Wednesday, August 26, 2015

Bukan sahaja Mahathir orang lain juga tak percaya Najib

POJOK PETANG

Tepat dan wajar kalau Dr Mahathir Mohamad masih meragui wang RM2.6 billion didakwa sebagai derma yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib Razak itu sebagai wang yang ada kena mengena dengan 1MDB dan bukan dari sumber lain.

Alasan Mahathir kerana wang itu terlalu banyak. Beliau yang pernah menjadi presiden Umno dan perdana menteri lebih dua dekad tentulah tahu sangat berapa jumlah yang pernah diterima olehnya dan juga Umno.

Apakah dunia luar lebih mengkagum Najib daripada Dr Mahathir?

Lagi pun ada "peling" (berbelit-belit) sikit berhubung wang berkenaan. Najib kata ia didermakan untuk Umno tetapi ahli, bahkan Majlis Tertinggi Umno tidak pernah diberi tahu. Muhyuddin Yassin yang menjadi timbalan presiden Umno juga tidak pernah diberi tahu.

Ekoran persembunyian itulah menyebabkan Muhyiddin mempertikaikan wang derma berkenaan sehinggakan membawa kepada tindakan beliau dipecat.

Keterangan dan penjelasan Zahid Hamidi kononnya wang itu dihulur oleh dermawa Arab Saudi kerana beberapa sebab juga sukar diterima, bukan sahaja oleh Dr Mahathir tetapi orang Umno kampung saya juga. Penjelasan Zahid bukan berasas tetapi lebih cuba menutup asap dan bau.

Kata Zahid kenapa Arab bermurah hati mendermakan kepada Malaysia ialah kerana Malaysia negara yang komited dalam berhadapan dengan gerakan IS sehingga mengubalkan undang-undang mengekang keganasan, Malaysia mengamalkan Islam wasatiyah dan ahlisunah wal jemaah dan Malaysia negara sedarhana walaupun rakyat berbilang kaum serta melaksanakan undang-undang Islam.

Cis. Malaysia melaksanakan undang-undang Islam apa Zahid kalau hendak sokong Hudud Kelantan pun berdolak dalik malam siang.

Zahid boleh memberi alasan sama ada ia benar atau direkacipta. Kalau benar ada dermawan Arab yang menghulurkan wang itu, Zahid perlu mendedahkan identitinya. Selagi identiti penderma itu disembunyi maka penjelasan Zahid itu samalah tarafnya dengan beberapa penjelasan yang beliau buat selama ini, kabur dan ghurup begitu sahaja.

Pengelapan identiti penderma itu menyebabkan keraguan yang tersimpul dalam kepala Mahathir bahawa wang itu ada kena mengena dengan wang 1MDB tetap akan diterima pakai. Jadi setakat ini umum menerima bahawa wang itu adalah berkaitan dana 1MDB. Kalau ia bukan wang 1MDB sudah tentu orang sudah tahu siapa si pemurah menghulurkan wang RM2.6 billion itu. [wm.kl.5:37 pm 26/08/15]
Pertama, Malaysia yang diterajui Umno dan BN mempunyai undang-undang mengekang keganasan kumpulan militan Negara Islam Syria dan Iraq (Isis).
"Kedua, Umno yang diterajui perdana menteri memperjuangkan Islam dan mengamalkan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.
"Dan yang ketiga, derma itu sebagai mengiktiraf Malaysia sebuah negara sederhana yang menjalankan hukum Islam biarpun terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum," katanya dilaporkan media 22 Ogos lalu. – 26 Ogos, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/rm2.6-bilion-bukan-derma-duit-1mdb-kata-dr-mahathir#sthash.vj1hLDKy.dpuf
Pertama, Malaysia yang diterajui Umno dan BN mempunyai undang-undang mengekang keganasan kumpulan militan Negara Islam Syria dan Iraq (Isis).
"Kedua, Umno yang diterajui perdana menteri memperjuangkan Islam dan mengamalkan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.
"Dan yang ketiga, derma itu sebagai mengiktiraf Malaysia sebuah negara sederhana yang menjalankan hukum Islam biarpun terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum," katanya dilaporkan media 22 Ogos lalu. – 26 Ogos, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/rm2.6-bilion-bukan-derma-duit-1mdb-kata-dr-mahathir#sthash.vj1hLDKy.dp

No comments: