Shahiruddin Disebut Bakal MB Pahang?
SEWAKTU singgah makan ikan patin stim di restoran Maualaf di Raub kira-kira tiga jam tadi saya terserempak dengan Shahiruddin Abdul Moin. Beliau baru turun dari sebuah bangunan (pejabat) berhampiran restoran berkenaan. Beberapa orang mengekorinya, mungkin pengawal peribadi dan orang kanannya.
Melihat cara orang-orang mengekorinya itu seolah-olah Shahiruddin seorang tokoh penting atau bakal menjadi tokoh penting!
Kawan yang membelanja makan begitu ternampaknya, terus memanggil namanya. Shahiruddin sebaik mendengar namanya disebut terus berjalan ke arah kami. "Makan Tok (Datuk),..." jelas dan pelawa kawan saya sambil menyebut, "orang kampung..". Apa yang kawan itu maksudkan ialah saya sebagai kawannya datang dari kampungnya.
Saya juga bangun dan bersalam dengan Shahiruddin. "Tahniah Datuk, you akan dilantik menjadi MB Pahang," kata saya. Beliau kurang cerap mengenai diri saya. Dia sedikit tergaman dan terus tergaman apabila saya memperkenalkan nama. "Sayuti..." kata saya.
Kebetulan ketika itu telefonnya berbunyi. Sambil bercakap telefon beliau menjauhi diri daripada kami khasnya tidak mahu berlamaan dengan saya. ADUN Dong itu nampak sedikit serba salah dan tidak mahu mecari fasal.
Kira-kira 10 minit sebelum beliau menjelma kami menyebut-nyebut namanya. Ada maklumat mengatakan beliau akan dilantik menjadi MB Pahang menggantikan Adnan Yaacob. Sebab itulah saya terus sebut bila berdepan dengannya tadi.
Dari cakap-cakap mengatakan Sultan Pahang tidak berapa suka kepada Adnan Yaacob. Sebelum pilihan raya lalu Sultan Pahang dikatakan telah 'bertitah' mana-mana Adun yang mendapat majoriti 7,000 (di antara Adnan dan Shahiruddin) Adun itu akan dilantik menjadi MB.
Kebetulan pula dalam pilihan raya lalu kedua mereka tidak mendapat majoriti seperti mana disebut Sultan. Shahiruddin mendapat 3,391 majoriti manakala Adnan pula hanya mendapat 2,970.
Jadi keduanya tidak menempati apa yang dikehendaki oleh Sultan tadi.
Bagaimana pun kata tuan empuntya cerita lagi Shahiruddin boleh dikira ke hadapan berbanding Adnan kerana majoritinya lebih kira-kira 421 undi.
Bukan itu saja andaian Sultan suka kepada Shahiruddin ialah apabila sebelum penamaan calon baru-baru ini nama Shahiruddin sudah pun digugurkan dan namanya muncul disaat akhir. Katanya ia berlaku atas kehendak Sultan. Perkembangan inilah menyebab Adnan merasakan bahawa beliau sudah tidak diperlu lagi untuk menjadi MB.
Sehingga hari ini Adnan masih belum diterima menghadap Sultan Pahang. Apakah kelewatan ini disebabkan perkembangan tadi? Sama-samalah kita tunggu.
Idris Jusoh Tidak Diperkenan Jadi MB?
MANAKALA sewaktu sampai di Bentung saya menerima satu panggilan telefon dari Jertih, Terengganu. Pemanggil itu seorang kawan rapat dan ada kepentingan dengan Kerajaan Terengganu. Beliau juga tinggal di Jertih.
Antara lain beliau melaporkan dalam suara tertekan-tekan. Rakyat Jertih (orang Umno) kini sedang bersiap sedia untuk berarak (ke mana?). Sebabnya kerana Idris Jusoh dikatakan tidak diperkenan Sulan untuk jadi Menteri Besar Terengganu.
Menurut pemanggil itu lagi, pihak Istana katanya mahukan kepada Rosol Wahid ADUN, Ajil, untuk dilantik menjadi Menteri Besar Kelantan.
Saya tidak mudah menerima berita berkenaan. Sebelum ini memang terdengar yang Idris ada masalah di Terengganu. Majlis angkat sumpah sebagai MB yang dijadualkan semalam ditangguhkan saat-saat akhir.
Menurut laporan pembatalan itu disebabkan berlaku salah teknik. Manakala Idris pula di masa sama dilaporkan bergegas ke Kuala Lumput untuk menemui Abdullah Ahmad Badawi.
Bila dikaitkan laporan langsung dari kawan di Jertih dengan apa yang berlaku seperti mana dilaporkan itu kemungkinan ada munasabah juga.
Bukan soal rakyat Jertih berarak, tetapi soal Idris tidak diperkenankan untuk menjadi MB Terengganu.
Tidak menghairankan kalau Idris tidak diperkenan oleh pihak istana. Sebelum ini berbagai cerita dan maklumat mengenai Idris Jusoh. Kekecohan semasa sebelum pilihan raya akibat tindakannya menggugurkan beberapa tokoh nasional Terengganu sebagai calon antara sebab kenapa Idris tidak disenangi oleh orang Umno Terengganu.
Mungkin kerana masalah itulah maka majlis angkat sumpah sebagai MB yang seharusnya belangusng tergendala dan bermasalah. BERITA selanjut akan menyusul. [wm kl 4:50 pm 11/03/08]
No comments:
Post a Comment