Rafidah Lepas Jawatan?
Ketua Wanita Umno Rafidah Aziz akan membuat kenyataan akhbar khas pukul 2:00 petang ini berkaitan dengan kedudukannya sebagai Ketua Pergerakan Wanita Umno dan juga ahli Parlimen Kuala Kangar.
Tersebar berita kononnya beliau akan melepaskan jawatan ketua Wanita dan ahli parlimen Kuala Kangar kerana tidak berpuas hati dengan Perana Menteri yang tidak melantik beliau sebagai menteri.
Dalam pengumuman kabinet semalam nama Rafidah tidak disenaraikan dan digugurkan sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Perindustrian (MITI).
Sementara itu Exco Pergerakan Wanita dikatakan akan menemui Abdullah Ahmada Badawi jam 5:00 ini yang dikatakan ada hubung kait dengan tindakan Rafidah itu.
Sementara laporan akhbar hari ini pula menyebut ahli Parlimen Jerantut, Tengku Azlan Sultan Abu Bakar dan Anifa Aman dari Sabah tidak menerima perlantikan beliau sebagai timbalan menteri. Berita selanjut akan menyusul. [lcct. 1:00 pm 19/03/08]
No comments:
Post a Comment