KETIDAKSERASIAN di antara menteri dan timbalan menteri Pengajian Tinggi sudah tidak menjadi rahsia lagi. Semua orang tahu bahawa Khalid Nordin dengan Saifuddin Abdullah tidak 'ngam' dan berjalan tidak seiringan.
Khalid jalan macam ketam Saifuddin pula jalan macam landak. Keduanya saling sinis menyinis di antara satu sama lain. Tidak sepatutnya kejadian ini berlaku di antara dua tokoh yang berada di bawah satu bumbung. Apabila menteri dan timbalan tidak ngam sedikit sebanyak boleh menjejaskan prestasi kementerian berkenaan.
Sebelum ini saya hanya diberi tahu oleh rakan-rakan yang rapat dengan kedua mereka tentang mereka bermasalah. Khalid tidak bekerjasama dengan Saifuddin, dan begitu sebaliknya. Khalid dikatakan tidak memberi kerjasama untuk Saifuddin membantunya. Sukar untuk dipercayai. Tetapi apa yang berlaku hari ini menjelaskan bahawa hubungan mereka berdua sudah sampai ke peringkat parah dan perlu dibawa ke wad.
Hari ini kementerian itu mengadakan rumah terbuka di pejebatanya di Putrajaya. Semua pegawai tinggi kementerian hadir pada majlis berkenaan. Malangnya di sepanjang majlis itu tidak nampak langsung kelibat Saifuddin Abdullah. Mustahil kalau beliau tidak mengetahui atau diberi tahu kerana berada di tempat yang sama.
Kita tidak tahu dengan berlakunya keadaan itu hendak disalahkan kepada siapa. Apakah salah Saifuddin atau Khalid? Rasanya tidak ada sebab kalau kesalahan itu diletakkan kepada Saifuddin. Beliau hanya timbalan menteri yang akan akur dan mengikut arahan menteri. Lagi pun kalau Saifuddin seorang yang terbuka dan berjaya mempamirkan daya intelektualnya. Dia tidak emosi. Kalau dia boleh bersikap politik terbuka dan rasional apakah tidak boleh dia berbuat begitu dengan bosnya?
Ini dapat dicerapi berhubung komen atau pandangan yang beliau berikan menunjukkan kematangan dan sikap profesional. Saifuddin bukan seorang ikut terlunjuk dan bersekutu dalam berfikir cara sempit seperti 'komondo' Umno. Sebab itu ada beberapa isu beliau seperti bercanggah pendapat dengan kerajaan dan menunjukkan sikap matang dan terbuka siasah beliau.
Contohnya mengenai himpunan Bersih, baginya kerajaan perlu melayani tuntutan badan Ngo berkenaan. Beliau menyokong ke arah mewujud pilihan raya berih dan adil. Sebelum ini beliau pernah mengherdik bekas TNC Uitm yang bermisai tebal tangguk todi macam tamil itu yang mahu agar Akta Kolej dan Universiti (Auku) diperkasakan. Katanya penerusan akta berkenaan boleh melemahkan daya intelektual pelajar.
Selain itu ada beberapa pandangan beliau yang dinamik dan agak menyimpang dan lari dari pandangan pemimpin lain yang rigid dan masih berfikiran Umno selamanya.
Apakah kerana pendirian serta pembawaan itu menyebabkan Khalid tidak setuju dengan Saifuddin?
Apa yang saya diberi tahu pertentangan mereka wujud hanya kerana gap - kedudukan mereka yang tidak seimbang atau pun agak sonsang sedikit. Saifuddin merupakan ahli Majlis Tertinggi Umno manakala Khalid tidak menduduki jawatan itu. Ahli MT jadi menteri, ahli biasa Umno pula jadi menteri. Perbezaan ini menyebabkan timbul rasa kurang senang di antara keduanya.
Sebagai ahli MT Saifuddin mengetahui semua perkembangan dalam kerajaan termasuk soal kementerian yang dijabatinya. Katanya yang menjadi masalah Saifuddin tidak memberi taklimat (breif) kepada bosnya apa-apa perkembangan dalam parti itu menyebabkan Khalid rasa tidak dihormati. Sepatutnya Saifuddin yang mendapat segala maklumat dan tip-tip baru itu memberi tahu Khalid.
Kalau itu sajalah sebab dan puncanya maka ia boleh diselesaikan. Penyelesaiannya buang gap berkenaan. Khalid tidak perlu merasa rendah diri dan terhina kerana tidak berada di dalam MT. Saifuddin pula boleh menjadi jurubicara Khalid kepada MT. Apa-apa masalah yang dihadapi kementerian itu Khalid boleh salurkan kepada Saifuddin untuk disampaikan. Penghormatan Khalid sebagai bos hendaklah ditunjukkan oleh Saifuddin.
Khalid pula perlu memberi kepercayaan kepada Saifuddin di dalam hal ini. Manakala Saifuddin pula jangan merasakan dia lebih tinggi dari Khalid kerana menjadi seorang MT. Perbezaan atau 'farak' ini perlu ada. Kalau ini dapat difahami saya merasakan kedua mereka tidak bermasalah dan berkerjasama dengan baik.
Satu persoalan timbul. Apakah Najib Razak sebagai perdana menteri dan presiden Umno tidak mengetahui akan hal ini? Membiarkan keadaan tidak baik ini beterusan bukan satu tindakan yang tepat. Sepatutnya Najib mencari jalan mengatasinya. Jalan paling mudah ialah asingkan mereka.
Misalnya ambil Fuad Zarkasi duduk di kementerian pengajian tinggi dan pindahkan Saifuddin ke kementerian pelajaran. Habis cerita. Apakah tindakan semudah itu tidak terbuat oleh Najib dan ia juga memerlukan kelulusan dari Rosmah Mansor?
Sebenarnya kedua mereka itu menjadi orang-orang penting dalam Umno kerana perwatakan dan juga syaksiah merkea. Keduanya, baik Khalid maupun Saifuddin adalah orang politik yang diperlui atau diharapkan kerana kesedarhaan mereka dan kesungguhan mereka bekerja. Mereka tidak boros dan bolos seperti pemimpin Umno yang lain. Corak pemikiran mereka juga boleh membawa ketenangan dan tambah nilai kepada politik negara ini.
Perselehengan mereka perlu diselesaikan kerana kalau dibiarkan impaknya kepada kementerian berkenaan yang natijh buruknya menimpa mahasiswa. Kita tidak mahu ada mahasiswa atau pun guru mengambil contoh daripada mereka berdua, boleh duduk sekali tetapi tidak boleh berfikir dan bertindak bersama. Tunjuk dan pamerlah yang baik untuk pegawai dan mahasiswa. [wm.kl.8:07 am 13/08/11]

No comments:
Post a Comment