Tok Guru Haji Lah Lubuk Tapah Meninggal Pagi ini
TUAN Guru Haji Abdullah Lubuk Tapah telah kembali ke Rahmatullah pagi ini dalam usia 74 tahun. Allahyarham yang nama penuhnya Abdullah bin Abdul Rahman adalah antara guru Pondok yang masyhor dan juga bermulut masin yang dikunjungi oleh segenap lapisan masyarakat bukan saja dari Kelantan tetapi dari seluruh negara hingga dari Pattani.
Allahryarham meninggal jam 7:10 pagi ini dan akan dikebumikan di perkuburan Lubuk Tapah jam 5: 00 petang ini.
Sepanjang hayatnya Allahyarham seorang pejuang yang istiqamah mendokong perjuangan Pas dan sering dipanggil untuk mengimani solat hajat dan majlis-majlis keagamaan. Allahyarham juga menjadi pakar rujuk Pas dalam hal-hal mengenai agama.
Allahyraham juga antara Guru Pondok yang menjadi pakar rujuk Istana Kelantan.
Kali terakhir beliau hadir dalam kegiatan parti (perjuangan yang disaksi penulis) ialah sewaktu mengiringi calon Pas pada pilihan raya kecil Pengkalan Pasir dua tahun lalu.
Allahyarham kurang cergas dan dan tidak menghadiri majlis-mjalis parti setelah menghidapi sakit diserang angin ahmar sejak beberapa bulan lalu. Sejak itu Allahyarham hanya terlantar atas katil. Bagaimana pun Allahyarham tetap menerima kunjungan orang ramai yang berhajat dengan beliau khasnya untuk mendapatkan air penawar atau pun doa.
Allahyarham meninggalkan seorang balu Hajjah Kamariah Abdul Ghani dan lima orang anak dua lelaki dan tiga perempuan serta ribuan murid. Sama-sama kita sedekahkan al Fatihah dan berdoa semoga roh Allahyraham Haji Abdullah Lubuk Tapah ditempatkan bersama roh-roh insan yang beriman dan beramal soleh. Al Fatihah! [wm.kl 8:05 am 19/03/08]
1 comment:
Salam.
Ucapan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham tok guru haji lah. Saya Al-Farabi, berasal dari Kota Bharu, Kelantan ingin mengucapkan takziah dan rasa sedih kerana saya telah sekian lama mendengar nama tok guru. Sudah sekian lama ingin menziarahi beliau walaupun tidak mengenali beliau.
Saya berasa kerugian yang teramat sangat kerana tidak dapat mengambil walau secubit ilmu dari beliau. Tapi saya doakan semoga arwah tok guru sentiasa dirahmati dan diberkati oleh Allah taala. InsyaAllah! Al-Fatihah!
~ Al-Farabi
myhottips.blogspot.com
Post a Comment