CATATAN KHAS
Prolog: 27 Mac akan berlangsung Kongres Rakyat di Shah Alam Selangor. Kongres itu bertolak daripada Deklarasi Rakyat yang ditandatangan 4 Mac lalu bertujuan menggerakkan rakyat untuk menyingkirkan Najib Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia, demi menyelamatkan Malaysia.
Saya bercadang untuk menghadirinya. Dan sekiranya saya berpeluang untuk berucap, maka inilah rengkasan teks ucapan saya:
Presiden pertama Indonesia Sukarno tidak pernah dilihat baik dan berbudi besar kepada negaranya oleh para penentang dan pembencinya. Bung Karno dilumur dengan sejuta warna huduh dan cemar, dituduh sebagai anti Islam, membawa agama baharu, pluralisme, apabila beliau merangkumkan tiga elemen; nasionalisme, agama dan komunisme menjadi NASAKOM sebagai landasan atau konsep Pancasila yang yang digagasnya.
Cantuman elemen idea yang idealis itu bagi menyatupadukan tiga fahaman atau ideologi terbesar bangsa Indonesia. Sukarno seorang yang berani membuat percubaan dalam perjuangan dan sanggup berdepan dengan kritikan.
Dari "geragang" petrotisme, beliau dituduh bersekongkol dengan Jepun untuk membebaskan Indoneisa, bagi menggambarkan Bung Karno seorang pejuang yang munafik. Sedangkan kalau benar begitu, tindakan itu adalah untuk Indonesia juga. Segala sangkaan itu dipegang hanya kepada sepatah kata ucapan beliau yang berbunyi; "berterima kasih kepada Jepun" dalam satu rapat umum sesudah Indonesia mencapai kemerdekaan.
Terima kasih itu kerana atas kelicitannya menyebabkan Jepun cepat mengakhiri penjajahan dan membantu Indonesia menyingkirkan penjajah Belanda.
Tidak ramai yang mengerti helah-tujuan Sukarno itu adalah untuk memastikan Indonesia tidak terus diinjak-injak dan dijajah oleh kolonailisme. Mungkin bagi Sukarno beliau berfikir Jepun lebih baik daripada bangsa Eropah kerana Jepun satu benua dengan Indonesia, Asia Tenggara yang lebih memahami hati budi warga Asia dan mengenali wajah muka buminya.
Mungkin juga Sukarno mempunyai idea dan muslihat lain, bahawa penjajah tidak akan mundur kalau hanya berbekal dengan semangat rakyat semata-mata tanpa ada kolaborasi dengan pihak-pihak lain penuh dengan tektikal dan strategis. Maka itu beliau berbuat baik dengan Jepun, sambil menyelam minum air, dengan harapan Jepun menjadi pemangkin perjuangan bangsa Indonesia membebaskan diri dari kuasa besar lain termasuk Amerika yang sedang mara menguasai Indo China pada ketika itu.
Sebaliknya tektik dan politik Sukarno itu diambil peluang dan dicungkil tafsiran dari sudut negatif (agama konsevertif) untuk menjatuhkannya. Mazhab agama konservetif ini yang tidak mahu berkongsi hidup secara progresif dengan orang lain, sangat merbahaya. Rakyat naif politik menerima olohan itu tanpa mengetahui muslihatnya dan membuat taksiran disebalik itu. Kedangakalan memahami politik inilah menyebabkan mereka (agamanisme) terkena duri di belakang dan onak di depan pada setia masa.
Berangkat dari situlah dengan ditunggangi amarah besar orang-orang menjadi gunting dalam lipatan yang ingin berkuasa menganjurkan satau gerakan, Gerakan 30 September (G30S) yang berakhirnya dengan tragedi berdarah, dimana tujuh Jeneral terkorban. Tragedi itu dikaitkan dengan kekejaman PKI yang difitnahkan didokong oleh Sukarno. Gerakan itu adalah plot licit yang dimainkan oleh CIA yang geram dengan Sukarno.
Dengan plot itu Sukarno terhukum dan hilang kuasa. Naiklah Suharto sebagai presiden, yang dikatakan sebenarnya berada di belakang G30S itu? Sampai hari ini keabsahan angkara siapa tragedi itu masih didebatkan, saat kedua orang yang terkait dengan gerakan itu sudah meninggal. Iktibar dan ibrah yang boleh diambil ialah bahawa politik itu akan sampai ke tahap sezalim dan sekejam itu tanpa mengira kawan dan lawan.
Bagi bangsa Indonesia, Sukarno ada dua wajah yang disuluh dan tercatat dalam sejarah Indonesia; hitam dan putih. Yang hitam tetap melihatnya bagaikan arang yang tidak ada setitik pun calar putih. Pandangan itu dari mata hati yang naif dan jahil tentang apa itu erti politik dan siasah. Manakala yang putih disorot oleh mata hati yang memahami strategi politik dan mempercayai seseorang pemimpin yang jujur dan ikhlas itu tidak akan sesekali mengkhianati bangsa dan negaranya.
