KEDUDUKAN Idris Jusoh samada akan diterima menghadap untuk mengangkat sumpah menjadi Menteri Besar Terengganu ataupun tidak masih menjadi teka teki. Walaupun sebuah akhar harian semalam (17 Mac) ada melaporkan Idris mungkin akan dilantik menjadi MB Terengganu dan dijangka mengangkat sumpah hari ini, (18 Mac) namun ia masih belum pasti.
Laporan akhbar semalam masih bersifat spekulasi semata-mata. Sumber yang dipetik sebagai memaklumkan kononnya khabar Idris akan diterima menghadap Sultan di istana Maziah kabur dan tidak boleh dipertanggungjawab.
Berita yang dilaporkan itu semacam sengaja mahu menuba minda umum supaya menerima Idris sebagai MB Terengganu walaupun harapannya untuk menjadi MB hanya tinggal 10 peratus sahaja.
Walhal pada hari sebelumnya Idris dalam mengulas mengenai nasib dirinya sudah mengaku kalah dan beliau menyerahkan nasibnya kepada qadar dan qadak serta redha kalau beliau tidak menjadi MB Terengganu.
Jelas penjelasan dan pengakuan Idris itu menunjukkan beliau sendiri sudah merasakan yang beliau tidak akan dilantik menjadi MB Terengganu dan enggan berjuang untuk mendapatkannya.
Sementara dari satu sumber Umno Terengganu yang diterima lewat malam ini pula 'mengesahkan' bahawa Idris sudah pasti tidak akan dilantik menjadi MB Terengganu. Nama Adun Telok Pasu, Abdul Rahin Mohd Said (foto) dikatakan sudah diperkenan oleh Sultan Terengganu untuk mengganti Idris.
"Nama Datuk Rahin adalah satu-satu nama setakat ini yang diperkenankan oleh Sultan," ujar sumber berkenaan.
Sebelum ini tiga nama disebut-sebut menjadi MB Terengganu, Mohammad Said (Adun Kijai), Wahid Rosol Wahid (Adun Ajil dan Mohammad Awang Tera (Adun Chukai). Nama Abdul Rahin tidak begitu popular bagaimana pun pada awal namanya juga turut disenaraikan.
Tambah sumber itu Mohamad Said tidak layak untuk menjadi MB kerana mempunyai penyakit kekal di bahagian muka, manakala Rosol Wahid pula adalah kroni Idris Jusoh. Nama Mohammad Awang Tera pula muncul di saat-saat akhir saja.
Berdasarkan sumber berkenaan, ini bermakna Abdul Rahin kemungkinan besar akan dilantik menjadi MB Terengganu yang akan dimuktamadkan besok.
Hanya Terengganu sahaja yang masih belum pastikan siapakah akan menjadi MB. Menteri Besar Perak, Ir Mohd Nizal Jamaluddin mengangkat sumpah sebagai MB Perak semalam di hadapan Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah.
Sama-samalah tunggu hari esok penentuan mengenai siapa MB Terengganu dijangka akan terjawab. [wm. kl 1:55 am 18/03/08]

No comments:
Post a Comment