Tanda-Tanda Menunjukkan Pas Akan Kekal Kuasai Kelantan!
GARA-GARA ingin melihat penorama pilihan raya saya mengorbankan masa sekolah anak petang tadi (6/03/08). Kalau tunggu anak perempuan tingkat satu itu pulang sekolah baru hendak berlepas balik ibarat kata terlepaslah untuk melihat panorama pilihan raya di sepanjang perjalanan. Itu pun selepas saya bertanya, apakah boleh ponteng atau tidak.
Saya memang ambil berat mengenai kedatangan anak ke sekolah. Setelah anak perempuan itu kata, okey baru saya ambil keputusan. Jam 3:00 petang kami berempat beranak berlepas ke Kelantan menerusi Gua Musang.
Perjalanan petang begitu biasa membosankan. Mata jadi cepat mengantuk. Namun kerana membayangkan betapa indah permandangan di sepanjang jalan, melihat bendera parti politik berkibaran, poster bergantungan, kebimbangan itu tidak ada dalam diri. Tujuan lain saya memilih perjelanan begitu kerana ingin menyuntik semangat politik dalam kepala kedua anak nsaya.
Seperti diduga perjalanan lancar dan membahagiakan. Selepas melewati tol Gombak hingga ke tol Karak pemandangan biasa saja. Jalan raya tidak berserabut atau diwarnai dengan poter dan bendera. Mungkin parti-parti politik dilarang keras memasang cogan parti di sepanjang lebuh raya kerana ia membahayakan lalu lintas.
Sebaik memasuki Bentong, pemandangan mula berubah. Pekan Bentong dipenuhi bendera dan poster berwarna biru besar dan kecil. Di pekan ini BN menguasai sepenuhnya. Jarang sekali kelihatan poster atau bendera Pas, atau PKR ataupun DAP. Kalau ada pun hanya sehelai dua sahaja yang berkibar lemah gemulai.
Memasuki Raub keadaan agak sedikit berubah. BN masih menguasai bandar ini. Namun tentangan pembangkang lebih berbanding di Raub. Di Kuala Lipis pula keadaan agak berlainan sedikit. Pembangkang mula menujukkan taringnya. Bermula di Padang Tengku hinggalah ke Merapoh, suasana ada perlawanan.
Melihat gambaran di Kuala Lipis sudah pasti suasana di Felada Sungai Koyan lebih hebat dan panas. Di sana penagruh Pas agak menebal.
BN tidak boleh meriba tangan di Lipis (dan Sungai Koyan). Bendera bulan berselang dengan PKR. Bagaimana pun sukar untuk diramalkan apakah ada kerusi yang jatuh di sini. Apa yang nampak gelombang dan semangat 1999 cambah hebat di sini.
Sesampai di sempada Pahang - Kelantan di Merapoh, mata dikejutkan dengan berbagai sepanduk dan banting yang mengalu-alukan kepulangan anak Kelantan. Tergantung di satu tiang papan tanda gambar Awang Adek Hussin bakal Menteri Besar. Di celah lain pula tergantung sepanduk putih bertulis hijau "Kelek Kelantan Pakah Pas". (Balik Kelantan Pangkah Pas).
Di Gua Musang dalam kubu Tengku Razaleigh Hamzah suasana lebih menarik dan baru kelihatan perlawanan sebenar antara BN dengan Pas. Di bulatan menuju ke bandar Gua Musang penuh dengan bendera Pas. Bendera BN pula sehelai dua saja. Ini menunjukkan Pas lebih awal melakukan gerak saraf menawan pengundi luar.
Bandar Gua Musang diwarnai dengan bendera dan sepanduk dan poster calon-calon yang bertanding. Bermula dari bulan hingga ke bandar lama Gua Musang kiri kanan penuh dengan bendera BN, bulan dan PKR.
Apa yang boleh disimpulkan dalam perjalanan semalam ialah suasana pilihan raya 2008 ini agak panas dan bakal memberi keputusan yang mengejutkan. Baik Pas atau BN sendiri akan terperanjat dengan arus yang berlaku hari ini. Di Gua Musang khasnya kalau keadaan tidak membimbangkan BN mungkin Tengku Razaleigh tidak susah payah untuk bertemu dengan masyarakat Cina dan India. Dan selepas Jumaat tadi seekor lembu dikorbankan di masjid Tengku Razaleigh, di bandar Gua Musang.
Sepanjang perjalan semalam apa yang agak menakjubkan ialah melihat lori-lori balak dan trelar yang memasang bendera bulan dan PKR. Sepanjang perjalanan dari Bentong ke Gua Musang tidak kelihatan lori balak atau trelar yang mengibarkan bendera dacing.
Melihata kepada suasana yang agak pelik itu timbul dalam kepala saya, apakah pemasangan bendera bulan dan PKR itu sebagai taktik sahaja. Terutama lori balak? Apakah ianya satu ejekan ataupun satu realiti menunjukkan pekerja balak, perkerja kilang menyokong pembangkang? Sekiranya pemasangan itu atas semangat kesedaran ingin berubah maka ia memberi petanda baik untuk Pas akan menang besar di Kelantan. BERSAMBUNG. Kerana kesukaan akses internet foto tidak dapat disertakan. [jeli 11:30 am 07/03/08]
No comments:
Post a Comment