72 Jam Tempoh Genting
MALAM tadi Abdullah Ahmad Badawi pergi ke Kelantan secara diam-diam. Calon ketiga MB Kelantan dari Umno, Dr Awang Adek Hussin terpaksa membatalkan temujanjinnya dengan TV3 untuk bersiaran secara langsung dalam rancangan Bual Pilihan Raya.
Kedatangan mengejutkan itu tentu ada sebab tertentu yang sangat penting.
Hari ini di surat khabar melaporkan Abdullah mengarahkan jentera BN agar memperhebatkan kempen. Kenyataan itu dilaporkan beliau berkata di Kepala Batas bukannya di Kota Bharu. Tidak ada kenyataan khusus dikeluar dan dilaporkan di Kota Bharu.
Semalam juga beliau mengadakan pertemuan dengan Badan Perhubungan Umno Kelantan dan calon-calon BN Kelantan. Beliau juga sempat mendirikan solat Maghrib berjemaah bersama-sama calon-calon BN, gambar ada terpampang di surat khabar.
Gambar berkenaan adalah sebahagian daripada bahan kempen Umno. Harapan apa yang tertera digambar itu menunjukkan calon-calon BN dan Abdullah sendiri mementingkan sembahyang!
Dirahsiakan
Tidak ada apa yang dilaporkan berhubung dengan pertemuan itu. Mungkin ianya dirahsiakan daripada umum dan arahan-arahan malam tadi adalah sulit.Yang pastinya pertemuan itu adalah penting dan mustahk. Kalau tidak penting masakan Abdullah meninggalkan kerja lain dan bergegas ke Kelantan.
Hari mengundi tinggal tiga hari sahaja lagi. Abdullah mungkin membuat arahan-arahan terakhir. Jika diambil kira arahan beliau di Kepala Batas maka Kelantan juga tidak ketinggalan.
Pembangkang - Pas dan PKR Kelantan harus peka dan sedar mengenai perkara ini. Seperti mana yang dikatakan sebelum ini, Abdullah beriya benar untuk tawan Kelantan bagi membuktikan beliau masih popular. Sudah tentu beliau akan lakukan apa saja. BN akan melancarkan strategi terakhirnya tiga hari sebelum hari mengundi. Semua peluru dan senjata sulit akan dikeluarkan waktu ini 72 jam.
Pemimpin Pas dan PKR kena kuatkan mental dan tingkatkan kesihatan tubuh badan, fizikal. Tidak mustahil sesuatu yang boleh meluluhkan prasaan akan diledakkan BN dalam tempoh tersebut. Rakyat perlu diberitahu mulai saat ini akan kemungkinan ini.
Pengalaman sudah ada. BN akan bertindak pada saat-saat akhir. Memang kalau dilihat perkembangan atas kertas hari ini, impian BN untuk tawan Kelantan akan tingal sebagai mimpi saja. Dalam analisa bebas yang, Pas Kelantan kini sudah memperolehi 24 kerusi, berbanding Umno/BN kini hanya memperolhi 16 kerusi. Lima kerusi lagi masih menjadi teka teki.
Dalam erti kata lain Pas kini sudah mendapat majoriti mudah untuk menguasai Kelantan.
Dengan kedudukan itu Pas tidak perlu merasa lega dan mengoyang kaki. Lima kerusi lagi menjadi penentu. Biar saya tidak sebut dulu kerusi-kerusi yang panas dan menjadi penentu itu.
Apa yang perlu difikirkan dan kena siasat apakah kemungkinan arahan Abdullah malam tadi?
Menembusi perut
Pas perlu bijak dalam soal ini. Di sinilah memerlukan skuad risik yang cekap. Sekiranya Pas gagal menyelami dan menghidu rahsia ini, pasti senjata BN terakhir tiu akan menembusi perut Pas dan PKR.
Ada beberapa kemungkinan diarah dan disuruh Abdullah malam tadi yang perlu diambil perhatian.
1. Dalam tempoh 72 terakhir ini BN akan mula menggunakan tenaga kewangan sebanyaknya. Kerja-kerja membeli undi secara mendada akan dilakukan. Calon-calon BN telah diperuntukan sejumlah RM1 juta seorang untuk tujuan itu. Calon BN akan membeli undi secara direct.
2. BN akan membuat pendedahan berbuhung skandal melibatkan pemimpin Pas Kelantan. Skandal ini termasuklah mengenai penyalahgunaan kuasa dan sebagainya atau mendedahkan kertas-kertas siasatan berhubung jenayah.
3. Mengarahkan agar BN Kelantan bersiap sedia menerima kemasukan pengundi luar. Untuk ini kerjasama polis digunakan sepenuhnya.
4. Mungkin akan ada pengakuan daripada orang-orang tertentu untuk memburukkan pemimpin Pas, pengakuan ini akan disiarkan dalam telivesyen dan akhbar.
5. Mungkin akan ada beberapa perubahan peraturan di tempat mengundi atau ditempat pengiraan undi yang dipinda saat-saat akhir oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Itulah antara subjek dan kemungkinan yang kena fikir oleh Pas serta PKR Kelantan. Mereka perlu berbuat sesuatu sebelum kemungkinan ianya berlaku. Janganlah bertindak di saat-saat akhir. Rakyat perlu dihebahkan dengan kemungkian-kemungkian ini agar merka tidak terkejut dan panik! [wm.kl 8:30 am 05/03/08]
No comments:
Post a Comment