Langkah Sukarno itu menjadi polimek berpanjangan, di antara dua kumpulan yang setia dan memahami hasrat presiden pertama Indonesia itu dengan penentangnya mereka yang cemburu dan ingin berkuasa cepat dan lapar kedudukan.
Selepas 47 tahun ketidaannya, setelah Indonesia bertukar regim pemerintah, setelah penggantinya semakin rakus, rakyat tertindas dengan pelbagai masalah, sementara pemimpin pula galak dengan agenda kronisme dan nepotisme, mengumpul kekayaan sedangkan rakyat melarat dan merana, baharu orang teringat kepada Sukarno. Ingat kepada Sukarno setelah mengenali hakikat presiden itu yang selepas kematiannya tidak meninggal apa-apa kekayaan hatta sebuah rumah pun.
Baru bangsa Indonesia membaca kisah hidupnya yang sangat sedarhana dan memilukan, memakai uniform keperesidenannya yang dibayai pemerintah hanya dua helai tanpa bertukar kesekian tahun. Kisah ini menyedarkan bangsa Indonesia akan kesedarhanan dan kezuhudan presiden mereka.
KONGRES RAKYAT
Hari ini 27 Mac, Kongres Rakyat ini diadakan dan ia merupakan satu sejarah buat Malaysia. Di sini ingin saya menarik perhatian dengan mengaitkan apa yang pernah dilakukan Sukarno itu. Kecanggihan daya fikir politiknya yang melangkau daerah dan sempadan, tidak melihat warna kulit dan memisahkan idealisme dan idealogi demi keamanan dan kekuatan telah memanggil satu sidang besar untuk persepakatan bersama, yang dinamakan konperensi Asia-Afrika di Bandung pada 18-24 April 1955.
Sukarno bukan memikir soal hidup mati, dan perlindungan ratusan juta rakyatnya ketika itu yang bertebaran di lebih 30,000 buah pulau, tetapi dia berfikir nasib dunia luar juga, benua Asia dan Afrika yang baharu terlepas daripada kekuasan kolonailisme dan imperialisme. Perjuangannya tidak terbatas dalam tempurung kedesaannya semata, tetapi melangkau benua luas. Komitmen beliau ini sesuai dengan firman Allah yang bermaksud; Aku jadikan manusia ini untuk menjadi khalifah. Tuhan tidak menyebut khalifah itu hanya terbatas di mana tempat tebuninya dikambus sahaja, tetapi luas.
Berbicara soal kecanggihan, keberanian dan keperihatian seorang Sukarno, jaga dalam rangka mencipta empayar Melayu Raya dan mahu muncul sebagai tokoh besar Asia, juga dalam usahanya untuk menyatukan negara-negara bekas jajahan di Asia-Afrika (sekurang-kurang dalam bentuk spiritual) macam mana beliau menganjurkan konperensi Asia - Afrika tersebut.
Konperensi atau persidangan itu bukan membentuk kuasa ketenteran tetapi membuka dan merangka kerjasama dalam bidang ekonomi dan kebudayaan. Membentuk kekuatan material dan identiti tersendiri sebagai bangsa satu rantau Asia - Afrika yang bekeperibadian.
Inilah kejayaan dan komitmen serta pancarann pemikiran dan gagasan besar Sukarno. Ia menjadi sejarah yang tidak pernah dilupa oleh bukan sahaja bangsa Asia - Afrika, tetapi dunia seluruhnya. Menjadi perhatian kuasa-kuasa kolonailisme dan imperialisme seperti Amerika, Sovite Russia dan imperialisme lain ketika itu.
Gagasan dan pemikiran beliau ingin negara-negara bekas jajahan itu bersatu membebaskan diri bagi mengelakkan dijajah sekali lagi atau diperkotak katik oleh kuasa besar. Selagi tidak ada kesatuan besar, persepakatan dan jabatan tangan sebegitu, imperialisme dan kolonailisme tidak akan terhapus dan terus menjajah dan menginjak-injak negara kecil menjadi hamba abadi dan meratah segala kekayaan dimilik negara.
Penyatuan yang dibuat oleh Sukarno itu melewati segala fahaman, isme, ideologi, warna kulit dan anutan agama. Beliau telah menyatukan pelbagai semangat, nasionalisme, kapatilsme, sosialisme; Islam, Kristianisme, Budhaisme, Hindusime, Shitonisme, Shiknisme dan sebagainya. Ternyata dengan ada keberanian untuk berhimpun dan membelakangkan sentimen peribadi dan puak, maka himpunan, konperensi itu berjaya. Sebanyak 29 buah negara hadir termasuk Malaysia sebagai pemerhati. Malaysia menjadi pemerhati kerana belium bebas dari British.
