Tuesday, December 6, 2011

Susupan Tengahari

Siapa Pemilik Jet Yang Dinaiki Zahid Belum Dijelas

KALAU tidak salah ingatan saya Ahmad Zahid Hamidi pernah berjanji untuk memberi penjelasan berhubung persoalan yang ditimbulkan mengenai pemergiannya ke Makkah yang menaiki jet peribadi. Kata Zahid yang ketika itu berada di Russia beliau akan menjelaskan perkara itu sebaik pulang ke tanah air.

Saya tidak tahu apakah Zahid telah menjelaskan atau tidak jet siapa yang beliau naiki itu. Katanya jet itu adalah jet kawannya dan bukan jet miliknya sendiri.

Semasa perhimpunan agung Umno beberapa hari lalu tidak ada perwakilan bertanya mengenai hal itu kepada Zahid. Jadi terlepaslah Zahid untuk menjawabnya. Namun kelesuan dan kealpaan perwakilan Umno yang sudah dikunci mulut dari menyoal itu tidak bermakna Zahid boleh releks dan tidak menjawab.

Beliau kena menjelaskan jet yang ditumpangi ke Makkah itu jet siapa. Pemergian itu bukan sekali, kalau tidak salah saya sudah lebih dari dua kali Zahid menggunakan jet berkenaan. Kalau Zahid tidak jelas menyebabkan orang boleh beranggapan jet itu adalah jetnya yang dibeli atas nama orang lain, nominis.

Apa yang Zahid kena jelas ialah siapakah kawannya yang memiliki jet itu. Apakah pekerjaaan kawannya itu sampai boleh membeli jet. Apakah dia seorang kontrektor yang menguruskan pembelian peralatan tentera di Malaysia? Atau dia sebenarnya hanya seorang teukah jual pisang goreng dan tahu bakar di Chow Kit saja?

Kalau sesiapa telah mendengar penjelasan mengenai jet berkenaan oleh menteri pertahanan itu bolehlah laporkan kepada saya. Saya percaya ramai orang hendak tahu kedudukan jet itu dan apa hubungan Zahid dengan tuan jet berkenaan. Saya juga hendak jelaskan bagi menghuraikan kekeliruan orang ramai terhadap isu berkenaan.

Penjelasan ini dituntut kerana kalau tidak akan banyak lagi kemisterian yang berlegar di keliling diri Zahid seperti macam mana dia pernah dikatakan membantu keluarga isterinya untuk memajukan sebidang tanah di Melaka untuk membina sebuah institusi pendidikan. [wm.kl.12:31 t/hari 06/12/11]

No comments: