Friday, February 7, 2014

Pertemuan Ahmad Yaakub dengan taukeh garam

TAZKIRAH JUMAAT                                                                             

Semalam bekas taukeh garam kemudian menjadi ahli kolongmerat Melayu terhebat satu masa dahulu, Daim Zainuddin telah mengunjungi Menteri Besar Kelantan Ahmad Yaakub. Kunjungan itu mungkin menggembirakan kerajaan Kelantan dan merasa bertuah bila seorang seperti Daim yang pernah menjadi Bendahari Umno dan Menteri Kewangan sedia menjejakkan kaki ke Kota Darulnaim pusat pentadbiran kerajaan Kelantan.

Orang miskin tunduk kepada orang kaya bertubuh kecil.
Mungkin bagi budak-budak yang hanya membaca sejarah kehebatan Daim dalam bidang korporat terkejut dan 'terkanyak' dengan keedatangan Daim itu. Bagi mereka kedatangan orang seperti Daim merupakan Santa Claus yang akan membawa coklat nisan kepada kerajaan negeri yang kian terhimpit dan terkampit dengan masalah kewangan.

Selalunya begitulah persepsi orang miskin terhadap orang kaya. Usahkan dapat bersalam dapat tengok kereta yang dinaikinya pun sudah merasa hebat. Wouuuu...Yang tololnya akan membuka hidung untuk menghidu apakah asal kereta dinaiki orang kaya baunya sama dengan asap kereta orang sesak.



Sedikit sebanyak juga kedatangan Daim itu boleh akan dirasakan seperti kedatangan Pengerusi Bank Dunia bagi Najib Razak. Sudah pasti bila orang kaya datang menziarahi orang 'sesak' maka akan adalah dibawa buah tangan atau ole-ole.

Makanya gambar pertemuan Ahmad Yaakub dengan Daim dan mereka sedang bersalaman perlu diperluaskan kerana dengan cara itu ia boleh menaikkan darjat Ahmad Yaakub sebagai MB. Elok juga kalau dibangunkan sebuah papan iklan besar di tengah-tengah bandar Kota Bharu gambar Ahmad - Daim sedang bersalaman.

Kunjungan Daim itu sedikit sebanyak menaikan imej Ahmad Yaakub. Setidak-tidaknya dalam minda pelancong luar yang kenal Daim, akan berkata, oh Daim pun datang ke Kelantan. Mereka akan berfikir kalau Ahmad Yaakub tidak seorang MB hebat, bijak ekonimi macam mana Daim sedia ke Kelantan.

Adapun apakah maksud dan tujuan kedatangan itu tidak dijelaskan. Tetapi melihat kepada gaya ia menyeronok dan menyenangkan Ahmad Yaakub dan kuncu-kuncu juga. Daim seperti menerima pemberian hadiah daripada Ahmad Yaakub. Mustahil kalau kedatangan itu tidak menggembirakan dan memberi untung, hadiah dihulurkan.

Mudah dan mesranya Daim berjumpa dengan Ahmad Yaakub itu sedikit sebanyak menimbulkan kecemburuan pimpinan PKR Kelantan yang masih terkial-kial hendak jumpa MB. Katanya sudah berkali pihak PKR menghubungi pejabat MB, tetapi sampai kini tidak ada jawaba, makan kueh dan minum tea kosong. Di sms sudah di whasaap sudah, tetapi semuanya tidak terjawab. Ahmad Yaakub pula menjawab permintaan PKR melalui kenalan rapatnya semasa di bangku persekolahan dia ketiadaan masa. Memanglah sebagai MB sibuk 24 jam.

Tentang kunjungan Daim itu, rakyat teringin sangat hendak tahu akan tujuan kedatangan itu. Ada yang mengagak dari jauh Daim datang untuk menyelesaikan royaliti petrolium yang menjadi milik Kelantan. Katanya permulaan Kelantan akan dapat RM12 billion. Wow... menjerit Husin Lempoyang mendengar angka itu.

