Susupan Pagi
Maklumat awal untuk sekalian orang politik! Beberapa klik vido yang akan mendedahkan keburukan para pemimpin Pakatan Rakyat sudah pun siap untuk diedarkan kepada umum. Pembikinan kilik video berkenaan dilakukan sejak beberapa bulan lalu. Ia adalah lanjutan kepada kilik vido yang didedahkan manusia digelarkan Datuk T tidak lama dahulu.
Klik video ini semuanya untuk mencemar dan memburukkan imej pemimpin tertinggi PR. Ia akan diedar sebaik sahaja parlimen dibubarkan. Kilik video ini juga akan disiarkan menerusi televisyen dan media massa PB. Pendedahan klik video ini seperti biasa akan dibuat menerusi blog-blog terpilihan yang tidak berhati perut peliharaan UBN.
Rahsia ini terdedah apabila salah seorang produksi di bahagian editing (penyunting) yang terlibat dengan penerbitan itu menceritakan secara tidak langsung kepada salah seorang anggota keluarganya dua minggu lalu. Kebetulan pula anggota keluarga penyunting itu adalah kawan lama saya, dan cerita ini terdedah dalam perjalanan saya bersamanya ke Pasir Putih malam kelmarin.
Menurut sumber ini di antara pemimpin tertinggi yang terlibat dalam klik video terbaru ini ialah Anwar Ibrahim, Azmin Ali, Mohamad Sabu, Husam Musa. Katanya nama Nurul Izzah Anwar juga turut sama disebut.
Mencerita lanjut menurut rakan raya itu, sub editor itu mengakui klik video membabitkan Anwar Ibrahim yang kononya melayan pelacur disebuah bilik yang telah didedah kepada umum beberapa bulan lalu adalah bikinan dan palsu seribu peratus, pembikinan melibatkan team produksinya. "Dia mengakui dia dan teamnya terlibat dalam membikin video mengenai Anwar itu kerana diarah," jelas kawan itu.
Katanya penyunting itu yang juga anak saudaranya, menceritakan dia (penyuting) diarah oleh orang atasannya dan termasuk seorang menteri. "Dia kata dia dipanggil dan di arah menyiapkan video berkenaan... salah seorang yang berbincang dan membuat arahan ialah menteri, dia dipanggil ke bilik menteri berkenaan," tutur kawan saya lagi.
Jelas kawan itu, sub-editor (penyunting) itu juga sepatutnya satu lagi klik video memburukkan Anwar dengan pelacur didedahkan sebaik saja video pertama itu dilancarkan tetapi kerana silap teknik ia ditarik balik. Kesilapan dimaksudkan ialah dari segi tarikh dan masa yang tunjukkan dalam video itu tidak sama dengan kronologi atau jadual perjalanan harian Anwar. Perkara paling ketara sekali ialah masa yang kononnya Anwar bermaksiat seperti mana dipaparkan di dalam klik video itu tidak benar sama sekali kerana hakikat pada masa dan tarikh itu Anwar bersama presiden Pas, Abdul Hadi Awang.
"Kerana kesilapan itu video berkenaan ditangguhkan," jelasnya.
Sebagai rekod team produksi yang terlibat dengan pembikinan video celaka itu adalah milik sebuah penerbit tv yang akan didedahkan kemudian. [wm.kl.8:48 am 09/07/12]
3 comments:
Selain memerhati gelagat manusia berprofile tinggi dan berkepentingan tinggi sehingga muncul watak-watak yang sedang menyempurnakan kejahatannya juga ada baiknya kita memerhatikan 'kerja Allah SWT" dalam proses menghukum siapa yang derhaka kepadaNya untuk dihukum diatas muka bumi sebagaimana yang dijanjikanNya.
tubik la hudoh macam mana pun cerita ke, fitnah ke, spekulasi busuk ke.Kita sebagai umat muslim haruslah menilainya terlebih dulu sebaik mungkin kerana islam dah pesan jika kita terima berita tak elok ttg sedara kita, selidiklah dulu, jangan duk terima terus 100 percent.
Tak kisah dari pihak BN atau PR, yang penting kita siasat dulu kesahihan cerita.Takut nanti teraniaya sedara seislam sebab kita pun ikut sama p hentam macam manusia tak cerdik hok lain.
Salaam,
Saya tak rasa PR terutamanya saf kepimpinan perlu terlalu ambil kisah tentang semua perkara haramjadah ni. Cuma buang masa. Harap kepimpinan PR tak terlalu terbawa-bawa sangat. Rakyat dah teramat faham. PR tak perlu risau. Biarkan saf prebet yang menjawab. Kepimpinan PR teruskan dengan agenda utama.
"Kebaikan dan kejahatan tidak boleh ujud dalam satu masa"
"Bila kebaikan datang maka hancurlah kejahatan"
"Bila datang cahaya maka hilanglah kegelapan"
Cukuplah selama ini PR sengaja disibukkan dengan pelbagai fitnah kejahatan. Bersilatlah PR menangkis ke kanan ke kiri segala fitnah yg dilontar. Natijahnya rakyat yang penat!
Cukup-cukuplah tu. Yakinlah, bagi rayat kini, fitnah itu umpama perkelahian anak-anak kecil sahaja. Orang dewasa pegi main jauh-jauh! Orang dewasa ada kerja lain. Buatlah kerja tuan tuan para pemimpin PR. Usah dilayah sangat karenah anak-anak hingusan.
Anak-anak kecil dalam benak fikirannya tiada apa-apa selain makan tidur dan "bermain" sahaja. Anak-anak hingusan tidak pernah terfikir susah payah ibu ayah membesarkan mereka. Bila lapar mereka cuma tau merengek minta "disuap." Anak-anak hingusan tak reti nak cari makan sendiri.
Oleh itu PR jangan layan sangat karenah anak-anak hingusan ini. Biar "para ibu" yang layan karenah mereka. Para bapa bekerjalah bersungguh-sungguh. Nanti bila dah berjaya "semua orang" insyaAllah akan cukup makan minum dan pakai. Anak-anak hingusan tak merengek lagi minta disuapkan bahkan mungkin mereka akan cepat dewasa dan reti cari makan sendiri.
Post a Comment