Monday, July 21, 2008

Kenyataan Presiden

SELANG beberapa minit selepas dipostingkan artikel di bawah saya menerima email ini, kenyataan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang yang mengesahkan ada pertemuan antara pemimpin Pas dengan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi. Disiarkan sepenuhnya kenyataan beliau:

PAS MENGAKUI BERTEMU PERDANA MENTERI

PAS tidak menafikan bahawa memang telah ada pertemuan antara pimpinan tertinggi parti dengan YAB Perdana Menterti yang juga selaku Presiden Umno, bagi membincangkan isu-isu kepentingan bersama berkaitan umat Islam dan bangsa Melayu.

Perjumpaan pertama dengan YAB Perdana Menteri berlaku sejurus selepas PRU ke 12 yang lalu yang melibatkan YB Ustaz Nasharudin Mat Isa Timbalan Presiden PAS, Dato' Mustapha Ali, Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat dan YB Hj Abd Khalid Samad ahli parlimen Shah Alam.

Pertemuan ini telah pun dilaporkan kepada Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat dan Majlis Syura Ulamak PAS. Berikutan itu Majlis Syura Ulamak PAS telah mengambil ketetapan bersetuju sebulat suara merestui Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung PAS bagi mempertingkatkan usaha yang bersungguh-sungguh dalam menyatupadukan umat Islam dan rakyat Malaysia berlandaskan Islam.

Sehubungan dengan ketetapan itu pertemuan telah diadakan lagi di bangunan Parlimen yang melibatkan Timbalan Presiden PAS dan YAB Perdana Menteri, yang telah dilaporkan kepada saya dan Majlis Syura Ulamak. PAS bersedia bagi menjayakan muzakarah dengan Umno ini demi kebaikan umat Islam dan bangsa Melayu di Malaysia.

20 Julai, 2008

3 comments:

Anonymous said...

wah!ini satu langkah yang baik itu kebaikan.harapnya perbicangan yang telah diadakan dan bakal diadakan lagi berlangsung dengan jayanya.kita gunakan saluran yang sihat untuk mencapai kata putus yang lebih baik.

ketepikan ego untuk kebaikan rakyat.

Anonymous said...

Muzakarah memang dilihat sebagai satu langkah yang baik dan wajar dilakukan demi membincangkan maruah Islam dan Melayu. Yang pentingnya ia harus dijalankan dengan penuh tanggungjawab dan buangkan keegoan parti masing..

nik said...

Alhamdulillah..Ini satu peringatan kpd Pakatan Rakyat supaya jgn cuba 'mengacau' Islam, jika dicabar juga, PAS tidak akan kekal dlm PR dan PR akan runtuh.

Membuktikan PAS meletakkan Islam di atas segalanya.