KEJUTAN SORE
Hari ini di mahkamah Nallakaruppan a/l Solaimalai telah mengakui yang dia tidak pernah mengatakan Anwar Ibrahim menerima wang daripada syarikat judi (Magnum) sebanyak RM60 juta.
Kata Nallakaruppan, kenyataan itu diputar belit oleh Utusan Malaysia dan Sinar Harian.
Nallakaruppan membuat kenyataan mengejutkan itu ketika diasak oleh Anwar dalam mahkamah semasa perbicaraan saman Anwar RM100 juta kepada bekas rakan tenisnya itu. Anwar bertindak menjadi peguam belanya sendiri.
Semasa ditanya oleh Anwar apakah dia (Nalla) menyedari kenyataan bohongnya itu telah dijadikan afidavit yang dibuat oleh SAC II Musa Hassan yang kemudian menjadi Ketua Polis Negara, Nallakaruppan mengatakan dia tidak tahu.
Ekoran pengakuan Nallakaruppan itu Anwar menarik balik saman RM100 juta itu. Penarikan balik saman itu menunjukkan tokoh reformasi itu berhati mulia dan penyamanan terhadap Nallakaruppan bukan bermotif komersil tetapi mahukan kebenaran terdedah dan fitnah yang membalutinya terhurai. Lebih 15 tahun fitnah itu mengeliling diri bekas TPM itu.
Hajat Anwar itu berjaya apabila Nallakaruppan menafikan apa yang didakwanya sebelum ini.
Kenyataan dan pengakuan Nallakaruppan itu membuka sudut perbincangan baharu, apakah sesuatu afidavit yang dibuat dari kenyataan yang tidak wujud, sah untuk menyebabkan seseorang didakwa? Musa Hassan yang kini sudah bersara dari PDRM, perlu menjawab dan bertanggungjawab terhadap apa yang diperkatakan Nallakaruppan hari ini.
Kesimpulannya apa yang dilakukan ke atas Anwar sebelum ini adalah benar ia konspirasi politik yang jelek untuk memusnahkan kerjaya politiknya.
Dr Mahathir Mohamad yang menjadi PM ketika itu perlu memohon maaf atas kekhilafan itu dan masa untuk beliau berbuat begitu masih ada. Sebaik-baik apologetik yang perlu dilakukan Mahathir ialah berusaha membebaskan Anwar menerusi Deklarasi Rakyat yang sedang digerakkan kini. [wm.kl.7:11 pm 22/03/16]
5 comments:
Saya pegang pada nasihat aruah bapa saya dari tahun 60'an bila "diantara orang India dengan ular pukulorang India dulu". Karuppan kawan DSAI ( dok main tennis skali) dia tunggu 15 tahun tahun baru nak nafikan? Dasar orang India.
Berani kerana benar......
Ape yg DSAI buat adalah contoh yg terbaik bagi orang yg memahami ugama lslam memaafkn sesama manusia .kerana plitik nk kn kuasa manusia sanggup buat ape sje.tun M ada silspnye di sini.
Saya berpegang kepada nasihat nenek moyang saya bahawa jangan sesekali dalam hidup percaya melayu kerana ia adalah bangsa yang suka tikam belakang walaupun berapa banyak baik dibuat terhadap mereke..
Kenapa anwar tarik saman fitnah 200 juta??
sebaiknya jangan kita suka mengata kepada bangsa lain..Agama Islam melarang umatnya membenci kepada bangsa lain...hanya segelintir buat salah takkan rosak susu sebelanga...bangsa melayu pun ada juga yang putar alam...
Post a Comment