Monday, August 17, 2015

Benarkah cerita Zahid ada orang nak guling kerajaan?

PERSOALAN

Ahmad Zahid Hamidi telah bersumpah akan mempertahankan kerajaan Mohd Najib Razak sehingga ke titisan darah terakhir dan akan menjamin tidak akan berlaku rampas kerajaan dari belakang. Wah, hebat wong Jawa si Wak Jahid ini.

Zahid selalu sangat suka mengeluarkan kata-kata hebat dan berapi-rapi laksana pejuang yang tidak lut ditikam, tidak hangus dibakar. Ada kalanya juga cakap-cakapnya persis orang yang menjual ubat sahaja. Ubatlahnya tak seberapa sangat tetapi goringannya panas menghangat sekali hingga mempesonakan banyak orang.

Kata-kata beraninya sampai biasa kecut perut bebudak dibuatnya. Tidak sekali Zahid mengeluarkan kata-kata merah begitu. Semasa zaman reformasi tatkala bersama Anwar Ibrahim, Zahid berkata lebih lancang dati itu. Katanya dalam menentang Dr Mahathir Mohamad ia sudah sampai ke tahap fisabililah.



Telinga saya masih ingat kata-kata Zahid itu di hadapan para pejuang reformasi dan juga pemuja Anwar di suatu tempat di Jalan Ipoh.

Bualan terbaharu Zahid, adalah kononnya ada orang dalam Umno yang hendak guling kerajaan Najib. Benarkah? Apa difahaminya terdapat 37 orang ahli parlimen Umno akan bergabung dengan ahli parlimen pembangkang dan membuat undi tidak percaya kepada Najib. Mereka akan memberi tahu speaker yang mereka mendapat majoriti 2/3 bagi tujuan itu. 

Mudah dan gampang bunyi ceritanya. Kata Zahid beliau sudah mengenal pasti orang menjadi dalang mengaturkan strategi itu, dan kononnya orang yang merancangnya itu dapat disekat. Kononnya atas usahanya orang itu sempat sedarkan diri dan telah mengaku akan kesilapannya, dan minta maaf kepada Najib. Makanya rancangan hendak mengadakan undi tidak percaya gagal. Haha... macam wayang gedek di tanah Wonobo di Jawa Timur pula bunyinya. 

Begitu mudah sekali. Apakah kalau benar, rancangan itu bebudak yang masih berhingus? Atau ianya tidak wujud sama sekali? Iya.. hanya cerita yang direkayasa begitu sekali untuk kelihatan menarik dan menunjukkan kesetiaan laksana Tuah kepada Sultan Melaka si Zahid ini ini kepada Najib dan menjaga kekuasaan suami Rosmah itu. 

Zahid ini penuh dengan cerita retorik dan cerita menggambarkan akan kehebatan dan keberaniannya. Zahid sebenarnya banyak simpul dari tali. Soal sumpah dan janji ini perkara biasa bagi Zahid Hamidi. Berani bersumpah tetapi pengecut untuk lekasanakannya. Saya dan rakan-rakannya (sebahagian semasa dalam Pemuda Umno) yang lain ada pengalaman tentang Zahid ini. Zahid bukan sedia berjuang ketitisan darah terakhir, tetapi syid juga dia pernah ucapkan. 

Zahid bukan berani sebenarnya tetapi pengecut. Dia laksanakan anak sungai di jeram yang binyinya deras dan kuat tetapi airnya setakat buku lali sahaja. 

Untuk melihat karektor Zahid, cuba selak dan perhatikan beberapa kenyataan dikeluarkannya sebelum ini. Banyak bersifat provokasi, hendak menunjuk-nunjuk kehebatannya daripada hakikat sebenarnya. Zahid adakalanya bersikap lebih sudu dari kuah. Kenyataan Zahid indah macam pelangi dan berani macam rimau.

Patang ada sesuatu yang mencabar kedudukan Melayu, agama dan dirinya, dia akan membidas dengan kenyataan, yang berupa amaran. Semua itu dilakukan untuk menunjuk-nunjuk. Toh, tidakan tidak ada apa-apa pun. Janji Zahid selalunya tinggal janji dan sudah jadi janji pelacur atau penangih dadah yang berjanji tidak mahu menangih, tetapi pantang berbau dadah akan dihidunya. 

Satu masa apabila orang pertikaikan Zahid ke Makkah dengan menaiki prive jet, dia berjanji akan mendedahkan tuan punya private jet berkenaan. Berminggu dan berbulan malahan bertahun orang menunggu dia melaksanakan kata-katanya, tetapi sia-sia. Keberanian Zahid hanya sekerat hari sahaja.

