Thursday, February 6, 2014

Jawaban Mohd Amar mendedahkan kelemahan sendiri

SILAU KELANTAN                                                                                

Hal-hal sebeginilah yang kita tak mahu lihat di Kelantan.
Setelah kecur seluruh negeri dan merayap ke luar Kelantan cerita dan berita mengenai isu pemecatan pegawai Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Putra (KIAS),  Che Ibrahim Mohamed yang dipertikaikan, semalam Timbalan Menteri Besar, Mohd Amar Nik Abdullah (Nik Amar) membuka mulut menjawab persoalan yang timbul.

Nik Amar dikatakan orang bertanggungjawab atas pemecatan pegawai itu kerana surat pemecatannya ditanda tangani oleh beliau. Nik Amar adalah pengerusi lembaga pengarah KIAS. Kesilapan beliau di sini, menandatangani sendiri surat itu yang selayaknya dilakukan oleh Pengarah Eksekutif KIAS. Apabila beliau sendiri menanda tangani, ia memberi gambaran beliaulah dalangnya atau orang yang geram sangat dengan Che Ibrahim dan tindakan itu dibuat atas sentimen politik.

Menurut Nik Amar pemecatan Che Ibrahim itu tidak perlu diperbesar-besarkan kerana ia dibuat secara sah dan ia juga demi kepentingan syarikat. Ia juga adil kerana Che Ibrahim diberi pampasan tiga bulan gaji. Sepatutnya begitulah yang berlaku dan perlu dilakukan. Tetapi,....

Ada beberapa perkara yang boleh dibahaskan di sini berhubung hal ini, dan penjelasan oleh Nik Amar itu. Soal siapa dalang dan siapa wayang didalam kes ini tidak timbul. Kerana KIAS ada peraturan dan undang-undangnya untuk bertindak ke atas mana-mana pegawai, jadi untuk memecat siapa saja tidak menjadi masalah asalkan selagi ianya dibuat berlandaskan peruntukan undang-undang. Tetapi yang perlu difahami undang-undang atau peraturan itu hendaklah selari dengan akta buruh.

Sudah lama kedengaran cerita Che Ibrahim tidak disenangi oleh Nik Amar ini. Kenaikan pangkatnya disekat dan segala kemudahan lain tidak dipenuhi. Tentu ada sebab-sebabnya. Tidak mungkin juga Nik Amar bertindak tanpa asas atau marahkan Che Ibrahim tiada sebab. Sebab musabab itu hanya mereka sahaja yang tahu. Yang jelasnya mereka bergaduh bukan kerana kes betina, kerana kedua-duanya tidak main betina.

Che Ibrahim suka memburu dan melakukan aktiviti lasak, Nik Amar pula suka main aji?

Apa yang menjadi persoalannya, cara pemecatan itu tidak mengikut undang-undang buruh. Itu sahaja. Disebabkan itu Che Ibrahim akan mengheret KIAS ke mahkamah. Sekiranya pemecatan itu menepati undang-undang tidak mungkin Che Ibrahim akan membawa perkara itu ke mahkamah perusahaan?

Kata Nik Amar pemecatan Che Ibrahim itu adil kerana dia diberi tiga bulan gaji. Benar, tetapi undang-undang buruh memerlukan kepada tiga kali notis sebelum memecat seseorang kakitangan. Ia bukan boleh dipecat begitu sahaja, sebab Che Ibrahim bukan anjing. Hatta kalau hendak lupuskan anjing pun ia perlu dibuat mengikut undang-undang. Nasib Che Ibrahim samalah dengan nasib 30 orang pekerja PKNS Holdings di Selangor yang dipecat secara dikatakan kejam. Mereka menyifatkan mereka bukan anjing yang boleh diperlakukan sesuka hati.

Di sinilah kelemahan bagi mereka yang kurang membaca dan tidak suka mengambil pengetahuan dalam serba serbi disiplin ilmu hatta secara rengkas. Sepatutnya mana-mana pemimpin perlu mempunyai ilmu berbagai aspek dalam segala disiplin agar hal-hal yang terjadi itu tidak berulang. Kalau pun kita malas atau sibuk mungkin ia boleh dirujuk kepada mana-mana individu yang tahu.

Apakah Nik Amar sebagai pengerusi Lembaga Pengarah tidak sedar hal ini. Dan apakah kesemua ahli Lembaga Pengarah juga jahil tukil mengenai hal ini? Bahawa wujud undang-undang untuk menjaga kepentingan buruh dari mengelakkan mereka diperbuat secara kejam oleh majikan?

Malanglah kalau sebagai seorang pengerusi tidak tahu mengenai hal ini.  Itu namanya pengerusi diambil secara tangkap maut. Tidak mengapa lagi, mungkin Nik Amar diberi briefing oleh ahli-ahli lembaga pengarah lain mengatakan tindakan itu tidak akan berbangkit. Atau pun ahli lembaga pengarah sudah memberi nasihat tetapi Nik Amar tetap berkeras juga. Kalau begitu maka jelas tuduhan mengatakan Nik Amar geram dengan Che Ibrahim itu betul. Betullah juga kalau ada menganggap pemecatan Che Ibrahim itu kerana dia orang Husam Musa.