Maka atas gagasan tersebut beliau merancang dan memanggil sidang berkenaan. Ia satu keberanian dan pandangan jauh serta sikap futuristik seorang pemimpin. Sukarno telah menyatakan kepentingan bersatunya negara-negara berkenaan. Semasa membuka konperensi itu beliau menyampaikan ucapan penuh bersemangat dan gagah berani mendapat tepukan gemuruh para hadirin. Satu barisan ucapan beliau yang amat terkesan;
Di bawah Matahari-Terbit, manakala Liong Barongsai dari Tiongkok bekerjasama dengan Gajah-Putih dari Muang Thai, dengan Karibu dari Filipina, dengan Burung Merak dari Burma, dengan Lembu Nandi dari India, dengan Ular Hydra dari Vietnam, dan sekarang… dengan Banteng dari Indonesia, maka Imperialisme akan hancur-lebur dari permukaan benua kita!”
Frasa ucapan ini mengesankan bagaimana Sukarno menarik perhatian negara-negara peserta agar bersatu antara satu sama lain. Beliau mengambil lambang dan ikon negara berkenaan dari makhluk haiwan sebagai simbol kekuatan untuk bersatu. Baginya ikon itu adalah lambang kekuatan, kegagahan yang membentuk negara berkenaan secara semulajadi. Dan kalau kekuatan dan kuasa itu dibentuk, (haiwan), dimana mahluk yang kuat dan gagah, setia dan patuh nescaya iltizam untuk menghalau imperialisme akan berjaya. Inilah kehebatan dan dalamnya mata hati Sukarno.
Sejarah kehebatan dan "monumen" politik Sukarno ada gunanya buat kita hayati dan mempelajarinya.
Nah, hari ini Kongres Rakyat umpama konperensi Asia - Afrika itu yang membuka satu dimensi baharu politik di Malaysia. Buat pertama kali semua parti-parti politik pembangkang (kecuali Pas), semua entiti dan individu dalam NGO, profesionalisme, mahasiswa dan agama bersatu dalam satu dewan untuk menyatakan kebencian kepada Najib.
Mereka masing-masing lupa sentimen, lupa kepada pergaduhan, lupa kepada perbezaan ideologi, dan lupa segala-galanya untuk menghala kepada satu tujuan dan matlmat penuh iltizam untuk menjatuhkan Najib yang laksana sebuah regim, yang boleh dianggap neo-imperialisme yang sedang mengancam negara ini.
Barangkali persis sidang Asia - Afrika di Bandung itu juga Kongres Rakyat hari ini akan diingat dan dikenang. Seperti mana konperensi di Bandung itu Sukarno dan negara-negara peserta diingat, begitulah juga nanti Dr Mahathir dan setiap tokoh yang hadir nanti akan dikenang. Kongres Rakyat ini dipersenda-senda oleh orang di sebelah sana, dan ia diketawakan oleh para "pendolor" Najib, tetapi percaya dan yakinlah ia pasti akan menjadi satu lagi intri dalam buku sejarah Malaysia.
Dr Mahathir dan setiap yang hadir dalam Kongres ini akan dibenci dan dipolot dengan berbagai-bagai kata dan konotasi buruk, tetapi sesudah ia berjaya nanti, sesudah Najib jatuh terlentang dan sebuah kerajaan baharu dibentuk dengan sistem pemerintahan yang total berubah, bukan sahaja Dr Mahathir bahkan semua orang terlibat dengan kongres ini akan dikenang dan disanjung.
Nasib Dr Mahathir dengan gerakan ini sama busuk dengan Anwar Ibrahim di mata pihak sebelah sana. Anwar dicemuh sebelum ini dipalu dengan berbagai-bagai kata. Bahkan Dr Mahathir sendiri bersubahat besar dalam memburuk-burukkan Anwar yang ingin melakari perubahan. Tertakdir dengan kesedaran baharu, keinsafan dan perubahan fikiran, (atas kehendak Ilahi jua) apabila terkena ke atas batang hidungnya, baharu Dr Mahathir sedar apa yang dilakukan sebelum ini, dia tersilap besar. Rupanya dia memelihara "anak musang" di hutan manakala "anak harimau kumbang" yang dijinaknya dipenjarakan.
Biarlah apa yang berlaku itu sudah berlaku. Semua orang kena insaf dan memahami erti kehidupan dan kerenah sebuah jihad menerusi politik. Kongres hari ini diharap menetes resolusi bukan sahaja Najib perlu dijatuhakn segera, tetapi juga harus berikrar dengan penuh sedar bahawa setelah Najib tidak lagi menjadi PM, tempat itulah biarlah ia diganti dengan Anwar Ibrahim. Kongres hari ini hendaklah meletakkan agenda membebaskan Anwar di tapak teratas.
Bagi Dr Mahathir pembebasan Anwar adalah sebagai penebusan dosa atas kekhilafan beliau memenjarakan Anwar sebelum ini dimana sunah beliau itu diteruskan oleh Najib. Kemenangan itu dicapai kalau semua orang kembali kepada ketakwaan dan keimanan. Dan keberdosaan Dr Mahathir kepada rakyat yang menyayang Anwar juga akan terhapus.
Selamat berkongres, sekian.
Wangsa Melawati, Kuala Lumpur,
25 Mac 2016. [wm.kl 12:16 t/hari 25/03/16]
No comments:
Post a Comment