Sehingga ke hari ini dia tidak menunaikan janjinya. Mulanya bukan main nampak bersungguh dan telusnya Zahid seolah-olah dia tidak gentar kepada sesiapa. Seolah-olah dia tidak pernah tersadung penyelewengan dan salah guna kuasa. Akhirnya janji itu lenyap begitu sahaja. Di sini bukan soal jet itu yang besar, tetapi janji yang dilafazkan itu ditunggu orang. Seorang pemimpin, penghormatan orang kepadanya ialah ketegasan dan tepat dalam berjanji.

Semasa jadi Menteri Pertahanan dia mendakwa peristiwa pencerobohan di Lahad Datu turut melibatkan pemimpin pembangkang. Zahid tuduh pemimpin pembangkan menjadi dalang. Sampai ke hari ini beliau tidak umum siapa pemimpin pembangkang itu, dan pemimpin itu tidak pun didakwa? Kalau dengar cakapnya seolah-olah semua bukti sudah ada dalam tangannya.

Berdasarkan kepada kisah-kisah itu cerita Zahid kononnya ada orang hendak gulingkan kerajaan itu, hanya retorik sahaja. Ia adalah cerita sebelum bobot. Sebuah plot yang dibuat khusus untuk kepentingan dirinya. Ia juga mungkin pelan atau strategi untuk menampakkan dia pembela Najib nombor satu. Dalam pada itu seperti mana kata sdr Aspan Alias, Zahid sebenarnya takut dengan bayang-bayangnya sendiri. 

Zahid tahu dia berada di tempat hari ini, selaku Timbalan Perdana Menteri adalah hasil permainan licit politik munafiknya. Zahid terkenal orang yang berkepala tujuh dalam politik. Seorang yang tidak berprinsip dan boleh hidup dalam serba keadaan. Zahid memiliki sifat Chemeleon yang akan bertukar rupa dan warna mengikut keadaan dan iklim. 

Bagi saya tidak mustahil antara orang yang menasihati Najib agar memecet Muhyiddin Yassin adalah Zahid Hamidi. Tengoklah hari ini macam mana dia cuba mengambil hati dan membodek Muhyiddin dengan menafikan Muhyiddin tidak terlibat dengan suaha menggulingkan Najib. 

Satu masa dia bersama Anwar Ibrahim. Selepas mengocak canang dan memalu gong perang dalam kumpulan Anwar dia melarikan diri bersama Dr Mahathir Mohamad. Dalam bersama Mahathir dia bersama Najib dan juga menjadi penjilat Abdullah Ahmad Badawi. Apabila Abdullah diserang oleh Najib dan ketika Abdullah hendak karam dia melompat ke dalam kapal Najib. Zahid sebenarnya bukan seorang sahabat sehidup semati tetapi politician penuh hipokrasi.

Orang mengenali Zahid tidak akan berasa hairan dengan keletahnya itu. Kebolehan Zahid bukan kemampuan mentadbir, mengurus dan berfikir, tetapi melakukan penyamaran dan modal besarnya ampu dan bodek. Malaysia belum pernah melahirkan seorang bertaraf TPM yang darjah bodek dan ampuknya setinggi Zahid. Karektor Zahid mengenalkan dia sebagai seorang komodian politik bukan pakar politik. 

Justeru saya tidak percaya apa yang kononnya didedahkan Zahid itu, ada orang hendak jatuhkan Najib menerusi undi tidak percaya. Apa lagi kalau yang merancangnya adalah dikalangan ahli MP Umno. Mereka tidak mungkin akan berpaling tadah menjatuhkan Najib kerana semuanya sudah kenyang. 

RM2.6 billion yang disonglap masuk ke dalam akaun Najib adalah wang upahan kepada pemimpin Umno untuk mengkultuskannya sebagai pemimpin yang bersih. Wang itulah yang mungkin digunakan untuk membeli sokongan kepada Najib dan membeli gebar untuk menutup mata mereka agar tidak nampak kebusukan Najib. Juga membeli kapas untuk disumbat ke dalam hidung agar kebusukan tidak berbau. 

Najib tidak perlu takut dengan pendedahan Zahid itu kononnya ada orang hendak jalankan undi tidak percaya kepada kamu. Iya tidak akan menjadi kenyataan. Pembangkang sendiri tidak cukup bilangan untuk berbuat demikian. Dan sesuatu yang Najib perlu berasa lega juga kerana sebilangan besar ahli parlimen Pas tidak akan bersekongkol dengan pembangkang untuk menjatuhkannya.

Bukankah presiden parti itu sudah memberi jaminan?

Najib hanya akan jatuh apabila rakyat bangkit menentang dan mendesaknya. [wm.kl.11:24 am 17/08/15]

No comments: