Thursday, December 8, 2011

Maklumat Malam

Dokumen Negara Berkebajikan Dikemukakan Kepada Umum

SETELAH dilancarkan pada muktamar lepas untuk mendapat persetujuan para perwakilan Dokumen Negara Berkebajikan Pas yang kini telah siap dirangka akan diperkenalkan kepada umum secara rasmi. Majlis khas itu akan diadakan pada Ahad 11 Disember bertempat di ruang lobi Kompleks PKNS Shah Alam jam 3:00 petang.

Menurut Naib Presiden Pas Sallahuddin Ayub yang juga diberi tanggungjawab menjadi ketua Jawatankuasa Penyiapan Dokumen Negara Berkebajikan Pas memberi tahu majlis itu akan dilancarkan oleh Presiden Abdul Hadi Awang.

Semua media, bloger dan orang ramai dijemput hadir. Dokumen Negara Berkebajikan Pas adalah tawaran baru Pas untuk rakyat negara ini dan dipercayai menjadi sebahagian menifesto Pas untuk pilihan raya umum ke-13.

Orang ramai juga boleh memberi pandangan balas atau komen ke atas rangka plan itu pada hari perlancaran. [wm.kl.9:10 pm 08/12/11]

No comments: