Wednesday, March 9, 2016

Alahai politik orang Terengganu

SENDA PAGI

Semalam sidang DUN Terengganu kecoh apabila bekas MB Ahmad Said telah mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap MB sekarang ini Ahmad Razif. Kekecohan itu katanya sampai speaker lari meninggalkan kerusi kerana enggan layan usul dikemukakan Ahmad Said. Bagiamana pun usul berkenaan ditolak spekaer selepas ia disambung semula di sebelah petang. Jadi usul berkenaan tidak dibahas dan Ahmad Razif tidak jatuh sebagai MB.

Menurut speaker penolakan usul itu ada alasan tersendiri dan ia tidak disenangi oleh bekas MB.

Lucu melihat telatah sidang DUN Terengganu dan juga cara Ahmad Said membawa usul undi tidak percaya itu. Beliau katanya marah dan kecewa dengan penolakan usul berkenaan dan tidak berpuas hati dengan tindakan speaker. Ahmad membawa usul itu dengan mengambil contoh apa yang berlaku sebelum ini (percedent) pada tahun 1961, di mana usul menjatuhkan MB daripada Pas, Daud Samad pernah dibuat, dan MB Pas itu jatuh.


Sebenarnya kalau Ahmad memahami politik dan kerenahnya, apa yang berlaku dulu tidak boleh dijadikan sempadan. Yang hendak dijatuhkan dahulu adalah MB Pas, dan yang hendak dijatuhkan kini MB Umno. Umno menjadi kerajaan di Malaysia. Soal keadilan, demokrasi dan integriti bukan menjadi perkiraan Umno.

Ahmad seharusnya menyedari perkara ini. Kalau pun usul yang dibuat itu memenuhi kehendak perlembagaan ia tetap akan dihalang oleh speaker. Apa yang berlaku di Dewan Rakyat bagaimana speaker menangani usul dan cadangan pembangkang menjelaskan pendirian dan sikap berat sebelah.

Itu satu hal, hal lain apakah Ahmad sudah membuat homework lengkap mengenai usul yang dibawa itu. Apakah kalau usul itu diterima untuk dibahaskan ia mencapai sasarannya. Apakah Adun Pas yang diketaui oleh Abdul Hadi Awang sedia untuk menyokong? Kalau Ahmad dan beberapa kerat Adun Umno sahaja ia tidak merebahkan Ahmad Said.

Ahmad Said juga tidak boleh berharap kepada orang-orang yang bersama dengannya semasa memimpin kerajaan dahulu. Dulu mereka mungkin sedia setia kerana beliau MB, tetapi hari ini selepas menggangur atau jadi pemancing siapa nak hormat lagi. Jangan hendak sokong nak tegur dan ajak minum pun liat. Jadi kerja-kerja dilakukan Mat Said itu buang masa sahaja.

Ia mencemarkan tangan sahaja. Pemerhati politik tahu tindakan itu untuk mengubankan Umno Terengganu, tetapi ia tidak berbaloi.

Ibarat kata beliau cuba hendak kubang tahi biar Umno Terengganu busuk, tetapi tidak menjadi. Yang busuk dan kohong kini adalah Mat Said bersendirian. Cara Mat Said itu tidak profesional langsung. Tidak tentu fasal beliau kena bersih juburnya sendiri.

Mengenangkan ini teringat juga saya macam mana cara orang-orang Pas Terengganu bermain politik. Klu klik macam ikan keli dalam besen. Orang Pas Terengganu sama sahaja dengan Mat Said. Boleh diperhatikan, kemajuan dan kegagalannya. Kenapa Pas Terengganu masih berada ditakak lama kerana begitulah cara orang Pas berpolitik. Surung tarik, macam perahu layar.

Ada benarnya juga kata Azalina Othman Said, tindakan Mat Said itu adalah tindakan orang gila talak. Tetapi Azalina juga patut renung ke dalam dirinya. Masa dia dipecat menjadi menteri, dia juga dihinggapi penyakit gila talak macam Mat Said. Kalau tidak gila talak dan meroyan, tidak mungkin Azalina boleh dilantik semula jadi menteri. Dalam politik ada kalanya kena jadi tolol dan gila.

Kisah beli beg tangan berharga RM40,000 untuk dihadiah kepada Rosmah seperti dituturkan kepada saya masih kemen dalam ingatan saya. Apakah Azalina telah menghadiahkan beg tangan berkali ganda daripada harta itu kepada Rosmah maka dia dilantik menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri?

Jangan jual ubat kudis kalau kita penuh dengan panau dan birat. [wm.kl.9:33 am 09/03/16]


No comments: