KEBATILAN dan kejahatan tidak akan kekal lama. Betapa pun ianya cuba dilundungi dengan bijak dan licit dan mempergakan seribu helah namun akhirnya ia akan terdedah juga. Kemungkaran dan hipokrit sepertilah bangkai yang akan berbau bila tiba masanya. Hari ini ia boleh diselindungi, namun esok atau lusa belum tentu lagi.
Begitulah juga nasib yang diterima oleh penyembelih dan penghirup darah manusia bernama Radavon Karadzic yang bertanggungjawab melakukan perang penghapusan etnik di Bosnia pada tahun 1992 hingga 1995.
Setelah 13 tahun melari dan melindungkan diri dengan cara penyamaran sebagai doktor alternatif, Radavon akhirnya diberkas. Pemburu keadilan berjaya menangkap beliau di pinggi Belgrade. Kini penjenayah itu sedang menanti perbicaraan di mahkamah jenayah antarabangsa.
Seluruh dunia dan mereka yang mencintakan damai mengharap keadilan dan hukuman setimpal akan dikenakan ke atas sang penjenayah itu.
Seluruh dunia dan mereka yang mencintakan damai mengharap keadilan dan hukuman setimpal akan dikenakan ke atas sang penjenayah itu.
Tentunya peristiwa berakhirnya perlarian sang penjenayah itu disambut dengan penuh syukur dan lega oleh setiap mangsanya. Mereka yang menderita dan hilang segala-gala angkara perbuatan penjahat itu merasa sedikit terubat apabila mendapat tahu ianya sudah diberkas dan akan dibawah ke muka pengadilan.
Sesungguhnya apa yang dilakukan oleh Radovan Karadzic bersama penglima tenteranya, Ratko Mladic ke atas kira-kira 200,000 rakyat Islam Bosnia dan Croat tidak dapat dimaafkan sampai ke khimat pun. Perbuatan dan perlakuan mereka sungguh kejam dan tidak berhati perut.
Kalau pun Radovan di tembak kemudian mayatnya diletupkan seperti Altantuya ianya tidak dapat memadam dan menghilangkan trauma dan penderitaan dialami rakyat Bosnia akibat perang berkenaan.
Gara-gara nafsu Radavon itu juga seramai 1.8 juta penduduk Bsonia telah mejadi pelarian di bumi sendiri. Dari jumlah itu juga puluhan ribu isteri menjadi janda dan penyembelihan Balkan itu juga menghasilkan puluhan ribu anak yatim.
Tragedi yang berlaku di Balkan gara-gara 'doktor perubatan alternatif' itu merupakan jenayah terbesar selepas berakhirnya perang dunia kedua.
Kebetulan selepas lapan tahun perang itu berakhir saya berkesempatan memijak kaki ke lembah berdarah itu. Bermula dari bandaraya Bosnia di Sarajevo sampailah kepada beberapa kawasan di Tuzla, Sebrenica (tempat dimana pembataian beramai-ramai umat Islam oleh Serb), Mostar dan lain-lain tempat yang sempat disinggahi kesemuanya masih berbekas dengan kesan perang selama tiga tahun itu.
Di bandaraya Sarajevo yang dikepong selama 44 bulan oleh tentera Serb kesan perang masih kedapatan di mana-mana. Muka Sarajevo menyimpan seribu kenangan pahit dan duka tragedi berkenaan.
Dari atas sebuah bukit (dinamakan bukit api kerana di situlah tempat Serb melancarkan serangan), kelihatan beberapa buah kubur besar yang terhasil selepas perang berkenaan. Kubur yang dijaga rapi dan nisannya dicat putih ini adalah kubur para syuhada' mereka yang mati kerana mempertahankan bumi Bosnia.
Setiap kuburan itu memuatkan beribu para syuhada'. Dari sini dapat dibayangkan betapa seksa dan azabnya rakyat Bosnia dalam menghadapi keganasan Serb di mana mereka seolah berada dalam sebuah lubung besar kemudian dibom dan ditembak dari atas.
Sewaktu seminggu saya di Bosnia penduduknya yang ditemui masih kelihatan truma dengan peristiwa itu. Pantang terdengar letupan mereka akan cepat memberi reaksi dan bertanya antara satu sama lain bimbang bom atau mortar memuntahkan lagi isinya.
Sewaktu saya berada dalam sebuah restoran dan Sarajevo tiba-tiba satu letupan kuat kedengaran dari arah sebuah kedai kira-kira 60 meter dari restoran berkenaan. Secepat kilat lebih kurang 10 orang pelanggan restoran itu bergegas keluar menyelamatkan diri.
Dari peristiwa spontan itu dapat dibayangkan betapa mereka begitu takut dan phobia dengan kejadian lapan tahun lalu itu.
Pemburuan ke atas penjenayah itu pada masa itu sedang dijalankan. Boleh dikatakan seluruh jalan terutamanya yang bersempadan Bosnia dikawal rapi. Mereka yang akan melintasnya diperiksa penuh teliti.
Di sempadanan berdekatan dengan Mostar saya turut ditahan dan disoal siasat oleh pengawal sempadan. Begitu juga semasa dalam perjalanan dari Belgride untuk memasuki Basonia dengan keretapi pemeriksaan juga dijalankan dengan rapi. Difahamkan sekatan dan kawana itu adalah dalam operasi untuk memberkas Radovan Karadzic.
Lima tahun lalu perasaan benci dan geram terhadap Radovan memuncak di kalangan rakyat Bosnia. Semuanya rakyat Bosnia meletakkan apa yang berlaku itu menjadi tanggungjawab penjenayah berkenaan. Tanyalah sesiapa saja rakyat Bosnia mereka akan mencela dan mencaci diktor yang lahir dari keluarga miskin dan pandai bersajak itu.
Penangkapan Radovan itu sebagai hadiah istimewa – kelagaan perasaan, kepada rakyat Bosnia yang tertekan dengan rasa marah dan benci kepada penjenayah itu yang dialaminya lebih sedekad. [wm.kl 10:45 am 26/07/08].
No comments:
Post a Comment