Monday, June 10, 2013

Wajarkah Penjenayah Yang Ditembak Dibiarkan...

PERSOALAN                                                                                     

Sejak semalam telah tersebar secara meluas rakaman video di facebook dan blog bagaimana seorang penjenayah yang ditembak polis menggelepar kesakitan di atas aspa. Penjenayah itu dipercayai cuba merompak sebuah kedia emas di Kota Bharu Kelantan. Dari video berkenaan nampaknya lelaki itu ditembak dipaha sebelah kanan.
Penjenayah yang ditembak diambil dari sebuah blog.

Ada beberapa versi video mengenai kejadian itu. Saya percaya ia dirakam oleh orang ramai yang menyaksikan video berkenaan menerusi handphone. Lelaki itu akhirnya telah meninggal akibat tembakan itu kerana berlaku pendarahan yang banyak.

Apa yang menjadi persoalan saya, berdasarkan rakaman video berkenaan kenapa penjenayah itu dibiarkan menggelupar kesakitan tanpa ada bantuan segera. Memang menjadi prinsip polis tidak akan membantu penjenayah yang diburunya. Polis juga tidak berani mendekati kerana bimbang penjenayah memiliki senjata merbahaya yang boleh mengakibatkan sesuatu yang tidak baik.

Tetapi prinsip itu sebenarnya tertolak kalau dilihat kepada penjenayah berkenaan. Dia sudah tidak bermaya dan kalau pun dia memiliki senjata merbahaya dia sudah tidak berdaya untuk melakukan tindak balas.

Secara mudah saya fikir, dalam kes seperti dipapar dalam video berkenaan, pihak polis seperti hilang peri kemanusiaan kerana membiarkan mangsanya bergelumpur kesakitan. Dari konteks kemanusian si penjenayah itu perlu dibantu walaupun siapa dia dan apa yang beliau lakukan. Sekiranya penjenayah itu dibantu saya yakin dia boleh diselamatkan. Bantuan paling mudah ialah menekapkan lukanya dari mengeluarkan darah.

Aneh juga ramai orang mengerumuni dan melihat penjenayah itu menggelupur seperti ayam disembelih tanpa berbuat apa-apa. Apakah tidak ada di antara yang ramai itu terliur untuk memberi bantuan? Yang simpati kepada penjenayah itu? Apakah semua mereka sudah hilang rasa kemanusiaan kerana dia dikatakan melakukan rompakan menyebabkan kemarahan dan kebencian mengatasi segala emosi lain.

Dalam hal ini saya melihat ada dua perkara yang berbeza. Penjenayah itu memang salah dan berhak menerima kesakitan dengan tembakan itu. Dan polis juga patut tidak membantu kerana itu peraturan atau amalannya. Tetapi apabila penjenayah sudah tidak berdaya, rebah atau jatuh, meminta tolong, dari konteks kemanusiaan ia boleh dipersoalkan apakah tindakan membiarkan dia menggelupur sendiri itu wajar?

Soal dia bersalah kerana merompak, hukumannya akan ditentukan oleh mahkamah. Polis hanya bertindak untuk mencegah dan menangkapnya. Bukan urusan polis untuk menghukum penjenayah sampai mati. Tugasnya hanya menangkap saja. Dalam keadaan ini saya tertanya-tanya dimanakah kedudukan atau pertimbangan orang ramai dan juga anggota polis?

Sepekara lagi mengenangkan penjenayah itu apa yang menjadi persoalan saya sehingga ini tidak ada mana-mana pihak yang membuat ulasan dan kenyataan berhubung kejadian itu. Tidak ada mana-mana badan NGO mempejuangkan hak asasi manusia atau politik memberi ulasan terhadap apa yang berlaku itu.

Apakah kerana penjenayah itu kebetulan orang Melayu dan kedai emas itu pula milik Cina maka ia dibiarkan begitu sahaja. Agaknya bagaimana kalau penjenayah itu bukan orang Melayu semisalnya orang Cina? Saya rasa sudah ada mana-mana pihak akan mempersoalkan apa yang berlaku. Setidak-tidaknya akan bertanya menerusi kenyataan umum kenapa penjenayah itu dibiarkan kesakitan tanpa diberikan bantuan?

Saya yakin kalau penjenayah itu orang bukan Melayu rakaman video berkenaan sudah menjadi isu hangat dalam media massa. Sudah ada mana-mana pihak atau badan bukan kerajaan milik Cina akan bersuara atau setidak-tidaknya membantah kejadian itu.

Dalam pada itu adalah diharap supaya PDRM menyemak semula prosuder atau prinsipnya bila berhadapan dengan penjenayah seperti apa dialami oleh penjenayah yang dikatakan merompak kedai emas itu.

Betapa pun kita ada peraturan dan prinsip sendiri tetapi perikemanusiaan seharusnya diambil kira. Menteri Dalam Negeri (KDN) Ahmad Zahid Hamidi elok kalau memberi perhatian dalam kes-kes seumpama ini bagi menjamin hak-hak asasi manusia dilayan dengan adil bagi mengelakkan sangkaan berlaku kekejaman. [wm.kl.8:14pm 10/06/13]

15 comments:

SysOp said...

Bhai MSO...

Gua ada menulis tentang perkara ini pagi tadi... http://cipantapirtenuk.blogspot.com/2013/06/polis-malaysia-kejam.html

Kalau mengikut SOP yang sepatutnya, bantuan perubatan kecemasan perlu diberikan. Tapi seperti sudah hilang kewarasan sampai tiada siapa yang ingin menyelamatkan nyawa.

