Monday, December 19, 2011

Susupan Tengah Malam

100 Ahli Umno Jeli Tinggal Parti Sertai Pas

KURANG 48 jam selepas Pas Kelantan melancarkan kempen menambahkan keahlian baru sebanyak 100,000 bertempat di Putik Pengkalan Chepa malam kelmarin Pas Kawasan Jeli tidak menunggu lama terus mencipta sejarah dengan menambah ahli baru khasnya di Dun Air Lanas apabila lebih 100 ahli dan para penyokong Umno telah bertindak keluar parti beramai-ramai dan menyertai Pas.

Majlis penyerahan borang dan meraikan ahli baru Pas itu berlangsung di perkarangan Sekolah Agama As Sabirin Air Lanas petang ini manakala sebelah malamnya berlangsung majlis penerimaan borang keahlian Pas oleh Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat daripada kesemua lebih 100 yang menyertai Pas itu.

Sempena majlis itu dua ekor lembu ditumbangkan dan juga lima kawah bubur Asyuara dikacau di Air Lanas. Serentak dengan itu 10 UPU dalam Parlimen Jeli digerakan serentak hari ini dengan mengadakan bubur Asyura di antara dua hingga lima kawah untuk satu UPU sebagai menandakan jentera pilihan raya Pas kawasan Jeli sudah aktif sepenuhnya.

Penghijrahan beramai-ramai ahli Umno itu menurut Adun Air Lanas Abdullah Yaacob adalah satu pukulan maut kepada Umno dan sekaligus merebehkan kubu kuat Umno di Blok Machang dalam Dun Air Lanas .

"Ekoran penghijrahan itu di Block Machang hanya tinggal beberapa orang saja lagi ahli Umno termasuk Setiausaha Bahagian, yang lain semuanya telah berhijrah kepada Pas," ujar Abdullah yang juga Timbalan YDP Pas Jeli.

Manakala salah seorang ahli Umno yang ditemui Mat Yusuf Abdullah, 62 tindakan meninggalkan Umno ramai-ramai itu dibuat atas rasa ikhlas dan tidak percaya kepada perjuangan Umno.

"Saya dan rakan-rakan meninggalkan Umno kerana mendapat hidayah dari Allah taala, dan penghijrahan ini juga bukan kerana mengharap sesuatu kebendaan dari Pas, tidak... ia dibuat dengan penuh keinsafan," demikian kata Mat Yusuf ketika ditemui pada majlis kacau asyura petang tadi sambil menambah perpindahan itu sebagai satu pengorbanan.

Dalam pada itu jelasnya perjuangan Umno seperti mana dilaung-laungkan untuk membantu rakyat hanya cerita saja kerana bantuan yang diberikan kepada rakyat tidak menyeluruh dan menyenangkan orang tertentu sahaja.

Ditanya mengenai bantuan 1 Malaysia RM500 menurutnya sedikitpun menarik minat untuk terus bersama Umno kerana pemberian itu belum tentu lagi menjadi kenyataan dan kalau pun benar ia bukan satu yang diharapkan. "Hidup ini bukan kerana duit semata-mata!" katanya.

Beliau juga menjelaskan tindakan keluar parti bukan kerana merasa dendam dan cemburu akan keadaan tetapi kerana merasa yakin dan percaya kepada perjuangan Pas yang menolong sesiapa saja tanpa pilih bulu.

Seorang lagi yang turut sama meninggalkan Umno ialah Azlan Mohamad dari blok Bachok juga menyatakan perkara yang sama.

"Saya tinggal Umno kerana sudah lama bersama parti itu dan tidak ada apa-apa perubahan," jelasnya yang memperakui menyertai Umno sejak berusia 17 tahun. Tambahnya lagi ramai kawan-kawannya ikut sama menyertai Umno tetapi mereka tidak berani menzahirkan diri kerana sebab-sebab tertentu.

Sebelah malam tadi kesemua lebih 100 orang ahli Umno yang menyertai Pas dan PKR diraikan oleh Nik Aziz dalam satu majlis makan malam dan ceramah perdana yang disampaikan oleh beberapa pemimpin Pas peringkat negeri. Pada majlis itu juga upacara penyerahan borang keahlian Pas dilakukan.

Hadir sama pada kedua majlis itu ialah Yang Dipertua Pas Jeli Apandi Mohamad, dan barisan kepimpinan Pas peringkat kawasan Jeli. Apandi mengulas mengenai kemasukan ahli Umno beramai-ramai itu melahirkan rasa bersyukur dan menyifatkan apa yang berlaku adalah atas kehendak Allah mungkin berlaku atas doa mereka sendiri.

"Dengan kemasukan beramai-ramai ahli Umno ini juga membuktikan bahawa semakin pemimpin Umno cuba memburuk-burukkan Pas dengan pelbagai isu sebaliknya apa terjadi ahli-ahli dan penyokong mereka kurang mempercayai parti itu," katanya.

Kepada rakan-rakan baru Pas Apandi mengucapkan selamat berjuang dan semoga tindakan mereka itu akan membuka hati lebih ramai lagi ahli dan penyokong Umno yang lain. "Saya percaya penghijrahan ini sebagai permulaan kerana selepas ini akan ramai lagi ahli Umno bersama Pas.

Sementara itu beberapa minggu lalu seramai 59 ahli Umno dalam Dun Kuala Balah telah bertindak meninggalkan parti dan menyertai PKR. Borang keahlian PKR disertakan kepada Nib Presiden Nurul Izzah Anwar ketika Izzah datang berceramah di Kuala Balah. [wm.kl.1:07 t/malam 19/12/11]

1 comment:

anakzaman said...

Tuan MSO,

Akhbar Parti UMNO,arus perdana tidak ada menyiarkan berita seperti ini melainkan, entah berapa banyak ahli PAS seluruh Malaysia menyertai UMNO.