Hujan Lebat Jirus Abdullah Di Lembah Pantai
SAYA BARU saja sampai di rumah dan terus menulis laporan ini - mengenai kedatangan Abdullah Ahmad Badawi ke Lembah Pantai jam 9:00 tadi untuk berkempen membantu calon BN di situ, Shahrizat Abdul Jalil.
Seperti dijanjikan saya akan cuba membuat analisa politik di Lembah Kalang dengan melihat sendiri perkembangan di Lembah Pantai. Pertarungan antara Puteri Reformasi, Nurul Izzah dengan Shahrizat menarik. Walaupun Shahrizat dalam merendahkan Nurul Izzah dengan menganggap (Nurul Izzah)sebagai anaknya, namun ternyata tentangan diberikan Nurul Izzah mengoncangkan kedudukan Menteri Pembangunan Wanita, Kelaurga dan Masyarakat itu.
Kalau beliau tidak merasa panas punggung sudah pasti Abdullah tidak akan sampai ke Lembah Pantai malam ini.
Shahrizat tersalah sangka dalam kali ini. Benar kata orang kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka ibu!
Bagaimana pun malam ini agak malang sedikit, suasana sebenarnya tidak dapat disaksi. Saya tidak mahu berbohong angka tepat mengenai kehadiran di perkarangan flat di Lembah Pantai malam. Angka tepat tidak dapat diberikan. Ini kerana dalam menanti ketibaan Abdullah, sebaik saja Abdullah tiba jam 9:25 malam, hujan turun dengan lebatnya.
Lagak hujan tidak ubah seperti pancutan air semasa tunjuk perasaan anti kerajaan diadakan. Akibatnya orang lari lintang pukang tanpa mempedulikan Abdullah. Abdullah sendiri juga tidak turun dari kereta dan terus masuk menghampiri pentas. Dalam keadaan bertempiran itu terdengar suara mengatakan; tak berkat Pak Lah ni, kalau berkat takkan hujan turun!
Berapa ramai yang berhimpun di hadapan pentas dan yang mengelilingi meja makan tidak dapat di hitung. Cuma apa yang dapat dihitung ialah kelompok yang menanti Abdullah di muka jalan. Jumlahnya tidak lebih 2,000 orang.
Kira-kira setengah jam hujan mulai reda. Mulanya saya ingat orang ramai yang berlindung di gerai-gerai makan berhampiran akan masuk menuju ke pentas untuk mengikuti ucapan Abdullah. Sebaliknya masing-masing membuka langkah meninggalkan majlis berkenaan.
Keadaan ini berbeza dengan apa yang berlaku di tempat ceramah Anwar Ibrahim. Orang ramai tidak akan pedulikan hujan dan tetap berdiri hatta kesejukan mendengar pidato Anwar. Salah seorang yang berlindungi di gerai makan merungut; "Tak perlu susah payah, duk sini lagi sedap," katanya sambil menghiru kopi O.
Seorang anak muda yang membawa bendera BN pula sambil melaung; tak padan upah RM50, demam kena hujan nak beli ubat pun tak cukup. Apa yang dapat diagakkan perakan motosikal yang mengiringi Abdullah itu diupah RM50 bagi sebuah motor.
Jam 10:30 ketika Abdullah dijangka akan memulakan ucapannya ramai yang membuka lengkah untuk pulang. Ditangan mereka yang pulang saya nampak mereka memegang beberapa buah booklet yang dibahagi-bahagikan.
Menariknya kebanyakan mereka yang membuka langkah ini juga ditangan masing-masing tergenggam sekeping kertas yang digulung kemas. Ketika saya mengajukan kepada salah seorang dari mereka, (Mak Cik usia 60-an) mengenai kertas itu dia tanpa segan silu membuka dan menunjukkan ke arah saya.
Astagar.... rupa-rupa kertas poster Nurul Izzah. [wm.kl 11:30 pm 03/03/08]
No comments:
Post a Comment