Wednesday, March 23, 2016
Saya tak percaya kalau Zeti bersara bukan kerana tekanan politik
HANYA TAFSIR
Gabenor Bank Negara Zati Aktar Aziz tidak mahu mengheret institusi kewangan yang dijaganya dalam kancah politik walaupun rakyat memerlukan penjelasan secara telus daripada pihaknya berhubung dengan beberapa status kewangan yang diragui termasuk transaksi kewangan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Mohd Najib Razak.
Mengenai kemasukan wang dana RM2.6 billion ke dalam akaun Najib secara logik dan perundangan kewangan (bank), Zeti mesti mengetahuinya, dan beliau arif apakah kemasukan itu halal atau pun tidak mengikut prosuder kewangan dan bentuk-bentuk tindakan yang boleh dikenakan di bawah Akta Bank.
Begitu juga dengan status kewangan 1MDB yang dikatakan telah dipungut balik oleh syarikat pelaburan kerajaan itu dan ia disimpan dalam bank di Singapura yang menjadi kontroversi. Zeti sebagai Gabenur perlu menjawab kerana tindakan 1MDB itu telah menjatuhkan imejnya sebagai Gabenor bank pusat itu. Apabila syarikat kerajaan lebih menyakini untuk simpan wang dengan jumlah begitu banyak di Singapura bukan dalam bank milik negara ia memalukan Gabenor Bank Negara. Satu penghinaan kepada Zeti sendiri.
Bedasarkan perkara itu sudah cukup untuk Zeti Aktar menjawab dan menjelaskan kedudukanya tanpa mempedulikan reputasi orang lain untuk menjaga reputasinya. Tetapi, tidak begitu dengan Zeti. Beliau tidak sedia untuk mengaitkan Bank Negara dengan mana-mana politik berkepentingan. Kalau beliau menjelas dengan benar, pasti ia memberi persepsi lain rakyat kepada Najib terutamanya hatta menyebabkan kedudukan Najib makin goyah dan makin membusuk.
Begitu juga dengan pengakuan Muhyiddin Yassin bekas TPM yang baru dipecat itu, katanya dia mendapat penjelasan daripada Zeti mengenai perkara itu, tetapi dinafikan oleh Zeti penuh diplomasi dengan memberi tahu dia tidak pernah pun bebincang dengan Muhyiddin mengenai perkara itu apa lagi membawa apa-apa dokumen, tunjuk kepada Muhyiddin. Zeti menjelaskan akan etikanya sebagai seorang Gabenor dijaga seutuhnya. Begitulah sikap seorang yang berintegriti tinggi.
Zeti juga dalam menyelamatkan dirinya dan reputasi Bank Negara mengakui tidak ditekan oleh mana-mana pihak untuk bersara April ini. Katanya misinya di bank pusat itu sudah selesai? Kenyataan ini meragukan dan seolah-olah ia satu kenyataan tidak ikhlas, apakah masalah 1MDB itu sudah selesai dengan tuntasnya sedangkan ia masih dipertikai hingga kini. Sebelum ini wujud percanggahan kenyataannya tentang itu antara beliau dengan Peguam Negara. Peguam Negara secara terang menolak analisa atau kenyataan Bank Negara. Dalam kata lain tidak percayai kepada Zeti.
Justeru saya tidak percaya dan rakyat juga tidak percaya kalau persaraan, atau keengganan beliau menyambung setahun lagi kontrak sebagai Gabenur Bank Negara bukan kerana tidak ditekan oleh politik. Saya yakin Zeti enggan berbolot dengan politik dan tidak aman baginya kalau Bank Negara sudah dipengaruhi kuasa politik.
Adalah sayang kalau Zeti mengambil keputusan itu sanggup meninggalkan Bank Negara kerana tekanan politik dalam keadaan negara dan rakyat memerlukan seorang Gabenor yang didikasi seperti beliau yang telah berjaya meletakkan Bank Negara di mata dunia dan mencapai banyak kecemerlangan bertaraf dunia yang membanggakan. Secara peribadi Zeti sendiri mencapai beberapa pengikhtirafan dunia dan gabenur bank wanita yang hebat.
Berdasarkan kepada isu yang mengaitkan Bank Negara tadi, Zeti sangat bersikap profesionalisme, adil dan tidak suka menjadi dan dijadi keldai oleh mana-mana kepentiungan politik. Kenyataan dia bahawa dia tidak ditekan itu adalah satu jawaban yang penuh diplomasi dan sukar untuk diterima bagi menunjukkan orang politik khasnya Najib baik.
Ini saya dasarkan apa yang berlaku kepada ayahnya Prof Diraja Ungku Aziz Ungku Abdul Hamid. Saya masih ingat apa dialami oleh bapaknya Ungku Aziz yang ketika itu memimpin Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa). Satu masa kedudukan Ungku Aziz hendak dicabar oleh salah seorang pemimpin koperasi itu. Ungku Aziz memanggil sidang akhbar menyatakan dia mahu mempertahankan kedudukannya itu. Saya hadir buat pertama kali dalam sidang akhbarnya.
Saya memberi sokongan kepada keputusannya itu agar terus memimpin Angkasa. (Ada saya masukkan dalam blog ini).
Disebabkan yang hendak menentangnya ahli politik maka gerakan menekan Pak Ungku secara politik dilakukan. Calon yang hendak menentangnya buat gerakan dan kempen ala-ala Umno atur makan malam dan sebagainya. Perlawanan dan semangat sudah melencung dari budaya koperasi.
Menyedari itu Pak Ungku menarik balik hasratnya untuk mempertahankan jawatan itu. Alasannya tidak payah saya sebut di sini. Fahamlah sendiri. Pak Ungku seorang "ahlul albab" yang sangat mementingkan soal integriti, keadilan dan berfikir serta bertindak penuh rasional.
Saya mengira kenapa Zeti enggan disambung kontraknya, dan membuat pernyataan dia tidak ditekan oleh politik (konon), ialah kerana tidak mahu menerima senario yang pernah diterima oleh bapaknya. Keputusan dan pernyatan Zeti adalah baik baginya walaupun rakyat sedikit terkilan. Mungkin juga dia dinasihat oleh bapaknya agar jangan terbabit dengan political game yang cuba mencemarkan Bank Negara yang boleh menyerabutkan dia. [wm.kl.8:28 pm 23/03/16]
Labels:
Zedti Aktar Aziz
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment