Saturday, April 26, 2014

Selamanya masa untuk laksana hudud tidak ada dalam Umno

ULASAN                                                                                               

Sewaktu Najib Razak membuat pernyataan sikapnya mengenai hasrat kerajaan Kelantan hendak mengemukakan perundanagn persendirian (private bill) di parlimen bagi membolehkan Kanun Jenayah Syariah II (hukum hudud) dilaksanakan, saya berada di Alor Star. Najib juga ketika itu berada di Kedah dan kenyataan itu dibuat dalam perhimpunan apa dinamakan Himpunan Para Ulamak Kedah. Ia berlangsung di kediaman MB di Mantaloon, Alor Star.

Kelmarin rupa-rupanya Najib mengadakan lawatan sehari ke Kedah, selain menghadiri majlis ulamak itu beliau juga merasmikan RTC Kedah di Changloon. Jet peribadinya tiba sejam lebih awal dari ketibaan saya.

Himpunan ulamak itu diadakan dua hari dan Najib hadir pada hari penutup. Khabarnya beberapa orang tuan guru yang mempunyai pondok, yang sebelum ini menjadi kubu Pas turut sama hadir menyertai himpunan berkenaan. Tidak pasti berapa orang tuan guru yang hadir, kata lima orang guru utama, dan setengah qaul kata hanya seorang sahaja, selebihnya anak-anak buahnya saja.

Tetapi menurut lebel yang diletakkan di meja ia menggambarkan semua kawasan menghantar wakil masing-masing. Semua kerusi yang disediakan penuh.

Apapun majlis itu memberi merkah tinggi kepada Umno, khasnya kerajaan Kedah dibawah pimpinan Mukhriz anak Mahathir. Mereka yang hadir semuanya berkopiah dan bersemutar (serban). Ia laksana multaqa ulamak anjuran Pas. Kenapa saya katakan ia memberi merkah tinggi, kerana, golongan ulamak atau ustaz yang sebelum ini agak sumbang untuk hadir dalam majlis bersama pemimpin Umno kini sudah tidak ada rasa 'semen malu' lagi. Mereka sudah boleh duduk bersila dan makan beradap dengan pemimpin Umno.

Apakah kesediaan para ustaz atau wakil-wakil tuan guru hadir itu mereka diupah dan diangkut dengan bas berhawa dingin? Atau pun mereka hadir kerana sebagai melepas hajat untuk merasai nyaman dan indahnya kediaman MB Kedah kerana semasa orang mereka menjadi MB Kedah (Allahyarham Azizan Razak) dulu mereka tidak pernah dipanggil ke majlis berkenaan? Mungkin?

Penegasan Najib dihadapan golongan ulamak semalam, beliau tidak menolak hukum hudud. Maksudnya Umno tidak menolak hukum hudud tetapi cuma tidak sampai masa lagi untuk dilaksanakan. Kononnya masih ada makenisme yang perlu diselesaikan sebelum ia dilaksanakan. Kenyataan sikap Najib itu sudah pasti melunakkan telinga yang mendengar. Ia lebih lunak daripada kenyataan dan ulasannya terhadap hudud sebelum ini yang agak arrogant yang berbunyi "no hudud in Malaysisa". Nada Najib sudah berbeza dalam hal hudud ini. Kali ini bukan tolak hudud tetapi, belum sampai masanya.

Bagi mereka yang cetek ilmu politik dan bersikap lapang dada akan menerima penjelasan Najib itu dengan baik. Timbalan Menteri Besar Kelantan, Nik Mohd Amar Abdullah sendiri memberi komen kenyataan Najib itu sebagai positif. Kalau orang seperti Nik Amar menerima baik, apalah dengan pak cik dan mak cik di kampung yang menerima BR1M, tentu akan menerima kenyataan Najib itu dengan baik.

Tidak mustahil kalau Najib membuat kenyataan itu dan majlis dihadiri sama oleh Nik Amar dan Ahmad Yaakub mungkin ada yang menjulang Najib seperti mana para penyokong "gedebe merah" (Red Warriors) menjulang Annuar Musa setiap kali Kelantan menjadi juara. Najib akan diidolakan sebagai pejuang Islam tulen.

Saya bukan pesimis kepada penerimaan Nik Amar itu, tetapi mencari dari sudut mana dia menerima kenyataan Najib itu sebagai positif. Apakah dia lupa yang Najib bercakap atas sifatnya selaku orang politik? Mungkin ia akan boleh dianggap positif kalau selepas ini Najib menyiapkan segala keperluan untuk mejayakan pelaksanaan hukum hudud itu.

Pertamanya, Najib memberi jaminan yang Umno akan menyokong private bill yang akan dikemukakan di parlimen. Kedua, memberi arahan agar Jakim dibawah Jamil Khir Bahrum menubuhkan jawatankuasa teknik pelaksanaan bersama dengan kerajaan negeri Kelantan. Sejumlah wang, tak kira diambil dari wang royalti minyak diperuntukan untuk jawatankuasa berkenaan.

Juga sebuah badan khas dibentuk untuk memberi penjelasan mengenai keperluan dan keutamaan hukum hudud kepada semua pihak terutamanya mereka yang masih keliruan mengenai hukum berkenaan dan menolak mentah-mentah atas sentimen kaum, bangsa dan kepentingan politik.

Kalau hal itu diarahkan Najib barulah ia boleh dianggap sebagai positif. Kalau setakat Najib hanya mengatakan tidak tolak, tetapi usaha ke arah melaksanakannya tidak ada ia tidak memberi apa-apa erti. Ia hanya bagaikan menukar arak ke dalam botol oren sahaja, dimana ia tetap haram untuk "ditogok" oleh orang Islam.

