Pengundian Dalam Kem Tentera Tidak Telus
HARI ini giliran anggota tentera pula menunaikan kewajiban sebagai warganegara membuang undi untuk pilihan raya ke-12. Semalam anggota polis telah menunaikan tanggugjawab mereka.
Pengundian oleh anggota pasukan keselamatan khasnya polis dan tentera sudah lama diragui oleh pembangkanng mengenai sejauh mana ketelusan dan kebebasannya serta kerahsiaannya dijaga.
Biasanya anggota terntera mengundi awal. Tempat pengundian ialah di dalam kem tentera. Ekoran bantahan dan desakan pembangkang tahun ini wakil-wakil (pemerhati) calon-calon bertanding di dalam pilihan raya dibenarkan menjadi pemerhati dan memantau pengudian berkenaan.
Persoalannya sejauh manakah peranan pemerhati berkenaan. Apakah mereka boleh membuat sebarang teguran dan bantahan ke atas apa-apa perbuatan atau pun salah laku di sepanjang pengundian berkenaan.
Baru sekejap tadi saya menerima satu panggilan dari seorang mengakui dirinya anggota tentera. Beliau dakwa dari Kem Sungai Undang Melaka. Anggota ini melahirkan rasa kesal di atas apa yang berlaku di tempat mengundi di dalam kem berkenaan dan juga peraturan yang dikenakan.
Beliau mempersoalkan di manakah ketelusan dan rahsia undi yang dilaung-laungkan. Kerana menurutnya setiap anggota yang hendak mengundi diarah supaya memasukkan kad pengenalan di dalam sampul surat bersama kertas undi.
Kalau inilah cara katanya, ketelusan dalam pengundian itu sudah tidak ada.
Ditanya apakah tidak ada pegawai pemerhati dari wakil-wakil parti, katanya ada tetapi mereka tidak dapat berbuat apa-apa atas alasan arahan dari pihak atasan.
Di kem Sungai Undang mempunyai seramai hampir 3,000 pengundi. Kira-kira 1,000 pengundi membuang undi hari ini selebihnya besok dan lusa.
Pemanggil itu menjelaksan ramai di kalagan anggota muda tentera yang berminat untuk undi pembangkang, tetapi tidak boleh melaksanakanya kerana peraturan (tinggal kad pengenakan dalam sampul undi) dan arahan tadi.
Pemanggil itu mengakui beliau sendiri berminat kepada pembangkang. Disebabkan tidak setuju dan kesal dengan peraturan itu beliau telah merosakkan undinya. "Kerana geram dengan keadaan itu saya rosakkan undi," katanya.
Dari laporan anggota tentera tadi maka jelas kebebasan dan kerahsiaan undi di kalangan anggota tentera tidak nwujud. Ini bermakna kebenaran SPR dan pihak berkuasa kem kepada wakil-wakiul calon untuk jadi pemerhatian hanya membuang masa sahaja.
"Tolonglah encik bagi tahu kepada pihak pembangkang agar membuat penyiasatan dalam hal ini kerana kita tidak mahu suara tentera yang menyokong pembangkang tidak dapat dipergunakan dengan sewajarnya," keluh pemanggil berkenaan penuh kekesalan. [wm.kl 5:35 pm 05/03/08]
No comments:
Post a Comment