Benarkah begitu? Logikkah Daim datang fasal royalti? Apakah peranan Daim dan kedudukannya berhubung perkara itu. Apakah dia menjadi wakil kepada perdana menteri? Boleh jadi iya, ia boleh jadi tidak. Bukankah soal royalit masih dalam peringkat rundingan menentukan berapa jumlahnya. Telah ditubuh sebuah jawatan kuasa mengenai perkara itu kalau tidak silap bekas ketua hakim negara, Tun Salleh Abbas menjadi wakil kerajaan Kelantan? Jawatankuasa berkenaan pun sudah hanyut dibaham banjir yang melanda Kemaman dan Kuantan baru-baru ini.

Kalau fasal royalti tentulah Salleh Abbas yang datang, setidak-tidaknya dia mengiringi Daim Zaindduin. Menterjemahkan kedatangan Daim itu bukan fasal royalti sebab Daim tidak ada hak apa-apa mengenai perkara itu. Jadi fasal apa? Ada yang kata fasal konsensus nasional? Kalau konsensus nasional juga tidak sebab ia diperingkat KL, kalau Kota Bharu, lebih kepada membuka jalan untuk bekerjasama dengan Umno. Ini ada munasabahnya.

Perlu faham Daim ialah godfather kepada Mustapa Mohamad dalam Umno. Orang pertama membawa Mustapa ke dalam arena politik ialah Daim. Daim lantik Mustapa sebagai setiausaha politiknya. Atas sasilah itu mungkin kedatangan Daim itu dalam rangka membantu Mustapa di Kelantan. Baguslah kalau begitu.

Tetapi itu bukan tujuan yang ditunjukkan oleh Daim. Ia ada tujuan lain. Lama sebelum ini Daim sudah berjinak dengan Kelantan menerusi apa dinamakan kegiatan kebajikan. Beliau khabarnya ingin berkhdimat kepada Kelantan dengan sedikit kekayaan yang dimilikinya. Beliau bercadang untuk membina 100 unit buah rumah alias rumah kebajikan (Projek Komuniti) di Lubuk Jong, Pasir Mas Kelantan.

Projek kebajikan itu akan dibina menerusi Yayasan Zainuddin, milik Daim sendiri. Kononnya kerajaan negeri akan mendapat manfaat dari projek itu. Daim katanya sedia membangunkan 100 rumah itu secara percuma dengan syarat kerajaan negeri menyediakan tapak dan prasarana lain. Untuk itu kerajaan negeri telah menyediakan tanah seluas lebih 12 ekar.

Projek itu dirancang tahun 2009 lagi dan kerja-kerja awal seperti pembersihan kawasan dan sebagai sudah dijalankan. Tetapi entah macam mana ia tergendala. Sampai sekarang projek itu tidak nampak bayang. Peralihan kepimpinan 2013 menyebabkan ada ura-ura tanah itu hendak dimajukan secara komersial, bukan secara percuma untuk membantu rakyat seperti dirancangkan sebelum ini.

Apakah kerana projek itu hendak diubah dasarnya maka Daim datang menumui Ahmad Yaakub? Dan sambil bertemu itu maka berceritalah soal molok-molok kepada Ahmad Yaakub, konon begitu dan kononnya begini. Nak buat itu dan nak majukan ini bagi mengasyikkan Ahmad Yaakub?

Tanah di Lubok Jong itu berpotensi dan bernilai puluhan jutaan ringgit. Sebagai seorang ahli perdagangan Daim tentu tidak mahu terlepas aset berkenaan. Boleh jadi Daim datang untuk merayu dan membuat perjanjian baru bagi menyiapkan projek berkenaan asalkan tanah itu menjadi miliknya. Apabila dia mendapat tahu kerajaan ingin memajukan tanah itu secara komersial maka dia sanggup membuang masa dan terbang ke Kota Bharu menjenguk Ahmad Yaakub? Dasar orang kaya kalau lima sen terjatuh ke dalam longkang pun dia akan cari sampai jumpa.

Biarlah apa tujuan sebenar Daim, kerajaan Kelantan perlu berhati-hati. Ahmad Yaakub jangan mudah termakan dengan kata dan janji Daim. Mengenai projek rumah kebajikan itu ia sudah melewati lima tahun. Wajarlah kalau kerajaan melupai Daim dan membuat perhitungan baru untuk majukan tanah itu secara komersial. Apa yang penting di sini tanah itu dapat dimanfaatkan untuk rakyat lebih ramai lagi.