Tambah lagi... tiada siapa yang cuba untuk mengajar suspek mengucap dua kalimah syahadah.. Pelik.. tapi itulah yang berlaku.

C++
CipanTapirTenuk.Blogspot

sorse6 said...

Assalamualaikum Abg MSO.. bg saya lah,, elok jugok kalu diajar mengucap. Lagikan org yg membunuh 100 org pun diampunkn ALLAh..

Dr Halim said...

saya juga terkejut apabila perompak itu masih hidup lagi dalam video itu.lagipun tidak berlaku kematian semasa rompakan so tak ada sesiapa nak kata qisas pula.sedih di negeri yang mana dikatakan serambi Mekah dan negeri yg ramai gi dengar ngajar kitab setiap jumaat atau setiap malam.

-thethinker- said...

bila orang cina kena .. melayu buat tak tau jee..

bila india mati dlm lokap , melayu terus buat tak tau ..

bila melayu yg kena , melayu tetap buat tak tau .

jelas dan nyata , melayu konsisten dlm perlakuannya

sohibuzzidane said...

kalau ikut laporan,xde pulak sebut perompak ada senjata api, dan xde pulak berlaku pergolakan atau tembak menembak.jd kenapa beliau ditembak?..

Asrul Sani said...

Tak ada kena mengena dengan Serambi Mekah ke atau Mekah ke.... Quran itu diturunkan dalam bahasa Arab, namun berapa ramai orang Arab yang sesat dan berperangai haiwan? Nak berhujah pakailah otak, jangan guna emosi politik. Kau nak kenen negeri yang diperintah PAS la tu...otak singkat. Kalau tak berdaya guna otak tak payahlah pakai nama doktor..."Doktor Ayam", kata P. Ramlee

Unknown said...

Salam tuan,

Arwah tu hanya merompak bukan membunuh...tujuan dia ditembak di kaki ialah utk mengelakkan dia melarikan diri tapi kenapa dibiarkan mati?...SOP pasukan polis begitukah?

nazmanz said...

Memang ada orang yang mengajar mengucap pd budak ni ari tu.Pasl lambat tolong tu sbb org ramai sedang tunggu ambulans sampai,sape yg berani nak tolong jika darah yang mengalir tu kita xtahu ada HIV ke tidak.Tu pasal org ramai tggu org hospital utk buat kerja nie.Lagi satu ALLAH swt dah bagitau,buat baik dapat balasan baik,buat JAHAT itu lah balasannya..

suparjo@blogspot.com said...

Tuan MSO, Saya ada pengalaman menemui kes seperti itu, cuma akibat kemalangan. Mangsa terlentang di atas jalan dan mengerang2 seakan ajal. Orang hanya melihat, dan memberitahu yang bertanya: Kami sedang menunggu ambulan. Saya mendekatinya dan memanggil namanya "Din..." Dia menyewa rumah di desa saya. Saya ajarkan kalimah tauhid di teinganya, tapi memang tak ada respon. Tidak ada siapa pun yang menyertai saya, tidak lama memang ambulan sampai. (Din meninggal dunia 3 bulan kemudian, setelah koma sejak dia kemalangan). Dalam kes tembak itu, saya rasa yg menyebabkan orang hanya melihat sebab dia sudah dianggap bersalah dan di bawah kawalan polis. Orang ramai tidak akan masuk campur jika sudah 'disentuh' polis. Satu lagi, bukan semua faham kepentingan mengajar kalimah tauhid di telinga orang yang nazak. Saya pernah melihat sekumpulan ahli keluarga hanya mengerumuni seorang lelaki nazak di hospital tanpa membaca surah yasin dan membisik kalimah tauhid.

Unknown said...

mungkin org ramai takut nak beri apa2 bantuan sbb polis ada di situ.

Unknown said...

mso,

ini bukan masalah orang ramai kat sana...

ini masalah polis...
patut polis bantu selamatkan dia...

kalau di USA, lepas polis menahan atau menembak suspek bersenjata, mereka akan berusaha menyelamatkan dia untuk dihadapkan ke mahkamah...

Ini dah macam cerita Judge Dredd..

inilah masalah polis koboi kt negara ini...

polis tidak bertanggungjawab...
tak hairan lah, banyak orang mati dalam lokap...

Labu8455 said...

Kalau penjenayah India dan Cina sudah pasti akbar akbar dan NGO mereka akan mengangkat penjenayah ini menjadi wira

Wan Ahmad Faiz said...

Menurut seorang teman di tempat kejadian, polis dah cuba tolong dia. Dah ikat kaki dia untuk hentikan darah keluar. Ambulans sampai lambat.

Unknown said...

kawe pon ter tanya2 guano jadi lagu tu.....dok tengok dale fb....pakat tok caro belako,po nate jah demo buat.....supo tepat ore kapir,tak dok ore ajar ngucap.mayat pon tok tutup,tok hormat lasung ko mayat...demo ni tok reti baso,tok tahu ko diri manusio to gapo bendo,,,,toho sungguh ilmu agamo ore kito jame loni....

Unknown said...

saya percaya,hak kemanusiaan itu harus di letakkan di depan,dan saya percaya,kalau polis berada di tempat perompak itu,dia akan mengharap dan meminta di hantar ke hospital dgn kadar segera oleh org sekelilingmya.siapa tahu,kalau petompak itu hidup,dia insaf dan menjadi manusia alim di kemudian hari?