Adalah malang sekali kalau kesemua ahli lembaga pengarah KAIS tidak menyedari mengenai akta buruh yang membolehkan tindakan diambil oleh Che Ibrahim atau mana-mana kakitangan kerana memecatnya tanpa mengikut peraturan. Nik Amar dan ahli lembaga pengarah tidak boleh berpandukan kepada kesalahan Che Ibrahim sepanjang dia berkhidmat dengan KIAS untuk memecatnya. Tetapi yang penting biarlah mengikut peraturan. Tujuan Allah turunkan Quran untuk dijadikan panduan dan rujukan dan bukannya sebagai replika menandakan kita Islamik? Islam tidak wujud dalam diri manusia dengan hanya pakai kopiah dan serban, tetapi dengan amalan.

Jika begitulah apa yang berlaku di dalam KIAS, 'debek' dan jahilnya ilmu pemburuhan di kalangan ahli lembaga pengarah KIAS, macam mana mereka hendak bangunkan KIAS menjadi institusi pengajian tinggi terbaik di Kelantan. Patutlah KIAS sejak ia ditubuhkan masih 'terkial-kial' mencari arah dan usaha untuk memantapkan diri.

Usaha untuk menaik taraf KIAS menjadi Kolej Universiti sampai sekarang belum tercapai. Apa bekas Pengarah Eksekutif KIAS, Dr Johari Mat lakukan? Makan gaji buta sahajakah. Hari ini pun Dr Johari masih menjadi ahli lembaga pengarah, apakah dia juga jahil mengenai undang-undang buruh? Apakah dia tidak memberi pandangan dan nasihat berguna kepada Nik Amar atau turut bersekongkol sama?

Dalam kes Che Ibrahim melawan KIAS plus Nik Amar ini, saya bersetuju dengan cadangan Timbalan Kelab Penyokong Kerajaan, Sobree Shafei agar semua ahli lembaga pengarah KIAS meletak jawatan. Soal sekarang ini ialah soal integriti dan menjaga nama baik KIAS dan kerajaan Kelantan.  Lepaslah jawatan dan serahkan kepada orang yang lebih layak. Isu Che Ibrahim ialah kegagalan dan kelemahan ahli lembaga pengarah.

Mungkin Exco, Dr Mohd Fadzli Hassan yang bertanggungjawab terhadap pendidikan di Kelantan yang sepatutnya mengawal KAIS, diberikan tanggungjawab ini. Dengan sifat tawaduk dan cool serta mempunyai akses ilmu yang ada kepada Exco ini, dia layak menangani KIAS. Tetapi malang katanya, Fadzli tidak diberi kuasa penuh dalam KIAS ini. Beliau sekadar ahli lembaga pengarah  kepada YIK sahaja induk yang mengawal KIAS. Cadangan dan pandangan beliau dipandang sepi saja.

Sampai masanya kalau kerajaan hendak membuat penilaian terhadap kerajaan Kelantan berusia sembilan bulan itu dengan apa yang berlaku. Implikasi daripada apa yang menimpa KIAS dan Nik Amar hari ini serta lain-lain kasus termasuk dengan PKR, ialah kerana pendekatan yang diambil oleh kerajaan pimpinan Ahmad Yaakub hari ini yang tidak suka berunding, yang suka melepakkan sampah bawah karpet dan yang suka mempertahankan hujah dengan dolak dalih.

Pendekatan ini bukan saja tidak popular dan mengundang banyak masalah, ia juga boleh melemahkan kerajaan berslogankan Membangun Bersama Islam itu. Sewajarnya kalau kerajaan terus degil membuat perubahan drastik membaiki diri, ubahlah slogan itu kepada Mencuba Islam di Kelantan. Orang tidak akan marah dengan slogan sedemikian. [wm.kl.11:12 am 06/02/14]

3 comments:

aosis said...

undang2 negara tak mau pakai??...mungkin undang2 Allah lebih sesuai....maklumlah ahli parti sendiri dan dikira org penting juga dlm perjuangan pas selama ini.

Airperigi said...

Sdr MSO, sudah menjadi tradisi kerajaan PAS kelantan yang diterajui oleh Dato' Ust Mad Yaakub skrg, EXCO-EXCO akan menjadi pengerusi mana-mana badan di bawah portfolio mereka . Sebagai contoh, Dato' Hanipa menjadi Pengerusi Air Kelantan Sdn Bhd menggantikan Tok Guru.Dato' Che Lah menjawat jawatan pengerusi bagi syarikat di bawah portfolio beliau jaga. Semasa Nik Amar menjadi EXCO Pendidikan, beliau dilantik menjadi pengerusi KIAS. Tetapi mengapa bila Dato' dr Fadzli menjadi EXCO Pengajian Tinggi, beliau tidak diberi peluang memegang jawatan pengerusi YIK dan KIAS? Adakah untuk kawal kepentingan? Satu lagi, apa yang Nik Amar buat untuk Pusat Pengajian Pondok, Bachok sekarang? Tidakkah PPP sekarang sudah semakin merudum? banyak aktiviti PPP yang disekat seperti pengiktiraf kelulusan diploma pondok. Selepas belajar 6 tahun di PPP tapi diploma tidak diiktiraf. Semasa di bawah zaman BN perintah Kelantan, PPP maju ke depan.

razali said...

Apabila dapat kuasa dan harta sudah lupa perjuangan Islam.