Monday, August 17, 2015

Ahmad Said jadi mangsa 1MDB rupanya

TERDEDAH

Ahmadambil masa lama untuk jelas kebenaran.
[kemaskini] Salah sangka pada jangka. Masa Najib Razak pecat Ahmad Said sebagai MB Terengganu tidak lama dahulu semua orang kata Najib pandai dan tindakan betul memecat seorang MB yang nampak tidak berapa cerdik. Sebenarnya dari segi pencapaian kedua mereka lebih kurang sahaja.

Najib hanya bercerita dia pecat Ahmad Said kerana sudah cukup tempoh yang Ahmad akan jadi MB setahun sahaja, selepas dilantik semula. Kononnya mereka ada berjanji sedemikian?

Hari ini apabila timbul cerita 1MDB, baru orang tahu siapa yang lebih cerdik antara Ahmad Said dengan Najib. Siapa yang lebih ada kelas dan integriti di antara mereka berdua.

Pendedahan Ahmad Said dengan melafaz sumpah, Walahi, Wabilahi dan Wathalahi, yang mana cerita syarikat bernama TIA yang kemudian menjadi 1MDB hendak gandai telaga minyak di Terengganu bukan sesuatu yang disensikan, sebaliknya realiti baru yang membukakan minda orang ramai. Rahsia kini memecahkan tembelang siapa yang lebih bersih antara Najib dengan Ahmad.

Kata Ahmad Said kejadian itu benar, dan minyak Terengganu akan tergadai sekiranya Sultan Terengganu tidak masuk campur.

Pemecatan Ahmad Said sebagai MB beberapa hari ketika dia hendak berbewah kahwin anak itu dianggap satu kekejaman, dibuat bukan kerana tempoh janji Ahmad sudah cukup tetapi kerana dendam Najib kepada Ahmad atas integriti Ahmad dan mungkin juga "kegagalan" Ahmad kecek sultan agar setuju minyak Terengganu digadai sebagai modal 1MDB.

Menurut Ahmad, Sultan Terengganu mengarahnya agar tidak menerima cadangan 1MDB itu. Disinilah menyebabkan Najib marah dan berdendam dengan Ahmad sehinggakan bekas MB itu kena pecat.

Syabas kepada Ahmad kerana berani mendedahkan cerita sebenarnya. Rakyat akan bersama anda walaupun anda kini bukan lagi menjadi MB. Tidak ada guna jadi MB atau ada kuasa tetapi menjadi penjilat buntut. [wm.kl.1:33 pm 17/08/15]

No comments: