Friday, December 23, 2011

Rileks Petang

Indahnya Bahasa Seorang Guru

KALAU semalam ada penjenguk blog Merah Tinta mengirimkan sample laporan kepada SPRM mengenai satu perbuatan rasuah melibatkan seorang timbalan menteri, di mana pengiriman itu sebagai perkongsian maklumat berguna, di sini saya postkan pula satu komen dari penjenguk blog Merah Tinta yang membelasah saya menggunakan bahasa 'indah'.

Namanya ialah Anuar CW. Bila tenguk nama ini saya teringat kepada satu nama lagi bernama Arif Omar dari Melaka. Mungkin mereka kembar Siam.

Mereka berdua ini saya kira selalu memerhati blog saya dan berminat dengan apa yang saya tuliskan. Kalau tidak, mereka tidak akan ringan komen untuk melayannya.

Kalau Arif Omar orang kuat Umno Melaka, hampir menjadi penjilat buntut pemimpin Umno saya tidak tahu pula dengan status orang bernama Anuar CW ini, apakah dia seorang kuat Pas dan petaksub kepada Abdul Hadi Awang?

Seperti mana dicatat di profilenya dia asal Kemaman, Terengganu, pekerjaan guru. Tetapi bila saya melihat kepada komen-komen dan responsnya yang taksub menghantu kepada Abdul Hadi, rasa tidaklah dia ini seorang guru yang turut mempelajari ilmu kejiwaan jauh sekali politik. Sepatutnya seorang guru bahasa dan cara dia memberi komen lebih baik dari saya yang bukan seorang guru.

Baca komen beliau dibawah ini mengenai posting saya di bawah tajuk: Pemimpin Pas Bertelagah Perlu Masuk Ke Dalam Dram, di mana dibawah tajuk ini saya mempersoalkan sikap Abdul Hadi Awang yang diam membisu terhadap pertelagahan beberapa orang pemimpin Pas.

"kalau presiden pas seperti badak tuli yang tidur tepi lebuhra, mat barat ni lagi teruk seperti babi hutan yang suka menyodok tanpa menyedari benda yang di sodok tu menjadi najis... base otok kementok.."

Itulah bahasa Anuar CE nampaknya dia menciptla istilah saya. Penjenguk yang emosional seperti ini sebenar banyak, mereka akan melenting dan meracau kalau pemimpin pujaan mereka saya kritik dan tegur. Tetapi bahasa teacher ini agak ganjil dan pelik sikit maka saya memberi sedikit perhatian kepadanya. Orang lain ada juga yang membelasah tetapi daam sempadan yang boleh dimaafkan.

Apa yang beliau hendak marah ialah bila saya umpamakan Abdul Hadi sebagai badak tuli yang tidur di lebuh raya. Saya rasa memang kena anologi saya itu tetapi apa lagi yang hendak dianologikan terhadap presiden Pas itu kalau bukan seperti itu selepas melihat beliau hanya membantu dalam isu yang melanda Pas kini dan sebelum ini.

Sebagai presiden beliau harus bijak mengawal keadaan. Bersuara menegur sebab beliau adalah presiden. Saya kira kalau Hadi cepat bertindak dan tidak menyerahkan kepada Mustapa Ali untuk menjawabnya di mana banyak orang skeptikal dengannya keadaan tidak jadi seperti itu.

Apakah Hadi merasakan dia tidak akan dihormati oleh orang Pas. Kalau kita sudah merasakan tidak dihormati, suara kita tidak digeruni dan dimalui, nah berhenti sahaja jadi pemimpin parti serah kepada orang lain. Anuar pula tidak wajar kalau menyokong pemimpin seperti itu, kerana dalam apa juga situasi kita perlu rasional dan tidak menyerkupkan minda kita dengan sesuatu keadaan kepada seseorang.

Suka saya nasihat Anuar CW ini hormatnya profesional sdr sebagai guru. Malu anak murid sdr kalau mendengar komen dan bahasa kesat yang cikgu gunakan. Tak tahulah saya kalau itu jenis orang Kemaman. Saya tidak kisah kalau pun hendak dibabikan atau menyondok najis Hadi sekali pun tetapi, anak murid sdr akan bertanya, bahasa apa itu cikgu? Bahasa Kemaman ke bahasa Malaysia?

Ataupun sdr bukan guru yang mengajar budak-budak tetapi mungkin mengajar beruk naik nyiur. Kalau setakat itu professen sdr Anuar maka saya tidak kisah, komen dan lontarlah bahasa-bahasa kesat pun tidak mengapa kerana ia sepadan dengan seorang yang mengajar beruk panjat kelapa. Cikgu beruk kadang bukan saja memberi beruk minum dalam tempurung tetapi ada kalanya terpaksa jamah pantak beruk untuk sapu taik.

Dan kesalahan Abdul Hadi sebagai presiden seperti yang saya nampak itu, sdr boleh bela kerana memang begitu sifat orang taksub dia akan sanggup mecium najis dan berkata wah... wanginya.... Untuk pengetahuan Anuar selepas saya mengkritik Abdul Hadi tiba-tiba dia telah tampil membuat teguran ala-ala khutbah Jumaat semalam. [wm.kl.3:16 pm 23/12/11]

9 comments:

hishamuddin said...

