Tiga perkara menjadi intipati deklarasi Anti Najib Selamatkan Malaysia yang dipersetujui dan telah ditanda tangani untuk diakur oleh Najib Razak.
a) Penyingkiran Najib Razak sebagai perdana menteri menerusi saluran aman dan menurut undang-undang yang dibenarkan.
b) Singkir semua orang yang bersekongkol dengan Najib.
c) Memansuhkan semua undang-undang dan perjanjian baru yang dibuat tidak selari dengan perlembagaan persekutuan yang melemahkan polisi terpilih.
d) Memulihkan integriti yang telah dilemahkan seperti Polis, Bank Negara dan PAC.
Deklarasi hari ini adalah suara rakyat Malaysia yang tujuan utamanya untuk singkir Najib. Deklarasi petang ini menurut Dr Mahathir tidak bersangkutan dengan kempen untuk membebaskan Anwar Ibrahim. Deklarasi ini juga bukan satu pakatan pembangkiang tetapi ia adalah suara rakyat Malaysia.
Deklarasi ini juga tidak menamakan sesiapa sebagai pengganti Najib.
Untuk pengetahuan nama Tengku Razalkeieh Hamzah disebut sebagai salah seorang pemimpin yang turut menanda tangan deklarasi berkenaan, bagaimana pun tidak hadir.
Ketidakhadiran Tengku Razaleigh ini menjadi tanda tanya, apakah beliau sudah komit ataupun ada halangan disaat akhir? Kita akan cuba mendapat kenapa beliau tidak hadir? Apakah beliau ada menerima telefon daripada Najib? [wm.kl. 4:34 pm 04/03/16]
No comments:
Post a Comment