Tuesday, August 18, 2015

Misi berkorban di Aceh 1436/2015

PERHATIAN

Insya-Allah tahun ini saya akan meneruskan misi dan tradisi blog ini, Misi Korban sempena Aidi Adha. Tahun ini saya akan kembali semula ke Aceh Darussalam, setelah lap setahun lampau.

Gambar pelajar cuplikan dari Facebook saya.
Lokasi yang menjadi tumpuan kini ialah di sebuah dayah atau pasenteran di hujung banda Aceh.

Saya semacam berhutang janji dengan penguasa pasenteran berkenaan. Semasa mengunjungi pada November 2014, saya berjanji untuk melakukan korban di dayan ini bagi menjamu anak-anak sentrinya.

Sayang janji itu masih belum tertunai kerana ada halangan lain.

Apa merujakan saya mengenai pondok berkenaan ialah kesungguhan guru atau ustaznya dalam mendidik anak-anak seramai 100 orang sejak beberapa tahun lalu secara percuma. Kebanyakan sentrinya ialah mangsa Tsunami 11 tahun lalu. Pondok berkenaan tidak mengenakan apa-apa yuran dan ia diberikan pendidikan secara percuma (gratis).

Semasa saya mengunjungi ke pondok berkenaan bersama rombongan dari Kada Kelantan, terdapat 100 orang pelajar yang sedang mengikuti kelas agama dan tahfiz di pondok berkenaan. Ada yang menginap di dayah berkenaan dan ada yang berulang alik. Melihat wajah mereka dan persekitaran pembelajaran menjelaskan mereka dalam serba kedaifan.

Saya mengambil kesempatan disini mengimbaukan hajat saya ini kepada para penjegok blog Merah Tinta. Sesiapa yang ingin turut sama berpartisipasi, membantu atau melaksanakan korban Adha disana, sama ada untuk seekor lembu atau mengikut bahagi bahagian boleh hubungi saya. Penyertaan mungkin terhad.

Saya akan ke Aceh isnya-Allah pada tanggal 11 September nanti untuk urusan berkenaan. Atas kerjasama pembaca sekalian diucapkan terima kasih. Saya boleh dihubungi atau whatsaap menerusi nombor 0192336996 untuk keterangan lanjut, atau email: msomalaysia@gmail.com. [wm.kl.8:26 pm 18/08/15]
Post a Comment