Dan sekiranya Daim tetap juga hendak berbakti kepada Kelantan dengan duit yang dia ada, carilah tapak lain yang lebih sesuai. Lagipun pembinaan rumah kebajikan di kawasan yang pesat membangun itu tidak sesuai. Orang-orang tua atau mereka yang ingin menumpang rumah itu pasti mahukan keadaan yang aman dan tidak terganggu dengan populusi pembangunan.

Dan satu cerita mengenai Daim perlu juga dikaraikan di sini untuk pengetahuan umum. Semasa Kedah diperintah PAS beliau juga ingin berbuat projek sama di kawasan Sungai Limau. Allahyarham Azizan Razak ketika itu menjadi MB Kedah telah menyediakan tanah di situ. Atas persetujuan juga Daim dikatakan sedia membina projek itu dan dalam masa sama dia memohon beberapa hektar tanah di Pulau Langkawi sebagai kontra. Azizan mempercayai hidup-hidup janji Daim untuk membina projek di Sungai Limau lalu meluluskan tanah untuk Daim di Langkawi.

Projek yang dijanjikan tidak terbina sampai ke hari ini, manakala tanah pertukaran di Langkawi dikatakan telah menjadi milik Daim. Cerita ini adalah iktibar terbaik untuk Ahmad Yaakub agar tidak tertipu oleh taukeh garam yang licit. [wm.kl.11:23 am 07/02/14]

4 comments:

Anonymous said...

itulah contoh kecerdikan pemimpin pas skrg. yg prestasi elok dibuang. yang hampeh diberi jawatan. dgn janji manis boleh dpt tanah berekar2. salut kat daim.
org alim bangang sj yg percaya buta kpd munafiq.

Unknown said...

Salam hormat Pak Mso,

Orang PAS memang sayangkan partinya, kerajaannya, apatah lagi berkaitan Kelate kito, warisan pemerintahan Tok guru yang dikasehi.

Asal ada terdengar cerita tidak enak, tak tunggu dah, sumpah terus..maki terus..perlekeh terus.

Saya yakin di ulu hati kita ini, pasti rasa tidak enak kerana memilih utk 'kurang berhemah' dalam bercakap. Kat anak kita pun tak diajar cakap bangang kat orang lain.

Saya bercakap begini kerana tak mahu antara kita ni bercakar cakar. Berselisih tak sudah. Kalau dengan UMNO takpe lah juga. Muktamar pun dah lama habis.

Lagipun cerita-cerita Pak Mso ini hanya satu saluran berita. Boleh jadi betul boleh jadi tidak. Tugas kita ialah selidik.

Nak selidik kena ramai lah kawan. Kalau dah ada kawan dekat dgn Dato Husam kita, tak salah cari juga saing dari Puak Dato Amar pula.

Kalau nak cakap perasaan, memanglah terkilan bila Dato Husam tiada peranan sekarang. Tapi itu adat siasah dan resam kehidupan. Paling tidak di pusat, masih lagi beliau Naib.

Orang baru harus diberi ruang juga. Kalau semua nak jadi macam Mahathir dengan Pak Lah, tak jadi kerja lah orang di pejabat tu.

Kita dah berada dalam satu keluarga besar PAS. Kalau nak bergaduh, bergaduh lah mcm budak budak. Lepas bertumbuk boleh berpeluk. Jangan diikut peel orang-orang tua. Pantang ada silap, sampai ke kubur nak bermusuh.Jangan!

Terima kasih

Unknown said...

Tanda Pas akan merosot lalu tumbang......Apabila pemimpin Pas condong ke ameno. Akhir zaman .

mohd sayuti omar said...

Jawab Ibai guy, kalau saya mengkritik dan membelasah sesiapa di Kelantan bukan soal Husam, sy tak makan gaji dengan sesiapa dan Husam bukan matlamat saya. Saya tegur atas rasa tanggungjawab sy sebagai saya. Itu sahaja. Hairan juga bila saya membedal, dirujuk kepada Husam. Masa sy membedal Husam dulu siapa pun yang perlu dirujukkan kerja saya? Yang jelas sy tak makan gaji dengan sesiapa dan saya tidak baik dan rapat dengan sesiapa. Setidak2nya penjelasan ini untuk difahami oleh mereka yang tidak faham tentang saya.