Thursday, December 8, 2011

Catatan Perjalanan

Mengunjungi Kem Pelarian Vietnam Pulau Galang

KALAU anda ke Pulau Batam, Indonesia salah satu tempat yang akan dicadangkan oleh pemandu pelancung anda ialah mengunjungi kem Pelarian Vietnam yang terletak di Pulau Galang. Untuk ke kem berkenaan anda akan melalui sebuah jambatan indah yang menjadi penghubungi dengan enam pulau termasuk pulau Galang, Beraling, Setokol dan lain-lain iaitu jambatan Batam.

Jambatan ini juga menjadi mercu tanda atau ikon moden Pulau Batam.

Kem perlarian Vietnam Pulau Galang itu dibuka pada tahun 1978 dan ditutup sepenuhnya pada tahun 1991. Kem ini telah memuatkan seramai 2,500 pelarian Vietnam.

Fungsi kem ini samalah dengan kem palarian Vietnam di Pulau Bidong, Terengannu di Malaysia. Ia dibangunkan Suruhanjaya Tinggi PBB bagi orang perlarian (UNHCR) dengan kerjasama kerajaan negara di mana kem itu dibina.

Semasa melawat Batam minggu lepas saya sempat singgah di kem berkenaan. Dari mula pintu masuk ke kem berkenaan sebuah pintu gerbang tegak berdiri kesayuan memberi gambaran ia sebuah perkampungan yang ditinggalkan. Walaupun jalan memasuki ke kem itu elok tetapi kesuyian telah menyelubungi perkambungan itu menyebabkan timbul rasa seram di hati.

Bagi mereka yang tidak kuat semangat mungkin merasa takut untuk memasuki ke kem berkenaan apa lagi kalau bersendirian.

Di pintu masuk ke kem kita akan dapat menyaksikan sebuah kuil Budha Quan Am Tu tersergam indah dan terpelihara dengan baik. Kuil Budha itu adalah rumah ibadat terbesar di antara rumah-rumah ibadat lain seperti gereja dan surau. Ini melambangkan kebanyakan pelarian Vietnam yang bermukim di situ kebanyakannya bergama Budha.

Melihat kewujudna berbagai rumah ibadat di kem itu saya terfikir bahawa kem ini lebih dahulu mengamalkan semangat 1 Malaysia yang digagaskan Ha Najib Razak. Bangunan rumah sakit, sekolah dan lain-lain masih utuh walaupun agak terbiar. Semua peninggalan yang ada memberi gambaran kem itu lengkap memberi kemudahan kepada penghuninya seada yang mampu.

Selepas para penghuninya dipindah ke berberapa buah negara ketiga, ia tidak ditinggalkan begitu saja. Kerajaan Indonesia mempunyai inesitif sendiri dan amat menghargai sejarah. Kem itu dijadikan salah satu tempat tumpuan pelancung. Sebuah sekolah yang dibangunkan oleh kerajaan Perancis telah diubah suai menjadi muzium yang mempamirkan segala macam kenangan dan hasil kerja tangan penghuni.

Untuk masuk ke kem berkenaan dikenakan bayaran yang dikutip oleh seorang pengawal di pintuk masuk.

Seorang petugas juga ditempatkan di muzium itu untuk memberi penerangan dan bantuan kepada pengujung. Menurut petugas itu Syed Adnan boleh dikatakan setiap hari ada-ada saja pengunjung ke kem berkenaan. Yang datang menurutnya bukan saja pengujung ke Batam tetapi mereka yang pernah menghuni di kem berkenaan 30 tahun lalu juga sering kali datang melawat perkampungan mereka untuk mengenang nostalgia lampau.

Di antara yang dipamirkan di muzium berkenaan ialah kerja tangan yang dihasilkan oleh penghuni kem berkenaan, ini termasuk juga peralatan-perlatan yang digunakan untuk keperluan mereka seharian selama berada di kem itu.

Selain itu segala macam data atau rekod mengenai butiran penghuni juga sebahagiannya turut dipamirkan, seperti kad pengenalan, tarikh pendaratan dan sebagainya. Turut sama direkodkan oleh nama-nama mereka yang terlibat dengan pembukaan kem itu dan juga mereka yang pernah berkhidmat sebagai guru, doktor bagi membantu memberi pendidikan kepada anak-anak pelarian dan menjaga kesihatan mereka.

Gambar-gambar yang menceritakan kisah pendaratan, kehidupan serta kunjungan pembesar terutama terlibat dengan UNHCR turut sama dipaparkan. Dari gambar itu dapat ditafsirkan betapa peritnya pelarian Vietnam yang terpaksa berhempas pulas berminggu malahan berbulan untuk sama di mana-mana dataran untuk berlindung.

Dua buah bot yang lebih layak dinamakan perahu yang pernah digunakan oleh pelarian untuk menghanyutkan diri mereka ke daratan Pulau Galang juga dipelihara dan diletakkan di persimpangan jalan untuk menuju ke muzium. Dari perahu itu dapat dihayati betapa para pelarian terpaksa menggai nyawa untuk menyelamatkan nyawa.

Tatakala melihat itu jauh di lubuk hati saya terbentik, mungkin nasib yang pernah dilaluan oleh rakyat Vietnam itu suatu hari akan dilalui juga oleh anak cucu cicitku di Malaysia. Ini tidak mustahil kalau negara sudah berada di ambang peperangan dan tidak selamat lagi, sesiapa pun terpaksa mengorak langkah mencari perlindungan hatta ke mana saja.

Justeru sementara kita terfikir untuk mengelakkan musibah itu, maka berfikirlah kita semua mengatasinya dan jangan apa yang dilaluan rakyat Vietnam itu turut sama dirasai oleh anak bangsa. [wm.kl.2:49 08/12/11]

No comments: