Monday, December 19, 2011

Najis Mahathir

Mahathir: Bila Mulut Manis Tidak Boleh Melindungi Kejahatan

Dr Mahathir Mohamad sering mendabik dada menunjukkan dialah yang bijak, pandai, cerdik dan bersih. Tiada perdana menteri lain yang sebersih beliau hatta berbanding dengan perdana menteri nyang sedang memangku jawatan itu kini. Rakyat khasnya ahli dan penyokong Umno dengan mudah tersihir dengan Mahathir. Apa yang Mahathir kata bagaikan sabda para nabi semuanya betul dan maksum.

Kerana taksub itu menyebabkan orang Umno yang berjaya mempengaruhi orang Melayu mempercayai Mahathir. Tidak orang Cina, India dan lain-lain yang bijak mentafsir dan sudah tahu temberang kata-kata Mahathir. Saki baki Melayu yang percayakan Mahathir masih banyak sebab itu media massa penjilat buntut terus memberi ruang kepada Mahathir dengan harapan kata-kata Mahathir boleh mempengaruhi Melayu di bawah tempurung dan terus menyokong Umno.

Beberapa hari lalu beliau meminta Anwar Ibrahim agar bersumpah laknat berhubung cadangan Anwar supaya Malaysia mengambil pinjaman wang dunia untuk mengatasi resensi ekonomi. Dalam masa sama beliau menunjukkan beliau penghalang cadangan itu. Orang faham dengan cabaran Mahathir itu untuk memberi gambaran kebersihan dirinya dan cuba hendak ‘mencepuahkan’ Anwar dengan tali barut ekonomi Yahudi.

Siapa sebenarnya yang benar dan menjadi bapa pembohongan dalam hal ini? Pendedahan dokumen menunjukkan kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Mahathir mengambil pinjaman bank dunia menjelaskan segala-galanya. Yang hipokrit, munafik selama ini dalam soal pinjam meminjam bukan Anwar tetapi Mahathir.Iya Mahathir boleh sembunyi kebusukan untuk beberapa tahun tetapi bukan semuanya.

Kebenaran tetap kebenaran. Hari ini mungkin ada simpatisnya menyembunyikan maklumat tetapi esok belum tahu lagi. Bila kebenaran sudah 'terbahar', orang akan jadi berani dan saat itu Mahathir tidak akan cukup tanah untuk lari kejatanan dan pengkhinatan yang dilakukannya. Menara berkembar KLCC, KLIA, Proton Saga dan sebagainya tak mampu melindunginya lagi.

Pendedahan dibuat Pengarah Strategi, Biro Komunikasi dan Penerangan serta Pengarah Pedagangan Keadilan ini menjelaskan segala-galanya. Saya turunkan sepenuhnya kenyataan mereka yang dikirimkan kepada saya seperti mana berikut:

TUN MAHATHIR BERBOHONG, DOKUMEN BANK DUNIA BUKTIKAN BELIAU BERTANGGUNGJAWAB AMBIL PINJAMAN BANK DUNIA SEMASA KRISIS KEWANGAN 1997-1998

KEADILAN merujuk kepada 3 dokumen rasmi Bank Dunia yang diedarkan kepada pihak media pada hari ini. Ketiga-tiga dokumen rasmi ini adalah bersabit dengan salah satu dari empat pinjaman dari Bank Dunia berjumlah US$704 juta yang diambil oleh Kerajaan Malaysia semasa menangani kemelut krisis kewangan 1997/1998.

KEADILAN mengemukakan ketiga-tiga dokumen ini sebagai bukti bahawa Tun Mahathir telah berbohong apabila beliau mengaku “menolak tawaran bantuan dari Bank Dunia (ketika itu) kerana jika Malaysia berbuat demikian, ia akan menjadi hamba kepada Bank Dunia[1]”.

Ketiga-tiga dokumen rasmi Bank Dunia ini berhubung pinjaman US$60 juta ini secara jelas membuktikan perkara-perkara berikut:

PERTAMA: RUNDINGAN PINJAMAN BERLAKU SELEPAS DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM DIPENJARAKAN

Rujuk Kertas Maklumat Projek (Project Information Document) bernombor PID6999 yang bertarikh 23 Oktober 1998. Laporan ini disediakan sebagai laporan awal oleh Bank Dunia untuk menilai permohonan pinjaman sesebuah negara. Ia adalah dokumen pertama yang disediakan sebelum pun rundingan bermula.

Tarikh 23 Oktober 1998 membuktikan bahawa proses rundingan pinjaman tersebut bermula selepas Dato’ Seri Anwar Ibrahim dipecat dan dipenjarakan. Ia mustahil melibatkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim seperti yang selalu didakwa Tun Mahathir Mohamad dan UMNO.

KEDUA: TUN MAHATHIR MOHAMAD MENGARAHKAN KERAJAAN MEMOHON PINJAMAN BANK DUNIA

Rujuk Laporan Penilaian Permohonan Pinjaman (Project Appraisal Document) bernombor 18855-MA yang bertarikh 3 Mac 1999. Laporan ini disediakan untuk makluman pimpinan Bank Dunia dalam membuat keputusan sama ada mahu meluluskan permohonan pinjaman yang dibuat Kerajaan Malaysia.

Rujuk muka surat 29 (Lampiran 6) yang menunjukkan jadual kerja dan rundingan yang melibatkan Kerajaan Malaysia dan Bank Dunia. Ia secara jelas menunjukkan bahawa agensi bertanggungjawab yang berunding dengan Bank Dunia untuk mendapatkan pinjaman ini adalah Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri. Permohonan pertama dibuat pada 26 Julai 1998. Laporan dan rundingan berikutnya (yang hanya bermula selepas Dato’ Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan) ditangani sepenuhnya oleh Unit Perancang Ekonomi, yang bertanggungjawab sepenuhnya kepada Perdana Menteri ketika itu, Tun Mahathir Mohamad.

