengkaji sejarah UMNO sahaja, kita sudah tahu bagaimana mereka mendapat kemerdekaan mudah berbanding para pejuang kemerdekaan dari pertubuhan atau parti lain yang kebanyakkan para pemimpin mereka telah dibunuh atau dipenjarakan sehingga ke akhir hayat mereka dan anak cucu mereka juga hidup merempat dan menderita berbanding pejuang-pejuang UMNO di negara ini. Oleh kerana itulah anak dan cucu cicit mereka (UMNO) amat taksub untuk mempertahankan bersungguh-sungguh doktrin British di negara ini. Terima kasih.
Salam dan selamat hari raya aidil fiitri tuan MSO...
pada saya apabila sesuatu isu boleh dimanipulasi oleh pihak UBN... maka tanpa rasa jijik mereka akan terus mengambil kesempatan... saya tekankan perkataan jijik kerana mereka (UBN) memang pihak yang tidak mempunyai rasa tanggungjawab atas apa sahaja yang mereka katakan.
Tahniah MSO dan juga Sdr Mohd Sabu yang berjaya membuka minda kita yg telah lama terkeliru dengan perjuangan menuntut kemerdekaan krn setiap tahun kita hanya di sumbat dengan maklumat yg sama iaitu Tun Onn dan Tungku sbg mrk yg bertanggungjawab memerdekakan Tanah Melayu.Setelah lonjakkan paradigma yg dibuat ni kita baru tahu bahawa pejuang kemerdekaan yg sering diagung-agungkan tu tak pernah ditahan atau disumbat kepenjara oleh British dan mendapat tempat yg istimewa yg diberi British..Pelik ye..
UMNO, Utusan, Berita Hairan, The star dan segala penyokongnya dan pembacanya nam[aknya kurang fahan cakap kita. Sudah pun diberitahu yang Mat sabu tidak sentuh pun tentang komunis, mereka tidak habis habis sebut pasal komunis. Puak sebegitu semestinya tidak berakal; kepala mereka penuh sampah yang dipunggut dari politik UMNO selama 50 tahun lebih. Sepatutnya, paling kurang pun cuba la berfikir secara terbuka.
Saya cadangkan Hitman dan Carlos perlu membaca dan mengkaji pandangan dari kedua-dua pihak, yakni Golongan KANAN dan Golongan Kiri. Untuk mendapatkan sumber bagi golongan kanan bacalah akhbar-akhbar dan tengoklah media arus perdana. Mudah. Tatapi cubalah mendapatkan pandangan dari puhak satu lagi. Bacalah Memoir-memoir bekas Anggota Tentera Revolusi Rakyat Malaya seperti Shamsiah Fakeh, Abdullah CD, Rashid Maidin, Ibrahim Chik dan lain-lain yang seangkatan dengannya. Atau pun bolehlah ke Kampung Perdamaian di Selatan Thai untuk bertemu dengan saki baki mereka yang masih hidup. Dan buatlah penilaian sendiri. Jangan Taksub melulu.
Adakah TOK JANGGUT juga pengkhianat kerana menyerang dan menawan Balai Polis PASIR PUTEH yg walaupun di bawah BRITISH tapi masih membawa panji-panji raja???
Soldadu di Balai Polis PASIR PUTEH juga terdiri dari orang melayu yang bekerja dengan BRITISH sebagaimana pemimpin UMNO yg menjadi pegawai-pegawai BRITISH..
Apa yang diperkatakan semua pengulas di atas memang betul. contoh terbaik cuba nilai keadaan di Afghanistan sekarang. Siapa pejuang/hero untuk negara Afghanistan. adakah tentera Nato / Amerika/ Hamid Khaldai atau golongan Mujahiddin Taliban. Pasukan polis atau tentera perlu berlapang dada terima apa yang betul dan berfakta; saya bekas pegawai tentera terpanggil untuk menyedarkan pihak yang masih keliru dgn kerenah ahli politik kepartian.
Mat Sabu bercakap tidak kena pada tempat & masanya. Memang diakui pejuang seperti Mat Indera ada jasanya tetapi apakah mereka ini hero atau pengkhianat sedangkan pejuang2 ini terpaksa bergabung dgn Komunis yg berpengkalan diMalaya, Komunis ini pula mendapat arahan diKomunis negara China. Apa agaknya akan terjadi kpd kita sekiranya komunis berjaya memerintah Malaya? Jika org Islam China Urghur pun ditindas & dianiaya mungkin kita juga tidak terkecuali. Inggeris tetap penjajah & Komunis juga penjajah yg akan menghapuskan akidah ummah ngara yg dijajah. Yg penting kita belajar dari sejarah itu. Pemimpin perlu berhati2 bila bercakap kerana jika tidak pandai memilih masa & tempat akibatnya yg rugi organasasi yg dia pimpin akan dijauhi.
Saya masih tidak faham saudara MSO menyatakan bahawa Mat Indera bukan komunis tapi PKMM. Dari kebanyakan maklumat yang saya perolehi memang beliau menganggotai PKMM dan API, tapi selepas pertubuhan tersebut diharamkan beliau menyertai gerakan bawah tanah bersama komunis. Mengetuai Rejimen Ke-10 PKM yang anggotanya berbangsa melayu. Apa maknanya islam kalau masuk komunis. Oleh kerana ia ketua maka ia bertanggungjawab ke atas penyembelihan 20 anggota polis oleh 200 komunis dalam serangan Bukit Kepung. Kalau komunis dipihak yang benar sudah tentu penduduk kampung dan rakyat menerima baik mereka, tetapi penduduk kampung bersatu dan berjihad menentang pengganas komunis ketika itu. Komunis tetap komunis, usah dipermaniskan.
Post a Comment