MANAGER kempen bekas bakal MB Kelantan (Awang Adek Hussin), Annuar Musa bersikap double standard dalam melihat kedudukan Abdullah Ahmad Badawi hari ini setelah BN mengalami kekalahan teruk dan memalukan dalam pilihan raya umum ke-12 lalu.
Annuar bukan saja tidak berani mencadangkan Abdullah mengambil risiko atas kekalahan dengan meletakkan jawatan seperti mana dilakukan ke atas Dr Mahathir Mohamad suatu masa dulu, sebaliknya turut menolak syor Tengku Razaleigh Hamzah agar Umno mengadakan Perhimpunan Agung Khas bagi membincang prestasi BN yang merosot dalam pilihan raya lalu.
Berlainan semasa pilihan raya umum 1999 di mana ketika itu banyak calon Umno mengalami kekalahan termasuk dirinya, Annuar mencadangkan supaya Dr Mahathir Mohamad melepas jawatan kerana bekas PM itu sudah tidak relevan menurut pandangannya.
Bagaimana pun hal yang sama tidak berlaku ke atas Abdullah sedangkan kekalahan BN dan Umno dalam pilihan raya 8 Mac lalu lebih parah berbanding pilihan raya ke 10 dulu.
Dalam pilihan raya ke 10 BN hanya kehilangan sebuah kerajaan (Terengganu) sahaja, berbanding dengan sekarang kehilangan empat buah kerajaan negeri; Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor sekaligus di samping terus kempunan untuk menawan Kelantan.
Apakah Annuar merasakan tidak perlu perhimpunan yang dicadangkan oleh Tengku Razaleigh itu kerana ia mungkin akan terkena juga ke atas bahunya?
Prestasi Umno/BN Kelatan dalam pilihan raya lalu lebih buruk berbanding dengan pilihan raya ke-11 semasa Mustapa Mohamad menerajui Umno Kelantan di mana Umno hampir-hampir menawan Kelantan apabila mendapat 21 kerusi di mana kurang dua kerusi untuk berkuasa.
Dalam pilihan raya lalu, Umno Kelantan mendapat hanya enam kerusi DUN dan dua kerusi Parlimen di mana beliau sendiri turut sama terkorban bersama menagernya yang kalah di DUN Perupok dan Parlimen Bachok. Menager kempen itu pula kalah di Parlimen Ketereh.
Jika diukur kepada pencapaian itu Annuar harus sama diminta berundur kerana beliau juga turut sama gagal mencapai prestasi cemerlang seperti mana Abdullah. Mungkin memikirkan kemungkinan itu maka beliau awal-awal lagi menolak pengsyoran bekas Menteri Kewangan itu kerana kalau ianya diterima menyebabkan beliau sendiri akan terkena tempiasnya.
Kalau Mustapa Mohamad digugurkan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantgan ekoran kegagalan Umno menawan Kelantan, apakah pula hukuman ke atas Annuar kerana gagal berbuat demikian dalam pilihan raya lalu? Wajarkah beliau terus kekal di situ atau perlu gugur sama?
Apa yang berlaku jelas menunjukkan tindakan menager kempen bekas bakal MB Kelahtan (Awang Adek Hussin) itu double standard. [wm. kl 10:50 am 18/03/08]
No comments:
Post a Comment