Dokumen ini membuktikan bahawa permohonan untuk mendapatkan pinjaman dibuat oleh Tun Mahathir Mohamad melalui Unit Perancang Ekonomi.

KETIGA: PERJANJIAN DITANDANGANI PADA 31 MAC 1999 DIBAWAH PERSETUJUAN TUN MAHATHIR MOHAMAD

Rujuk Perjanjian Pinjaman antara Kerajaan Malaysia dan Bank Dunia (Loan Agreement) bernombor 4452-MA yang bertarikh 31 Mac 1999.

Perjanjian ini ditandatangani dibawah arahan dan persetujuan Tun Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan.

Jelas sekali bahawa Tun Mahathir Mohamad telah berbohong apabila beliau mengaku tidak mahu menerima bantuan kewangan dari institusi antarabangsa seperti Bank Dunia. Malah, pentadbiran beliau dibawah arahan dan seliaan beliau bertanggungjawab membuat permohonan mendapatkan bantuan kewangan Bank Dunia.

Oleh yang demikian, KEADILAN ingin menegaskan bahawa fitnah beliau terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam hal ini tidak lebih dari usaha beliau memadamkan rekod pentadbiran kewangan yang baik dibawah Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Malaysia berjaya mencapai lebihan belanjawan ketika beliau memegang portfolio Menteri Kewangan sehingga berjaya melangsaikan hutang dengan lebih awal dalam tahun-tahun 1993 hingga 1996, berbanding dengan defisit belanjawan yang berpanjangan sejak Tun Mahathir Mohamad mengambil alih jawatan itu dalam tahun 1998.

Beliau juga bertanggungjawab menubuhkan Kumpulan Wang Amanah Negara dan Kumpulan Wang Amanah Pencen, bertujuan menjaga kepentingan rakyat melalui dana amanah yang dikawal ketat dan bebas dari salahguna kerajaan. Malangnya, dana ini turut disalahgunakan dan menyimpang dari niat asal penubuhannya.

Tun Mahathir sewajarnya membersihkan imej beliau di mata rakyat dengan menjawab dua isu melibatkan keluarga beliau. Adalah lebih baik beliau menerangkan mengenai penglibatan beliau dalam urusan menyelamatkan perniagaan anak beliau, Mirzan Mahathir yang melibatkan wang rakyat berjumlah RM2 billion dalam tahun 1998 daripada cuba menegakkan benang basah bahawa beliau menolak bantuan kewangan Bank Dunia.

Apatah lagi apabila Mirzan Mahathir mempunyai dana yang cukup besar kebelakangan ini untuk membeli konglomerat arak terbesar di Filipina iaitu San Miguel yang dilaporkan berharga sekitar RM2.9 bilion.

MOHD RAFIZI RAMLI

PENGARAH STRATEGI

YB NIK NAZMI NIK AHMAD

PENGARAH KOMUNIKASI

WONG CHEN

PENGERUSI, BIRO PERDAGANGAN KEADILAN

[wm.kl.5:56 pm 19/12/11]

2 comments:

bat8 said...

Tuan MSO,

1. bagi kita yang dewasa semasa pemerintahan TDM dan otak tidak beku seperti otqak juak-juak taksub UMNO Baru tidak mudah terpedaya dengan mainan sihirnya. samada semasa dia dipuncak kuasa atau setelah bersara.

2. Zaman telah berubah banyak. Zaman kekuasaannya semua maklumat dia boleh kontrol, mana yang boleh rakyat tahu mana yang tidak boleh. Hatta dengan monopoli maklumat masa itu, dia boleh berbohong atah darat, rakyat akan percaya. Segalanya telah berubah sekarang. Maklumat bukan lagi menjdi monopoli pemeintah lagi.

3. Maklumat mengenai pinjaman yang beliau buat dengan Bsnk Dunia sudah didedahkan. Teserlah pembohongan beliau selama ini. Sepuluh tahun lebih beliau boleh menipu rakyat.

4. agaknya dengan pendedahan tersebut beliau terkedu, mati langkah sekejap. Amat aneh beliau masih tidak memberi respond atau penafian dengan maklumat tersebut. agaknya dia masih mencari-cari auta apa yang perlu dijual kepada rakyat untuk menutup perangkap ini.

nampaknya beliau mati langkah sekarang ini sebab maklumat terbuka bank dunia tersebut adah terang lagi bersuluh dengan spotlight.

5. bagi kita yang masak dngan perangai TDM ini, kita tahu beliau akan selalu menang dengan berbohong jika sesuatu maklumat itu tidak terbuka. Contoh terakhir ialah mengenai tuduhan DSAI yang beliau ada menulis surat kepada bank Dunia memohon pinjaman.

Disebabkan surat tersebut bukan maklumat terbuka, senanglah beliau (TDM) auta, sampai sanggup ajak DSAI bersumpah.

Tengok sekarang, bila maklumat terbuka terdedah, beliau diam membisu sahaja! tengah cari akal macamana nak auta

bat8

anakzaman said...

Tuan MSO,

Terima kasih maklumat dan ulasan yang diberi. Blog tuan menyatakan kebenaran dan menelanjangkan kejahatan mahathir dan UMNO.

Biar rakyat tahu, selama ini semua keburukan mahathir dilindungi.