Seperti mana singgung Husam Musa, pendirian Najib itu juga jelas sudah bertentangan dengan jaminan diberikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Jamil Khir sebelum ini yang mana beliau kononnya akan sedia memberi laluan termasuk menyokongnya di parlimen. Apabila Najib menyebut belum sampai masanya, secara automatik pengakuan Jamil itu mampus. Kongkalikong Najib dan Jamil seperti dipersoalkan Husam perlulah diteliti dengan bijaksana. Jangan cepat masuk ke dalam jerat ketika umpan masih pun lagi diletak ke dalam jerat.

Pemimpin Pas jangan mudah teruja dengan sikap dan kata-kata pemimpin Umno mengenai hukum hudud ini. Jangan pula kerana terlalu mempercayai jaminan Umno menyebabkan persepakatan politik yang membawa Pas ke tahap hari ini relai di tengah jalan.

Misalnya kenyataan presiden Pas, Abdul Hadi Awang yang menegaskan parti itu akan tetap laksanakan hukum walaupun tanpa sokongan PKR dan DAP adalah kenyataan yang bengis. Abdul Hadi tidak perlu ego untuk melasakanakan tuntutan Islam dalam sebuah negara seperti Malaysia ini. Sikap menarik rambut dalam tepung hendak dijadikan amalan. Perhatikan kepada Umno, saya yakin ada juga ulamak mujtahid (bukan tahi) di dalam Umno yang inginkan melaksanakan Islam, tetapi mereka lebih berhati-hati kerana menyedari realiti politik. Mereka tidak pun bercakap sebaliknya mencari hujah dan dalil untuk memaafkan mereka. Satu segi cara itu adalah bijaksana.

Pas boleh melaksanakan hukum, dengan syarat mereka tidak menggunakan kuasa politik untuk melaksanakannya. Mereka perlu mencari kekuatan dan power dengan cara lain. Selagi mereka berusaha menerusi kuasa politik ia perlu berhati-hati. Pas, khasnya presiden kena sedari Pas tidak mempunyai 21 kerusi parlimen kalau bukan mengadakan "tahaluf syiasi" dengan PKR dan DAP dalam pilihan raya lalu.

Kalau tidak percaya Pas boleh mencuba untuk pilihan raya ke 14 nanti, bertanding secara bersendirian dan tenguk sejauh mana pencapaian Pas. Selagi Pas bergantung sokongan politik dengan pihak lain, Pas tidak boleh mengabaikannya, suka atau tidak perlu mengambil kira pandangan dan teguran mereka sama.

Atau pun sikap idealis sesetengah pihak dalam Pas untuk laksanakan hudud itu dengan menggunakan makenisme politik tidak perlu tunggu selepas pilihan raya ke-14, Pas boleh bergabung dengan dengan Umno, dan cubalah. Umno kini ada 88 kerusi dan bila dicampur dengan Pas 21 berjumlah 109 kerusi. Apakah lalauan mudah untuk laksanakan hudud kandati bersama Umno akan berjaya atau tidak? Cubalah.

Bagi saya masa depan hukum hudud tidak akan ada ditangan Umno buat selama-lamanya kerana Umno itu sendiri adalah anti hukum hudud. Yang bercakap menyokong hudud itu bukan Umno tetapi Najib secara peribadi. Kalau ia merupakan sokongan Umno, sudah tentu parti itu akan mendesak pemimpinnya untuk melaksanakan hudud dengan bermaufakat dengan Pas. Keseriusan ini akan jelas sekiranya Umno mengadakan perhimpunan khas untuk membincang ke arah membantu Pas itu.

Kepada Pas jangan orang hanya melambai kita sudah berlari ke arahnya!  [wm.kl.4:21 pm 26/04/14]

3 comments:

Unknown said...

Hadi adalah pm are waiting versi pas sprti yg dilaungkan pd muktmr di Ipoh.Sesetengah ahli pas merasakan Hadilah yg paling bijak dn layak mnjdi pm bukan dsai.Tapi gua dah lama nmpak tidak cerdiknya presiden pas yg tamak kerusi dlm pru 13 lps yg menyebabkan beberapa seat yg dlm genggaman terlepas kpd Bn.Itupun ahli pas masih buta kayu...

bat8 said...

Tuan,

Ambo setuju 200% dengan pandang tuan dalam isu ini. Kalau UMNO serius, UMNO juga t3ntu akan berusaha melaksanakan hukum hudud yang sudah diluluskan oleh DUN Terengganu bersekali dengan kerjasama dengan kerajaan PAS Kelantan. Umno bersedia untuk melihat hukum hudud berjalan di Terengganu dan Kelantan.

Jadi dalam isu hudud Kelantan, kita harap tidaklah sampai PAS Kelantan dikencing dan diberak cair ol3h UMNO. Jangan ada pemimpin PAS Kelantan diaib dan dibodohkan oleh permainan licik dan kotor UMNO lantaran kerana merasakan diri b3gitu h3bat dengan kefaqihan ilmu ugamanya. Kerana harga yang terpaksa dibayar oleh PAS Kelantan akibat pe4buatan pemimpin PAS Kelantan adalah dengan harga yang terlalu mahal kepada perjuangan Islam ol3h parti PAS sejak ditubuhkan dulu.

sizzly7761 said...

Kepada TMB Kelantan... janganlah jadi seperti ikan lampam bawah jamban! Pantang jatuh jah... sambar selalu! Tengok dan kaji gak dulu..gapo bendo hok najib ghoyak! Kadae2 najib ni dia kkecek padae mulut dok ssajo jah.... kelih gak mmolek, najib tabor makaenae ko taik? Ni gak positif sslalu...