Molek juga sesekali bagi pengajaran kat org yang taksub bodo . Patut nya kaji dulu tulisan org sebelum kutuk. Tulis lah dgn jujur tanpa taksub mana2 pihak. Yang betul disanjung yang salah disanggah

ibnmustaffa said...

Nampak gaya tuan MSO pun manusia juga tidak boleh dikritik dgn dibahasakan sebagai binatang.

Namun kadang-kadang kita perlu beristighfar banyak2, kadang-kadang, kita spt masuk bakul angkat sendiri menganggap kita adalah penasihat yg terunggul tidak boleh diatasi oleh mana2 'penasihat' politik yang lain.

Kabutar Diesel said...

salam tuan MSO..hehehe cikgu ajar beruk rukah nyiur pun lebih mulia lagi bahasanya bekali...xdok pulok kata babi kat beruk dia..

mohd sayuti omar said...

Manzwardi Mustafa, saya rasa saya sedia menerima kritikan, buktinya saya lepas kritikan dan teguran yang munasabah dan masih dikira sopan. Kalau ada pengkritik tak tahu mana hawan hahal dan haram saya rasa ia adalah melampau.

Saya setuju dengan Kabuta Disel itu cikgu beruk juga tak pernah membabikan beruknya yang berona tak nak naik nyiur. Saya pertikaikan pengkritik cikgu beruk itu ialah kerana dia mengaku cikgu, rasanya macam dengan Manzawardi nampak ismi macam cikgu juga.

Eloklah....

skrinhijau said...

TUan Guru Abdul Hadi perlukan masa untuk memberi komen tentang pertelagahan pemimpin2 PAS ... supaya tidak nampak beliau melenting dalam satu2 hal ...

Buktinya .. lihat apa jawapan Tuan Guru Abdul Hadi ... sangat bernas ibarat menarik rambut dalam tepung ..

http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=11276&mode=&order=0&thold=0

aconite said...

Tuan MSO.. tak habis cerita lagu ni, mula2 tuan kata (kononnya analogi) Presiden Pas seperti BADAK, lepas tu dibalas juga bentuk analogi dengan BABI, kemudian tuan balas balik juga dengan analogi BERUK. Saya pun mari berasa, tuan boleh kata ke orang, orang tak leh nak kata ke tuan... erm.

Bukan isu taasub, isunya membuat analogi kepada TGAH (Presiden) sebagai Badak (binatang), yang bukan hanya selaku seorang ketua sebuah parti politik, tetapi seorang yang mengajar Ilmu akidah (ilmu kenal Allah), mengajar tauhid, dan pelbagai ilmu Islam.

Dan mungkin cikgu yang balas analogi tuan itu, merasakan tidak seronok tuan samakan TGAH sama seperi haiwan. Sebagaimana tuan tidak gemar orang analogikan tuan seperti haiwan.

Badak halal ke?

mohd sayuti omar said...
This comment has been removed by the author.
mohd sayuti omar said...

aconite, mungkin anda juga taksub kepada seseorang dan tidak memahami bahawa tok guru anda itu masuk dalam politik. kalau tak nak cedera dan cacat jangan masuk dalam politik dan duduk jauh dari gelanggang politik.
bagi saya sesiapa masuk dalam politik tak kira tok guru akidah, tok guru perukunan dan apa dia jenis turut tercemar seperti masuk dalam car. itu lumrah politik.
tenguk mana-mana tok guru dan ulama yg tak masuk politik mereka terselamat dari terkena car. nik aziz sendiri turut menjadi sasaran kritikan termasuk dari saya juga.
saya tak kisah nak anologi saya dengan apa. kan saya dah kata... tapi kalau saya balas jangan terasa. itu cikgu saya anologikan masam cikgu mengajar beruk naik nyiur. wajar dengan apa yang dia katakan kepada saya. berani buat berani terima. saya publishkan komen dia, itu buktikan saya berani. maka orang lain yang bernai komen juga harus berani.

anda juga menganologikan saya badak halal, mungkin boleh saya anolologikan anda sebagai badak makruh kerana anda lebih pengecut dari cikgu yang mengajar beruk naik nyiur itu. profile anda kosong, tiada wajah seperti wajah cikgu mengajar beruk naik nyiur itu.

kalau saya penakut saya tidak publish komen anda. belajarlah jadi berani dan bertanggungjawab. buruk sangat kalau kita jadi hantu tetapi cuba nak mengusik orang.

Duduk dalam keadaan makruh seperti anda ini 50:50, kalau binatang kena tenguk dalam banyak kitab boleh dimakan ataupun tidak. Kalau jelas macam anjing dan babi yang digunakan oleh cikgu ajak beruk itu jelas.... sebab ia disebut dalam kitab muktabar.

amin said...

dulu di kampung saya ada cikgu daud dan daud cikgu. bezanya cikgu daud tu cikgu sekolah kemudian jadi wakil rakyat. manakala daud cikgu pula ambil upah petik buah kelapa menggunakan beruk. Anuar tu kena panggil Anuar cikgu... he...he..he..