Kit Siang Gagalkan Angkat Sumpah MB Perak
(Kemaskini) KERANA pulut santan binasa kerana mulut badan binasa! Itulah perumpamaan tepat boleh digunakan atas apa yang berlaku kepada pakatan pembangkang PAS, PKR dan DAP di negeri Perak.
Majlis angkat sumpah MB yang dijadualkan berlangsung petang ini sekaligus menamatkan keributan pembentukan Kerajaan baru Perak ditangguhkan saat-saat akhir.
Panangguhan itu menurut Raja Dr Nazrin Shah disebabkan pembangkang tidak sekata.
Jelas ianya ianya ada kena mengena dengan kenyataan Lim Kit Siang semalam yang mengatakan kesemua 18 Adun DAP tidak akan menghadiri majlis angkat sumpah berkenaan.
Inilah angkara kalau celupar dan terlalu syok dengan kemenangan menjadikan manusia lupa daratan yang akhirnya merugikan diri sendiri.
Mungkin kalau Kit Siang tidak gatal mulut majlis angkat sumpah sudah pun selesai dan kini Ir Mohammad Nizal sudah pun dinobatkan sebagai MB Perak.
Tidak mustahil ekoran kemelut ini menyebabkan pihak istana akan perkenankan mana-mana Adun dari BN untuk mengangkat sumpah menjadi MB Perak! Kalau ini menjadi kenyataan maka berputih matalah pembangkang untuk merasai nikmat menjadi kerajaan.
Berita yang diterima malam tadi katanya Raja Dr Nazrin telah memanggil kesemua Adun pembangkang dari ketiga-tiga parti berkenaan menghadap baginda untuk menyatakan pendirian masing-masing. Semua diberitakan bersetuju untuk begabung membentuk kerajaan di Perak.
Kesemua 31 Adun itu juga menyatakan persetunuan untuk menerima Ir Mohammad Nizal sebagai MB. Mereka juga dikatakan menandatangani surat persetujuan berkenaan di hadapan Raja Dr Nazrin.
Bagaimana pun sejauh mana ikrar itu menyelesaikan kemelut di Perak itu masih belum dapat dipastikan. Sekali lagi ditegaskan hanya dengan ada campur tangan Anwar Ibrahim saja masalah di Perak dapat diselesaikan. [wm.kl 9:04 am 13/03/08]
No comments:
Post a Comment